Facebook Badge

9/30/2006

Drama Minggu ini :,

Ahmad : eh! eh! Ada kemalangan,

Idham : ha ah ya la, motor dengan kereta tu bertembung … kesian, mari kita pergi lebih dekat.

Ahmad : Cadangan awak tu munasabah , marilah kita bergandingan kesana.



Di tempat kejadian …



Mangsa 1 : wa bawak slow jer, ni mamat bawak metodis ben tak tau nak berenti,

Mangsa 2 : saya tak nampak awak sebab awak bawak motor kecil, bila saya sedar awak sudah ada sangat dekat, nasib baik saya sempat mengelak,

Mangsa 1 : Mengelak pun kena juga, ni tengok wa punya kaki, sudah cedera parah ni….waaaaa (menangis pilu)



Ahmad dan Idham pun sampai …



Ahmad : Encik berdua tak apa-apa? Saya nampak kemalangan tadi, nasib baik berselisih sahaja.

Mangsa 1 : selisih lu cakap…ni wa sudah masuk longkang, kaki wa cedera parah, tengok ..tu dekat longkang …kasut selipar wa masih ada di sana …aduihhhhh wa cedera parah ni….waaaaa (menangis pilu)

Idham : Mahu kami panggil Ambulan ker?

Mangsa 2: Awak sangat bijak, saya rasa awak memang orang yang terpelajar, kerana awak tau yang kami sangat perlu mendapat perkhidmatan dari doktor,

Idham : (membelai janggut dengan baggga) kalau macam tu saya akan telepon sekarang.



Beberapa minit kemudian .. ambulan datang



Ahmad : aik cepatnya? Dulu pak aku sakit jantung sampai meninggal Ambulan tak datang, bila aku check rupanya drebar ambulan pergi dating. Kini cepat pulak. Sungguh trajis.

Idham : Ahmad, ini semua adalah kerana adalah atas usaha pengswataan, sekarang ni apa pun boleh di swastakan, swasta ni bagus, sebab nanti perkhidmatan jadi lebih cekap. Tengok ni ambulan datang macam kereta tarik,

Ahmad : hehehehe .. tetapi kereta tarik tak payah telepon dah sampai …nampaknya masih perlu di perbaiki



Terdengar kekecohan mangsa satu mangsa dua dengan drebar ambulan …



Ahmad : Apa pulak tu .. dah cedera parah naik la ambulan tu.

Idham : mari kita siasat apa masaalah mereka …



Tiba-tiba ambulan bergerak .. meninggalkan mangsa dengan attendant hospital



Ahmad : Apahal ni encik ? mengapa kereta ambulan tu meninggalkan encik berdua?

Mangsa 1 : wa bangkrap la , poket ada dua hinggit jer.

Mangsa 2 : er .. beg saya ada credit card jer, tak ada wang tunai , check mereka tak mau terima.

Attandan : ini polisi hospital ..mengikut sistem sekarang ambulan sudah di swastakan kena bayar dulu ,.. saya kena tunggu mereka ni sebab saya tak swasta lagi …

Idham : oooo macam tu rupanya… habis macam mana nak ke hospital macam ni … tengok budak ni kepala lututnya dah membengkak

Mangsa 1 : apa nak buat bang ..kena naik bas intrakota la bang murah sikit. Dan sama laju dengan van ambulan. Malahan kadang-kadang sampai lebih dahulu dari ambulan..

Ahmad : jadi Encik Attandan kena naik bas intrakota la dengan pesakit ini?

Attandan : bergitulah nasib saya sejak akhir-akhir ni..ekonomi sangat menekan banyak orang tak ada duit ramai yang memilih naik bas untuk kehospital, kami terpaksalah ikut mereka ni.

Ahmad & Idham: (serentak) ooooooooo …..

9/11/2006

Iklan tidak berbayar



(cover album oleh sinaganaga.blogspot.com)


Artis: gitartong.blogspot.com
Tajuk: Balada minah memulas mesin masa

Lagu-lagu:
1. Balada minah memulas mesin masa
2. Menambat rakit
3. Bumi Sendiri
4. Membenarkan kebodohan
5. Tragedi satu pagi (unplugged)
6. FARAQSTIKA
7. Dibawah langit tanpa hujung (live)
8. Mahligai duka (live)
9. Inu
10. Tragedi satu pagi

Akhirnya! setelah hampir berputus urat kentut, album demo ini dapat juga di siapkan. menurut Gitartong, beliau akan ceritakan kelak derita ketika proses menerbitkannya bukan prosess menghasilkan kentut.

tetapi buat masa sekarang ini matanya nampak $$$$ jer di bawah ini disertakan proses membelinya kepada yang berminat. Haha! kalau ada yang berminat . Haha! kalau ada yang berminat . Haha! (cubaan meniru efek gema yang ada dalam album)


Harga online: RM 10.00+ RM5.00 (sampul pos ekspress)
Harga beli tangan: RM 10.00 (Gitartong menjual tangan dengan murah... mari mari mari ...)

Apa kejutan yang istimewa kepada pembeli online??

Ya, ada hadiah istimewa kepada pembeli-pembeli online. Mereka bukan sahaja mendapat CD album gitartong, malah menerima sebuah kaset RealXPDC live secara percuma! yang juga Gitartong dapat secara percuma. ma ma ma haha! (gema)

Langkah satu: Simpan nombor akaun maybank Gitartong ini: 151306667720. Masukkan jumlah wang yang sepatutnya sebagai pembeli online. jangan ambil nombor itu untuk tikam Magnum. tilt !!! haram

Langkah kedua: Hubungi Gitartong dan maklumkan yang anda telah memasukkan sejumlah wang kedalam akaunnya dengan cara meng'email' atau sms:0197885624 (panggilan profesional sahaja akan dilayan, kalau ada yang nak mengorat lupakan, ini artis yang tak berapa hensem)

Langkah ketiga: Pakai make-up tebal-tebal, tunggu posmen di depan rumah anda setiap hari (Gitartong akan memaklumkan kepada anda jika CD anda telah di pos), selagi CD tak sampai anda bebas mengorat abang posmen itu tadi...

Mudahnya!

Iklan tidak berbayar...