Facebook Badge

12/29/2004

Tsunami yang gagah

Khabarnya lebih 67,000 maut angkara tsumani yang terjadi dari gegaran gempa bumi dari bawah laut Aceh, malang sekali, itu yang saya boleh katakan. Betapa satu petaka dunia ini dengan sewenangnya meragut ribuan nyawa, mereka yang mati pula bukanlah apa-apa, tidak ada amaran , tsunami itu datang dengan tiba-tiba. Hanyut semua di gulung air yang selama ini menjadi mainan dan tempat riadah , syurga dunia.
Gegaran dan hempasan ombak besar tsunami yang gagah itu mengentam beribu-ribu batu jauhnya hingga ke benua India, Srilanka, Thailand, Malaysia malah hingga ke Australia dan Afrika pun terasa kesannya. Kesan dari petaka ini sebenarnya di rasakan oleh seluruh umat manusia. dan jumpah kematian yang amat banyak itu sungguh mengerikan.
Di malaysia kebanyakan bangunan pencakar langit merasai sedikit kesan gegaran gemba bumi itu, saya yang baru pulang dari majlis HESCOM anjuran www.Esastera.com tidak tahu tentang perkara gegaran hinggalah lewat malam, itupu setelah saya mendengar dari berita TV, amay sayu rasanya melihat di kaca TV gelimpangan mangsa-mangsa dari pelbagai jenis manusia dari penduduk tempatan hinggalah ke pelancung asing, semua yang di tempat kejadian mendapat maut secara tidak di sangka-sangka sama sekali.
Ada cerita yang saya dengar dari mereka yang berada dekat dengan tempat kejadian itu mengatakan bumi bergegar dan langit mendung, tiba-tiba ikan meloncat-loncat naik ke daratan, lalu mereka berkejar-kejaran mengaut rezeki yang tiba-tiba. Selama ini mereka terpaksa mengharung lautan untuk medapatkan ikan yang berbagai jenis, tetapi pada hari yang malang itu ikan menyerah diri, mereka yang berbondong-bondong datang mengaut rezeki mendapat kejutan yang amat sangat bila ganas ombak laut yang selama ini mereka kenal berubah rupa dan tidak terlawankan lagi.
khabarnya ia datang setinggi rumah tiga tingkat, dengan kepala air yang berwarna putih, mereka menjadi kerdil, ombak bertukar raksaksa yang ganas, ombak tidak di gelar gelora lagi kini namanya bertukar Tsunami.Tsunami asalnya dari perkataan Jepun yang makna nya lebih kurang "pelabuhan ombak". ombak yang biasanya 1- 2 meter menjadi lebih besar sehingga 10 kali ganda. tetapi ada juga dalam kajian tsunami yang saya baca menjadi 100 kali ganda dan dinamakan megatsunami.
semoga mereka yang menjadi mangsa bencana alam yang tak terduga ini, di cucuri rahmat Allah hendaknya.

12/27/2004

HESCOM - Malam yang gemilang dan terang benderang

Sesungguhnya malam yang di nantikan telah tiba dan kebanyakan kita hadir. Malam itu saya hadir agak lewat hingga terlepas mendengar ucapan Founder kita sdr Drirwan, ah kesal sekali kerana saya menjangkakan akan tiba tepat pada waktunya. Tetapi itu mungkin kehendakNya maka saya terpaksa menebalkan juga wajah yang kurang hensem ini.kita merancang tetapi yang pastinya Allah itu perancang yang maha perancang dan kehadiran saya menjadi lewat setengah jam.
Saya sudah sedia bertolak dari rumah “ibumertuaku” di batu caves seawal 7 malam dalam menjangkakan akan tiba tepat pada pukul 8. biasanya perjalanan dari batu caves ke PJ hanya mengambil masa sekadar setengah jam jadi saya ambil "allowance" setengah jam untuk menjangkakan saya bakal hadir pada 7.30 malam, tetapi nasib tidak menyebelahi saya.
Sepanjang jalan saya menyumpah seranah kepada kesesakan lalu lintas di KL , ahhh mengapalah jam menjadi terlalu aktif pada masa saya perlukan masa menjadi pasif . rupa-rupanya ada dua kemalangan yang terjadi di Jalan Kucing dan di dekat Angkasapuri hinggakan isteri saya yang di sebelah sempat menasihatkan saya agar tidak memandu laju takut pula tak singgah ke Hoel Singgahsana tetapi singgah ke hospital pula.
Sesampai saya di lebuhraya persekutuan dan menyimpang ke PJ Hilton baru saya tersedar bahawa saya memang tidak berapa mahir dengan daerah di situ walau saya tahu Hotel Singgahsana terletak berdekatan dengan Hotel PJ Hilton, tetapi untuk mencari tempat parking menjadi masaalah buat saya kerana memang sudah pasti saya tidak tahu di mana hendak saya letakkan kereta saya.
Melilau pula saya mencari tempat parking. Mulanya saya hendak meletakkan kereta di tempat parking bersebelahan dengan PJ Hilton , nasib baik saya ini pandai juga bertanya apabila saya bertanya pada pekerja di hotel PJ Hilton dengan baik hatinya beliau mencadangkan saya meletakkan kereta di perkarangan Hotel singgahsana , tak terfikir pula saya untuk meletakan kereta di sana.
Tiba di hotel saya mencari-cari pula dimana acara HESCOM, kerana di bahagian lobi ada satu majlis persandingan di adakan disana. Dalam melilau itu isteri saya mencadangkan agar kami naik ketingkat dua kerana sudah barang pasti Majlis HESCOM tak ada bayangnya di lobi. Sebaik tiba di tingkat dua saya ternampak wajah segar sdr Anipe , yang setia menunggu. Alhamdullilah saya di benarkan masuk.
Saya masuk ke dewan dengan wajah yang tebal mungkin sehingga 7 atau 8 sentimeter ,malunya tuhan sahaja yang tahu kerana hadir lewat. Sewaktu itu sdr founder baru sahaja selesai membaca ucapannya , ahhh sayang sekali, (mungkinkan saya boleh dapat teks ucapan untuk saya baca?)
Wajah yang pertama saya lihat sewaktu membuka pintu ada sdr Arisel yang tersenyum manis seolah menjemput masuk. Sdr Dahri pula mempelawa saya ke meja saya. Sempat juga bersalaman dengan sahabat siber sdr Ramy, selepas itu ternampak pulak wajah manis berseri sdr abdlatif sambil memperkenalkan isteri saya, saya pun duduk bersebelahan dengan sdr Anbakri, di meja saya ada sdr Saleha yang nampak menawan, Nilamsuri , isteri Sdr abdlatif dan dua lagi gadis manis yang saya kira tentu sekali sdr Anasuraya dan Shakirin.
Majlis di teruskan dengan ucapan perasmian oleh Puan Zurinah Hasan, banyak yang dapat kita selami dari kata-kata ucapannya tetapi yang menarik pada saya adalah perbandingan yang di utarakan antara penulis lama dan penulis siber. Katanya dulu untuk menulis amat sukar kerana ketiadaan alat dan media yang tidak seberapa , namun sekarang sudah ada satu lagi medium untuk penulis melepaskan kreativiti melalui siber contohnya, juga katanya walau apa media pun satu karya itu di hasilkan yang penting adalah isinya. Benarlah seperti kata-kata itu jika di lambakan kata-kata berbunga tetapi tidak punya makna maka apakah dapat karya sastera itu berdiri kuat, sedangkan yang paling rapat dengan sastera adalah mesej yang timbul sebaiknya.
Sebaik selesai ucapan perasmian acara makan berganti-ganti pun dimulakan di mana meja saya juaranya adalah sdr Abdlatif (lawak aje ya pak latip) yang mula berada di meja. Saya pula agak terlewat untuk berbaris, malu kerana datang lambat tu tak habis lagi. Saya nampak Mr. George Manos yang duduk di meja VIP dekat saja dengan saya tetapi tak berani saya nak mencelah mengucapkan “Hello” maklumlah dia di Meja VIP ahh malu saya memang kuat , kalau ada sesiapa yang jual ubat penghilang malu pada masa itu saya pasti borong habis.
Sewaktu saya hendak beratur untuk mengambil makanan saya di tepuk dari belakang oleh seorang yang agak berumur memanggil saya “airmas” dan dia memperkenalkan dirinya sebagai Ahkarim. Oh ini satu kejutan yang tidak saya sangka. Saya merasakan ini sebagai satu penghormatan dan amat tidak selesa kerana tidak menegurnya dahulu, maklumlah saya tidak mengenali wajahnya yang segak itu. Sama sekali saya tidak menjangkakan itu perwatakan Ahkarim. Saya membayangkan beliau akan berserban seperti EP irwanshah. Tetapi saya 50% tepat kerana beliau berjubah.
Selesai makan acara baca puisi 1 di mulakan dengan dahrie yang saya kagum dengan menteranya, ini kali kedua saya mendengarnya membaca mentera. Sdr remy pernah memberi tahu saya dia akam membuat kejutan di malam HESCOM tetapi tak tahu pula saya dia akan outsource tempat dia yang di gantikan pula dengan Amin Had memang kejutan jugalah pada saya. Selesai Anasuraya , Rudy Bluehikari, HMS Abu Bakar membaca sajak mereka, George Manos pula muncul dengan tiga sajak yang di bacanya dalam bahasa melayu, pada saya ini adalah satu penghormatan kerana bukan mudah untuk seseorang yang seumur hidup tidak pernah mendengar bahasa melayu mencuba untuk membaca karyanya yang telah di terjemahkan oleh sdr Drirwan. Satu usaha yang baik oleh George , saya pasti dalam telor inggerisnya kita masih boleh faham akan makna melayunya.
Selesai baca puisi 1 acara penyampaian hadiah bermula dengan hadiah sayembara pada talian, saya menjadi salah seorang pemenang pada sayembara menulis sajak Puasa dan Raya 2003, selepas itu ada hadiah sayembara menulis sajak Ramadan 2004, sayembara menulis puisi pilihanraya dan sayembara menulis pantun merdeka saya tak pasti siapa yang menang mungkin terlalu gembira saya hanya nampak sdr abdlatip dan sdr Ramy mengambil hadiah tak pasti pula saya pada sayembara apa waktu itu saya leka bersama isteri saya. Tambahan pula di waktu itu sdr Dahrie memberitahu saya gitar sudah sedia … “ahhh sudah” kata saya dalam hati, kerana menurut agenda yang saya faham saya di letakkan untuk baca puisi, tidak saya sangka saya akan bermain gitar pada waktu itu saya sudah sedia membaca puisi “Sebelum kau petik picu” satu karya yang saya fikir layak untuk saya bacakan di malam itu. Lalu berdebarlah hati saya lagu puisi apa pula hendak saya nyanyikan? …
Acara baca puisi 2 pula di umumkan. Mengikut susunannya acara ini akan di mulakan oleh Ahkarim dengan sajak urdunya yang memikat di tambah pula dengan sajak dalam bahasa melayu yang sungguh hebat (kalau boleh saya nak satu salinan – nak baca) , Arisel BA pula muncul dengan vokal yang husk dan mengagumkan, pembacaan puisi oleh Raja Rajeswari sangat baik hingga isteri saya terpegun dalam perjalanan pulang asyik bertanya tentangnya saya hanya kata kenal melalui siber, Saleha Ahmad mempunyai masalah dengan pembesar suara (terlalu jauh ) , Muhammad Zakir pula yang katanya baru kehilangan ibu (takziah dari saya - al-fatihah), Abdullatip dengan puisi berkampungnya , Elmi yang datang dari kota singa bacaan menarik , Nilamsuri memang deklimator yang nampak taringnya pada malam itu , Anbakri romatis sekali kata isteri saya, dan di akhiri oleh saya menyanyikan lagu puisi,
Kupu-kupu dalam perut saya semakin penuh, saya bersabar sahajalah. Apa nak buat walau saya menulis sajak dan boleh mencipta melodi pada puisi saya namun saya mempunyai masalah untuk mengingati puisi-puisi saya. (bukan profesyen saya, saya juga tidak ada gitar untuk berlatih melainkan meminjam gitar kepunyaan adik saya) . “dua keping syiling baru” pernah saya bawakan di majis anjuran Yayasan Kesenian Perak , akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyanyikan puisi itu walau dengan kemungkinan terlupa kata-kata. Persembahan saya tergelincir pada bab korus alahai pitching tinggi sangat tak terdaya saya setelah mengadap kari (saya tahu “lame excuse” hahahah).
Saya sering mendengar nama Dinsman tetapi tidak pernah sekali bertemu muka, dalam keaadaan saya yang serba kecil ini, saya tidak berani untuk walau bergambar dengannya sempat juga saya menghantar SMS kepada teman saya betapa baru kini saya tahu mengapa dia di hormati dalam daerah sastera benar sekali katanya dalam sastera, karya-karya adalah subjektif tidak seperti sains yang boleh di nilai dengan fakta, ucapan pengadilannya sangat relavan.
Acara baca puisi tiga di ungguli oleh penyair yang tiada taranya ahh dr victor menghiburkan, sdr drirwan dengan sajak panjang untuk kekasih(-kekasih)nya yang "kepadamu"nya 4 kali, dewan menjadi gamat. Puan Zurinah dengan puisi traditionalnya di sambut pula dengan sajak dari Dinsman
Yang di nantikan pun tiba dan kita pun sudah tahu siapa pemenang. Tahniah saya pada semua pemenang pada malam itu , sdr Arisel dan sdr nimoiz menang besar dan saya juga menang sajak multimedia (alhamdullilah - boleh saya beli gitar) senarai pemenang kita boleh lihat di http://www.esastera.com/anugerah/hescom2004.htm saya nampak sudah ada di sana.
Setelah selesai barulah saya berkesempatan berbual dengan Mr Manos yang saya kira faham mengapa saya tidak dapat menegurnya lebih awal , lantaran acara majlis di tambah pula dia di meja VIP. Di kesempatan itu saya dapat juga berbual sedikit dengan sdr Arisel, pak ahkarim,Md Zakir yang kehensemnya di luar jangkaan saya, bergambar, di minta mengambil gambar dan di minta untuk di ambil gambar. Saya cuba bertegur sapa dengan kebanyakan ahli esastera yang saya kenal di alam siber Sdr glateh, sdr Rajeswary, sdr elmi namun ada juga yang kita hanya kenal dari siber tetapi tidak dapat untuk bertegur dengan nyata mungkin malu malu, sedangkan saya mencuba kalau ada yang saya tidak kenal saya minta maaf , kadang kadang kita boleh berkata-kata di papan nota dengan mesra, tiba di alam nyata menjadi kelu
Meriahnya sangat terasa pada malam itu, tentu sekali ini menjadi satu majlis yang tidak dapat saya lupakan. Saya sangat ingin untuk berbual mesra dengan lebih ramai orang pada masa itu tetapi penjual ubat menhilang malu tak ada, saya juga merasa terkilan kerana tidak dapat bergambar dengan sdr Ramy dan rakannya sdr Amin Had saya tidak membawa kamera (kalau nak bawa pun kamera tak ada).
Ketidakhadiran sdr tintasukma juga amat terasa sekali, beberapa ahli juga membicarakan tentang ketidakhadirannya. Saya pasti beliau juga terkilan tidak dapat hadir di malam mengutip sagu setelah tempurung pecah. Saya di beritahu oleh sdr Nilamsuri beliau ada mengirimkan salam, saya pasti kita semua faham pada perancangan , Allah itu maha merancang. Mungkin di lain kelapangan kita akan dapat berjumpa juga di alam nyata. Kelibat Zainallasim juga tidak ada, saya maklum dia tidakpun mendaftar untuk hadir , tetapi saya sangat ingin untuk berjumpa beliau.
Pihak Esastera Enterprise telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis malam tadi dengan gilang-gemilangnya dan baru tadi saya ada terbaca di papan nota ada cadangan untuk di buat video streaming , menarik saya rasa. Sudah pastilah kita mengucapkan syukur kepada Allah di atas kejayaan majlis HESCOM menjadi acara yang memartabatkan karya-karya yang di hasilkan di alam siber. Melihat pada para pemenang dan karya yang di ungguli oleh pemenang tidak mungkin ada pula yang dapat menafikan akan kewarasan pengadilan, bagi yang tidak berjaya tahun depan masih ada. Marilah kita terus berkarya.
Tahniah dan syabas saya kepada sdr Hasimah yang saya lihat menjadi tulang belakang yang sangat berjaya dalam mengendalikan acara yang besar begini. Acara ini sudah pasti tidak sepertinya kalau tidak ada beliau. Juga pada Founder kita sdr Drirwan terima kasih di atas pengorbanan saudara hanya Allah sahaja dapat membalasnya.

kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi

retak pangkin terkoyak baju
pangkin dari hulu tembeling
esastera makin bergerak maju
bergerak diri tanpa berpaling

9/27/2004

Dah jadi dinosour blog nie

Aku tak tahu sama ada, ada orang baca atau tidak blog aku ni. dah lama dah rasanya aku buat blog ini, tapi aku rasa macam blog ini terlalu personal untuk aku hebahkan kepada teman-teman, sebab aku hendak letakkan perkara-perkara yang berkenaan dengan aku dan aku sahaja dalam blog ini. apa yang terjadi dalam hidup ini suka dan duka aku . haaa kan kan akn bunyi macam mat jiwa-jiwa gitu ...... tag untuk chat tu pun baru letak dua tiga ari asalnya aku tak nak letak tapi bila tengok orang punya cantik ahhh letak lah ...