Facebook Badge

7/28/2009

Komplek PKNS

Semalam saya buat persembahan yang dulunya saya tidak terfikir akan pernah buat, yup Dr Irwan minta saya buat persembahan sempena Pesta Buku Selangor, saya ingatkan buat dalam dewan ka kat padang ka macam selalu tu , sekali tengok pentas kat dalam Pasaraya, ambik ko kata saya dalam hati. tiga tingkat orang tengok ko, nyanyi masa itu rasa macam dalam mangkuk tingkat

Pertamanya ini nasihat untuk diri sendiri, kalau nak buat show kena pastikan sound system ok sebelum terkinja-kinja, saya terlepas yang itu, sound hancur bunyi gitar macam ada efek besi berdenting, nasib baik suara saya sedap, menjerit juga orang yang mendengar,biasanya orang pengsan dengar saya nyanyi

Pesanan untuk orang yang ada ilmu telus mata, kalau SMS tengoklah gelok sakti dulu, tengok yang gitu-gitu, pastikan penerima SMS tu tidak sibuk melalak, perghhh... tengah asyik nyanyi, telepon berdering, saya terus ketawa dalam hati, saya nyanyi tertahan-tahan tetapi tak boleh tahan juga terkeluar sikit ketawa, pesanan untuk diri sendiri , masa nyanyi set handphone to silent... duh

Lagi satu pesanan untuk orang yang mudah terasa, gitar mahal pun tak guna kalau bunyi macam besi, bukan metal ya, besi toing-toing, budak indie suka bunyi macam tu, mungkin itulah sebab bubudak tu terjerit-jerit mereka ingat saya main lagu indie

Saya naik pentas dua kali, sewaktu pembukaan dan waktu penamat, antara dua waktu itu ada juga penonton yang bertergursapa dengan saya, siap bagi puji-pujian yang memberangsangkan, itu baru show dengan gitar toing-toing, kalau sound cantik saya rasa bukan saja puji siap ambik buat menantu agaknya

Waktu pembukaan gitar toing-toing, akan tetapi bila saya naik semula untuk kali kedua, saya buat apa yang perlu saya buat, setelah di pastikan soung ok saya nyanyi dengan konfiden, memang saya sangat hebat hahahaha

No comments: