Facebook Badge

7/17/2009

24

Corruption
From Wikipedia, the free encyclopedia
"Corrupt" redirects here. For other uses, see Corrupt (disambiguation).
Corruption may refer to:
 Putrefaction, the decomposition of recently-living bio-matter. Other meanings of the term use this as a metaphor.
 Political corruption, the dysfunction of a political system or institution in which government officials, political officials or employees seek illegitimate personal gain through actions such as bribery, extortion, cronyism, nepotism, patronage, graft, and embezzlement.
 Political corruption is a specific form of rent seeking (not to be confused with property rental), where access to politics is restricted by limited transparency, limited competition and domination of narrow interests.
 Political corruption tends to be more extensive in developing countries, where safeguards such as a well-paid, merit-based civil service, investigative journalism, and otheraccountability mechanisms aren't well developed.
 Corporate corruption, the abuse of power by corporate managers against shareholders or consumers.
 Data corruption, an unintended change to data in storage or in transit.
 Linguistic corruption, the change in meaning to a language or a text introduced by cumulative errors in transcription as changes in the language speakers' comprehension.
 Metroid Prime 3: Corruption, a Wii game
 Business model, often mistaken for investment business model. Patronage allows elders (patrons) to be first to consume rents. After patrons consume rents according to personal or group criteria, remaining rents are then distributed according to the patron's criteria. The patronage business model can therefore occur as a corruption of the investment business model. However, the patronage business model is separate and distinct from the investment business model.

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuahsyarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
 Meminta/Menerima Rasuah
 Menawar/Memberi Rasuah
 Membuat Tuntutan Palsu
 Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.


Google kat wiki dapat la benda Allah ni,

Kalau kamu menyalahgunakan kedudukan kamu adalah perasuah, contohnya, kamu seorang pegawai penguatkuasa, kamu tangkap dan “hantam” orang yang kamu syak melakukan kesalahan tak simpan resit pembelian sebanyak RM2,400.00, tak kiralah salah apa, kamu hanya syak.

Maka kamu adalah perasuah bila kamu hanya bergelak-gelak meminta alasan dari seorang bekas menteri bagaimana dia seorang doktor gigi sebelumnya, boleh membina rumah agam dengan nilai RM24,000,000.00, tak boleh hantam takut wajah botox atau hidung plastik tu jatuh agaknya

24 juta boleh cakap tak adil menuduh sperma yang bukan-bukan , 24 ribu tak boleh cakap, tunggulah nanti 24 juta yang lagi satu akan membalas dalam kepiluan ini dalam pemilu.

7/11/2009

yellow chair



yellow chair
On a yellow chair I sat,
heavy I am with the burden I bear,
No more real it is than just a load on my shoulder,
but it is something I would honour,
it is something i would call 'duty',

It is my job to know,
when, where, why, what and how,
and who,
and it is my job to know,
when is when, where is where, why is why, what is what, how is how,
and who is who,

I am not a soldier,
carrying guns and killing another soldier,
(but my words can!)
I am not a fireman,
braving through fire to rescue the future,
(but my words can!)
I am not a teacher,
to educate someone and be remembered for years,
(but my words can!)
I am no villain,
stray upon the street for a victim to be slain,
(but my words can!)

I am no right, I am no wrong,
I am no righteous, I am no cautious,
I am no truth, I am no lies,
I am no justice. I am no deceive,
I just everything abstract you can describe,

So on that'll be my life,
by fingers dancing on the keyboard,
never liked it yet never been bored,
just to be telling someone about something,
as a reporter,
on a yellow chair I sat..

poem by s.syahmi

I might not do justice when I only wrote malay song when I am the administrator of english site www.esastera.com/poets ,well here goes, hope you like it, wear cowboy hat when you hear this song.

I know my english sound like nursery kid,I'm not trying to be english, it just me. words are from poem written by mohd syafiq syahmi.

7/06/2009

tak mau tak mau tak mau

Kamu adalah orang yang buta tuli dan tidak berhati perut, bila kamu menceceh, mencarut hanya kerana kamu dengki dengan orang. Tak baik berdengki-dengki, orang yang kuat dengki selalunya busuk hatinya, kalau badan busuk boleh pakai odorono tapi kalau hati busuk kamu telan 5 botol odorono pun tak boleh wangi.

Mana boleh kamu tahan orang nak jadi kaya, bodoh adalah perkataan yang amat sesuai kalau kamu memilih untuk menjadi papa kedana, kalau kamu mahu hidup atas belas ihsan orang , meminta-minta bantuan dari badan-badan kebajikan adalah kerja hina, jangan sekali-kali kamu menyimpan impian untuk menjadi begitu, kalau kamu mahu juga maka bodohlah kamu, ini titik.

Menjadi kaya adalah naluri manusia, sama dengan mengongkek, tak ada salahnya kalau kamu mampu, sampai lebampun orang tak kisah, tetapi sebagai manusia kita mempunyai batas-batas untuk membezakan kita dengan binatang, binatang mengongkek tak kira tempat, depan mak pak mentua pun jalan, silap silap mak pak mentua pun jalan dan ya sebelum lebam binatang tahu berhenti.

Menjadi kaya tidak salah, menjadi kaya adalah impian setiap orang, kalau kamu tanya kepada orang miskin kalau di beri peluang untuk menjadi kaya, tentu dia akan meloncat lebih tinggi dari atlet olahraga lompat bergalah.

Tetapi kalau kamu mahu menjadi kaya dengan tidak munasabah kamu memang mencari benci orang, semua orang akan marah, apa pasal kamu saja yang kaya, orang lain tak boleh, ini tidak adil, seperti binatang yang tak dapat mengongkek mereka akan marah juga, apapasal kamu saja dapat kongkek.

Menjadi kaya dengan tidak munasabah dengan menjadi atau membela toyol umpamanya adalah salah, berdosa kau tau, walau rumah kamu yang di bina dari hasil ketoyolan itu syurga idaman, tapi kamu tak dapat masuk surga dengan duit haram.

Begitu juga kalau kamu kuat rasuah, bila orang suap kamu RM8,kamu tangkap, terhina sungguh kamu dengan RM8, tetapi kalau dapat RM50 ,lain cerita, lepas beli beras rumah kamu bulan ini. Orang tu pun kamu lepaskan. Itu sebab saya kata orang semua orang mahu jadi kaya, supaya senang bagi rasuah 8 kali ganda dari RM8.

Lumrahnya, dunia ini selalu tidak adil pada orang papa kedana

kalau kamu kuat ngongkek, bagi peluang orang lain ngongkek, jangan kamu saja nak ngongkek, tidak adil, kalau kamu nak kaya bagi orang lain kaya juga, tak sia-sia kamu kaya, orang tak marah, makin sayang ada.

Akhir kata penutup bicara, Kalau kamu sudah kaya dan ber’uang’ dan kamu kedekut taik hidung masin, nak bagi orang makan roti sekaya terketar tangan, memang mencari marahlah, itulah yang..., kamu tu kan dah kena carut, Dunia ini banyak orang tak suka makan odorono.

7/04/2009

Sebelum esok




SEBELUM ESOK

Berpuisilah dengan bijaksana
sebelum esok
dirajutkan tali kejahilan

Berkatalah demi kebenaran
sebelum esok
dibisukan sebuah percakapan

Berjalanlah mencari keredaan
sebelum esok
dilumpuhkan rahang perjalanan

Dengarlah kalimat sakral
sebelum esok
ditulikan karat penghinaan

Melihatlah dengan istiqamah
sebelum esok
dibutakan penglihatan batin

Berdakwahlah di mimbar kejujuran
sebelum esok
didakwa di mahkamah keadilan

Sebelum esok
panjangkan fikir sesama
bekal kita di sana!

- Ria Asmira,
R&R Seremban.
1 Julai 2009.
di ambil dengan keizinan di esastera.com

7/03/2009

ngong

Kata david, kalau nak pilih seseorang menjadi pemimpin, jangan cari orang yang ada masalah kewangan, orang yang lari dari along, orang bankrap, along pun jangan, kalau along boleh tolong itu bohong.

Alasan David, orang yang begini akan menghadapi masalah kepercayaan, siapa mahu percaya orang yang korup.

Mmm betul juga kata saya

Lepas tu David menambah, ada lagi satu jenis orang yang orang yang dah berbini, tapi gatal nak menikah pun dalam golongan korup jugak.

Apasal? Pasal nak menikah lagi satu tu, mesti dia kuat temberang.

Oooo kata saya

Kalau yang kawin satu tapi banyak awek camana,

Itu tak apa dia masih setia pada yang satu, main-main tak pa maaa kata David

Bengong maaaa kata saya

7/02/2009

bus pool

Sudah lama saya tidak naik bas, seingat saya sudah lebih dari sepuluh tahun, bulan lepas saya merasa nain bas semula, bukan pergi rombongan meminang tetapi pergi meeting dari Ipoh ke Petaling Jaya.

Kalau dulu-dulu pergi meeting boleh “car pool” seorang jer boleh claim mileage yang lain tu tumpang ,syarikat jimat belanja, tetapi kali ini atas desakan ekonomi dan atas kebodekan yang amat tinggi pengarah syarikat terhadap tuan punya syarikat, kami dicadangkan “bus pool” jadi macam rombongan orang kawin pulak.

Kat Ipoh ni orang yang naik bas adalah orang yang sangat kudi dan hina dina, tidak seperti dulu bas hent-henti di Ipoh dah macam teksi mencari penumpang, kalau tak cukup penumpang bas tak akan bergerak.

Sukar sekali Kalau kita naik bas yang penuh, sungguh … bayangkan kamu yang berpeluh dengan tangan mengapai palang, aroma yang menyerap persekitaran akan membuat kamu dapat sakit resdung

Orang Ipoh kebanyakannya lebih suka menggunakan kenderaan sendiri kami banyak duit

6/27/2009

Malam Pentas Kita Karya kita

Kalau tidak kerana Malam Pentas Kita Karya kita, tak tahu entah bila saya akan dapat tengok menara jam condong di Teluk Intan, saya yang selama ini tidak pernah menjejak kaki , terus membalas dendam akibat ketinggalan menyertai rombongan sekolah darjah empat dahulu.

Kamu pernah rasa apa itu kehilangan besar kerugian besar, kamu patut tahu perasaan itu bila kamu tidak datang keSungai sumun. Jebatsari yang menalipon saya pagi esoknya mengadu betapa ruginya. Siap bertanya bila ada lagi acara seperti ini

Malam itu acaranya santai, di mulai dengan ketukan drum dari pemain lantera –jiwa , saya dengar ada suara yang kata “last last” hampir 7 kali tapi mereka masih tak dapat tingkah penutup, tak jumpa penamat.

Sayang saya tak bawa CD malam tu, CD Meor dan Nik laku macam goreng pisang khabarnya, ada yang beli sampai 7 keping, untuk jiran-jiran agaknya

Buat pertamakalinya saya dengar Nik yang tak pernah saya kenal sebelum ini membuat persembahan, Nik kelihatan sepeti orang yang sangat sukar untuk mengendong gitar dan sangat risau dengan persembahannya

“ada jack plug?” Nik Tanya saya

“tak ada “ kata saya serentak mukanya pucat …

Bila Nik turun pentas dia seperti menang loteri, sambutan orang kampong Sungai Sumun sungguh menggalakkan

"Nik naik pentas suaranya macam Iwan falls" kata mem Abdullah Jones, jelas sekali Nik berjaya main gitar tanpa jackplug.

Meor dengan lagu rakyatnya juga mendapat sambutan hebat, selain Pyanhabib, Meor bintang malam itu, tidak dapat dinafikan bila anak kecil pun menyanyi kecil mengikut lirik lagunya

Anak lapan baca sajak, Hariry dan KulupSakah membuat sketsa , saya rasa mereka tahu apa itu persembahan yang sebenarnya, mereka mengunakan sepenuhnya.ruang pentas, Microphone telah di dera oleh mereka. Mungkin kerana itu apabila Abdullah jones naik pentas microphone terus pensan.

Persembahan Pyanhabib tentulah yang di tunggu-tunggu oleh penduduk Sungai Sumun, mereka sangat teruja, Pyan pun saya rasa teruja, sebab lepas persembahan teh tarik jadi sangat sedap, jones bagi satu saya bagi satu tak cukup lagi teh yang sedap itu.

Persembahan musikal rasanya tentu tak lengkap kalau tak ada saya, orang lain hebat saya sangat gempak, saya tahu sebab persembahan live saya memang selalunya lebih baik dari rakaman. Itu kata mereka yang sebelumnya mendengar lagu dari blog ini, "keterlaluan" kata mereka, banyak bunyi tiruan dari midi/komputer. Mungkin lain kali saya akan rakam live.

Jones merayu-rayu minta saya naik pentas lagi, dan untuk tidak menghampakan saya naik pentas sekali lagi, saya tahu sekali lagi khalayak terpegun mendengar saya. Mungkin ada yang tak mahu hari menjadi siang. Mat saman kati yang menjadi juruacara malam itu dapat mengesan ketepegunan penonton kepada saya malam itu.

Satu yang sangat menarik Mat Saman Kati juga sangat santai pakai selipar jepun jer.

Terima kasih kepada Pak karamu , Meor yang tak main gitar ,Adha, kamu semua hebat , kepada nama-nama yang tidak di sebut kamu juga hebat. Kerana malam itu sangat berjaya tanpa kamu tentu malam itu menjadi sebaliknhya

Merakyatkan seni menjadi nyata malam itu.

Mikaeel


Saya sentiasa meminatinya, beliau telah merevolusikan musik dan mukanya..

Mikael ...farewell

6/17/2009

lantera Jiwa

Malam Seni - PENTAS KITA... KARYA KITA...



Pertama kali di Sungai Sumun, Bagan Datoh.

Anjuran BloggersNetwork@Perak dengan kerjasama LanteraJiwa


Tarikh :
26 Jun 2009 ( Jumaat )

Masa : 8.30 malam

Tempat :
Laman Teratak Budi Ust. Ariffin Ngah Nasution @ Pak Karamu
Sungai Sumun, Bagan Datoh, Perak.
( Selepas Stesen Minyak BHP Sungai Sumun )

Alamat Penuh :
F30, Parit 11 Batu 16, 36400 Hutan Melintang , Perak.

Masuk : Percuma

* Jamuan makan disediakan.

Para Seniman :
Pyanhabib, Meor, Nik, KulupSakah, Mohammad Hariry, AirMas, Mat Saman Kati, LanteraJiwa & BloggersNetwork@Perak.

Penghargaan kepada Pak Karamu atas budi tajaan tempat, pentas, cahaya, sistem bunyi & makanan.

** Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menyertai malam seni ini dengan mempersembahkan bakat samada mendeklamasikan puisi atau mendendangkan lagu dengan diiringi muzik akustik (secara langsung), sila hubungi tiada unsur cinta berahi, putus cinta dan apa-apa yang berkaitan dengan nafsu Adam dan Hawa. Keaslian karya ciptaan sendiri adalah diutamakan.

Nota : Poster dibikin oleh LanteraJiwa.

6/01/2009

गजः लवन gajah

Dua gajah bergaduh pelanduk mati tengah-tengah, bila saya baca di Malaysiakini, saya jadi sangat risau dengan orang Terengganu, apa yang telah sebenarnya berlaku, stadium yang baru setahun tu boleh roboh, stadium yang boleh muat 50,000 orang menyembah bumi selepas setahun dibina.

Dalam masa setahun itu agaknya orang Terengganu yang pernah gunakan stadium tu kena kenduri tolak bala, mintak nyawa beb , sebabnya dalam masa beberapa jam sahaja trengganu boleh kurang 50,000 orang , adoi orang melayu belaka tu.

Rasanya selepas ini stadium gong badak kena tukar ke stadium pekak badak, sebab menurut juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut, mereka sudahh lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing. Tetapi takdak orang dengar. Kena kibas duit baru nak dengar kut.

Bang kalau berebut kuasa tu janganlah sampai orang ramai teraniaya. Kalau kat Perak ni saya faham lah juga yang berebut ni parti lain lain, tetapi kat Terengganu ni partinya mak ayah tu juga. Adik beradik pun nak gaduh. tak masyuk punya pasal la tu .

5/23/2009

सोर्गा दी हुजुंग गलोरा






SEBUAH SORGA DI HUJUNG GELORA

Lalu hendak bagaimana lagi harus aku berdiri
kala mereka meragut maruahku di lantai itu satu demi satu persalinan bertukar
terbang segala senyum tawaku
mereka hirup darah ku puas
lalu berdekah ketawa.

Seluruh nyawaku masih dalam sangkar keliru
aku yang sudah terbiasa memamah nista
tidak jangal menyarung daki pekat melekat
aku merangkak lari dari neraka ke neraka
menyusur denai dan duri hingga aku berjumpa kamu.

Aku berjumpa firdaus
tahulah aku ada lagi sinar di balik suram hidupku.

Kepada penyalak dosa yang terlalu berkira
ini lautan penuh pataka dengan gelora seluas mata
adalah dengan terpaksa ku kerahkan semangat
hari ini, tiada siapa lebih bersemangat
menghadap maut dari aku yang terlebih dahulu mati
aku mahu hidup menentang matamu.

Airmas_sz
050606 2252, SSU.


Sajak di atas adalah sebahagian dari sajak yang terpilih masuk ke Antologi "Setelur Adam" yang di selengarakan oleh Hasimah Harun, ada empat pengkarya yang menyumbangkan sajak ia itu Karya : Airmas_SZ , As Syramy , Dahrie , Tintasukma , penerbitnya pula www.esastera.com. kepada sesiapa yang teruja untuk mendapatkan antologi tersebut sila ke www.esastera.com geledah dan beli

5/17/2009

बेर्तान्दंग

Dulu semasa saya masih kanak-kanak, rumah saya sering ada seorang nenek datang ke rumah, nenek itu adalah sepupu kepada datuk saya, datuk yang saya penggil “Bapak”, nenek sedara saya tu bila datang tak tentu masa, kalau dia datang petang, tak ada masalah kerana nenek saya (yang saya panggil “Mak” suka melayannya).

Satu hari nenek tu datang kerumah saya, tetapi Bapak dengan Mak tak ada, mereka pergi tengok wayang cerita Hindustan, rasanya tajuk wayang tu Sangam, sangat terkenal semasa tu. Wayang yang pertama saya tengok pula adalah “Qurbani”, dengan lagu laila yang sangat terkenal tu

Saat itu sangat mengejutkan kerana saya yang tak pernah keluar malam, merasa seolah-olah saya masuk rancangan Twilight Zone, maklumlah bila masuk panggung hari masih cerah , bila keluar pula, dunia tiba-tiba jadi gelap, waktu itu saya tak tahu masa tetap berputar walaupun saya masuk ke panggung wayang.

Eh kat mana tadi?

Oh cerita nenek yang bertandang hehehehe melalut….

Oleh kerana tak ada orang dalam rumah, saya yang baru balik sekolah masa tu, sayalah yang melayannya, melayan tetamu merupakan sesuatu yang paling diambilberatkan oleh Bapak, kalau tak layan baik-baik, nanti Bapak saya akan melayan saya dengan talipinggang. Hehehe

Sebenarnya saya jumpa nenek tu di perhentian bas, dia baru sampai, saya pula baru balik, saya ke sekolah dengan menaiki kaki, orang sekarang sangat beruntung, ada bas, kalau tak pun ada basikal, rata-rata mak bapak sekarang banyak yang hantar anak mereka sendiri, melambangkan negara kita dah maju, tak macam dulu, kasut sekolah pun kasut plastik.

Bila saya nampak nenek tu, saya terus menjemput kerumah, saya tahu tak ada orang di rumah, kini ada peluang saya belajar macam mana nak menjamu orang datang kerumah, setiba kerumah saya jemput nenek tu duduk, dan saya terus kedapur nak menyediakan teh kononnya.

Saya pernah tengok Mak saya buat teh, saya pun pernah tengok mak sedara saya buat teh, senang saja, ambil air panas , masukan serbuk teh, masukkan gula, kacau ,kacau kacau, jadilah teh, di samping itu saya letakkan biskut lutut dalam pinggan.

Biskut lutut adalah biskut yang besar menyerupai kepala lutut, sangat sesuai untuk dimakan dengan teh yang panas. Bila saya hidangkan teh dengan roti tu , nenek tu tersenyum melihat saya, sempat juga dia memuji, anak bujang ni dah pandai buat teh. Bangga juga rasanya hehehe

Tetapi bangga saya tak lama, saya ni memang pantang kena puji agaknya, kerana apabila dia minum sahaja teh tu, terus bersembur air teh dari mulutnya, ah sudah kata saya dalam hati, rupa rupanya dalam terlalu bersemangat nak menghidang tu saya terbancuh air teh tu dengan garam, apa lagi , habis semua pujian tu kena tarik balik ….
Kisah ini mengajar saya supaya lebih berhati-hati , kerana terlalu berhati-hati sampai sekarang saya amat jarang bancuh teh sendiri, saya lebih suka minum air kosong saja, gerenti tak ada silap bancuh..

ini tulisan lama saya ...

5/04/2009

बुरुह

Kalau setakat melaungkan slogan,dan menjerit meminta perhatian , lolong yang mendebarkan itu adalah kosong, mereka yang menjerit meminta-minta itu juga tahu, apa saja yang mereka minta hanya omong kosong.

ahh saya marah lagi, bukan marah sebenarnya, tetapi cuak , perut tak semiak, melihat mereka yang memperjuangkan sesuatu yang mereka sendiri tidak pernah merasai apa yang di perjuangkan.

contoh : penganggur yang memperjuangkan kekuatan pekerja, ya mari kita mogok katanya, kita gempar para majikan, mereka tidak akan dapat berbuat apa, melainkan terpaksa menurut kehendak kita, kerana kita mereka kaya katanya.

bukan salah sebenarnya, tetapi kalaukamu tu tak kerja apahal nak di bela orang yang kerja, pas tu suruh mogok , buatnya kena buang kerja haaaa jadi macam kamu berjuang...

4/10/2009

मकाम मकाम

Dulu kalau kamu masih ingat papan gelunsur dibuat dari papan,binaannya agak tinggi, selepas itu ia di bina dengan besi , agaknya untuk mengukuhkan binaannya, bahan dari papan mudah reput maklumlah papan kena hujan proses peleraian berlaku, besi tahan hujan sekurang-kurangnya lebih lama dari papan, tetapi besi juga alah air ia akan karat, kalau kena besi karat kan kena masuk hospital

sekarang

papan gelungsur di buat dari plastik, tentulah kerana kos plastik lebih murah dari papan, papan dari pokok maka kalau tak gunakan papan kurang sikit pokok kena tebang, tindakan ini menyumbang kepada ekologi, (nyanyi lagi Hijau .. zainal abidin hehehe), besi mahal tambahan pada masa sekarang ini, papan gelungsur dari besi boleh di ketuk-ketuk dan hasilnya boleh di dapati di kedai besi buruk, mat pit punya kerja.

ps : album baru saya "Tak Peduli Mati" saya buat limited edition dan sudah habis ... sekarang saya dalam usaha untuk buat album baru, terpulang kepada bajet, saya nak buat bentuk akustik dan di rakam di studio

4/03/2009

बेलें जावा



Chromatic feat Airmas
Tempat : evolution Studio
Tanggal : 28/03/2009


Majlis perasmian studio selepas renovation, tu saya nyanyi lagu evergreen dalam versi akustik lagu seperti belaian jiwa,black magic woman, tears in heaven . layan beb

3/27/2009

दो थे रिघ्त थिंग

Kalau nak marah sekarang ni kena berhati-hati sebab kita sudah tahu benar atau salah tak kisar asalkan kamu berada di pihat yang selalu benar, ya baru dan benar

Gejala politik wang adalah perkara basi yang sisi sifatnya, apa guna kita bicarakan politik wang, bukankah hanya membuang masa, lebih baik pergi karaoke lagi layan boleh raba-raba amoi. dia tak marah punya kalau kamu beli banyak brek kapal.

Apa bezanya rasuah dengan politik wang? kalau kamu nak tau, banyak bezanya, antaranya politik wang tidak berdosa, kerana kamu melakukannya untuk perjuangan yang kudus, malah kamu boleh jadi lebih terkenal dari biasa, bila kamu buat ucapan nanti kamu nangis sikit orang akan kasi tepuk berdiri.

Rasuah pula adalah perbuatan keji dan hina. stop

3/08/2009

लतः

Orang yang selalu meminta-minta adalah orang melayu, bangsa lain tak pernah mahu meminta macam orang melayu, fakta ini di sahkan oleh orang melayu sendiri, kalau tak percaya tanya kawan-kawan melayu kamu, dah tu orang melayu juga sangat kemaruk kuasa, tak pernah mahu tahu apa kegunaan lain yang ada pada kuasa melainkan untuk menambah bini dan bini dan bini dan bini sahaja, bunuh anak dara orang pun boleh kalau dah kuasa.

Kalau ada yang umpamakan orang melayu ni kote, macam yang Abdullahjones selalu kata tu, saya bangkang sangat, tidak setuju yang arif eh, bukan kerana kote tu sangat mencarut, tetapi kerana perumpamaan tu tidak sama sekali tepat. Kalau kote tu dia ada tahap yang boleh menerima/memberi, mau memang mau saja hari-hari pun mau , tapi kalau dah klimak tu tak maunya dah . lentok le dia...

Macam mana nak di samakan dengan orang melayu yang kalau dendam tu memang tak puas-puas siap boleh jumpa bomo, boleh cari sampai ke Siam tu , sambil menyelam sambil minum air. Kalau marah tu sampai tak ingat dunia, kalau main judi boleh gadai rumah kadang-kadang tu anak bini pun lelong.

Kalau bab kerja orang melayu memang sungguh rajin, tanyalah mana-mana majikan, kalau nak ambil orang melayu mereka jawab benda yang sama , semuanya rajin , rajin curi tulang, tambah sikit kuat berangan, ya berangan macam anjing dengan bayang-bayang , orang melayu tamak dan suka curi tulang.

Tapi satu yang tidak boleh di persoalkan, orang melayu sangat kuat taat setianya, kalau dia kerja kilang yang dah di pastikan sebagai sumber pendapatan yahudi, mereka peduli apa, abih kuat mereka akan tengok TV dan kata kesian, habis air liur dengan kesian, kalau mereka nak berenti jangan harap. potong ayam tak jadi punya

Begitu juga kalau bab makan , kedai makanan orang melayu punya banyak tetapi semua tidak menyelerakan, yang sedap tentu kedai yang 10 peratus pendapatannya di gunakan untuk membiayai senjata yang membunuh muslim. di kedai itu kamu akn lihat orang melayu yang melayang orang melayu dengan snyum bangga sebab merek kerja di tempat yang sangat mewah. jadi kuli untuk orang kaya merupakan satu kebnggaan orang melayu.

Dalam banyak-banyak bangsa, orang melayu yang paling tidak menghormati bangsa malah bahasanya sendiri, dari yang kecil sampai yang besar, ada tu yang cakap melayu pun setengah tiang, tapi bila cakap orang putih berlingkar lidah, masa men gulumpun lidah dia tak seganas ber orang putih, mungkin berkat selalu onani menyebabkan orang melayu selalu nak jadi macam tu ... nak jari orang putih walau pun badan hitam bontot kuali.

Maaf ,aku menjadi marah yang sangat marah kalau sampai Sasterawan Negara pun kena bom asap. Lebih baik kamu jangan jadi melayu duduk hudah berkawan dengan monyet sebab kamu tidak ada hak mengunakan bahasa melayu. Sekarang ini paling bagus, bahasa yang kamu tuturkan itu bahasa melayu, telah di kotak-katikkan, mana boleh kamu cari orang yang akan menghormati kamu kalau kamu sendiri tidak menghormati bangsa kamu. Sedar lah diri weh, jangan dok tembak orang yang menjaga budaya bahasa bangsa kamu. Mati tegak nanti.

2/23/2009

डकवा

Sewaktu perang melanda Iraq saya sangat marah, sangat-sangat marah, tetapi apalah sangat nak marah kalau orang di Iraq pun tak marah.



Lagu ini saya buat untuk perang di Iraq, sikit hari lagi mana tau ada perang lagi, cam kat Perak ni, perang kuasa tak sudah-sudah. menci betul, tapi buat apa nak menci kalau orang Perak pun tak menci ....

2/21/2009

चेनता रेधा



Lagu ini asalnya saya bikin dalam irama rock tak hingat dunia, sekarang terimalah lagu ini dalam bentuk unplugged, muzik yang sesuai kalau pakai gitar tong, tapi bukan saya yang main tapi computer saya yang main, kecuali suara yag merdu tu suara saya yang asli hahahahaha...

Tajuk : Cinta Reda Seorang Hamba
Lagu : Airmas_sz (esastera.com) ssrock (rockapak.org)
Lirik : Amir Mukhriz

Aduhai ombak /Khabarkan aku tafsir cinta /Buat kurungkai gelisah hati /Buat kutahan amarah diri/ Buat kutabah hidup sendiri /Ketika kasih hatiku /Dibawa pergi /Aduhai ombak /Hulurkan aku gebar reda /Supaya hangat tubuh sengsara /Supaya nyenyak tidur derita /Supaya bermimpi aku bercanda di syurga /Aduhai ombak /Pakaikan aku persalinan hamba /Biar ku sedar letak diriku /Biar betul langkah kakiku /Biar tepat pacul kalimahku /Terima kasih ombak /Untuk tafsir cinta /Untuk gebar reda /Untuk persalinan hamba /Yang hadir bersamamu /Dalam sekelip mata

Sajak : Amir Mukhriz KUSTEM 1.xi.25

Amir ni muda belia budaknya dan sangat bersopan santun. bukan macam saya , sangat garang dan brutal ...hahaha

2/19/2009

कबां

Kawan aku cakap kalau nak kasi orang cari blog ngko , kena kreatif, jadi aku nak cuba ni. yang sensasi sekarang ni tentu elizabeth wong dengan gambar yang kononya lucah tu, aku tak tahu la tapi yang aku tahu dan aku sangat-sangat rasa sekarang ni dia tu di zalimi...

जालिम

Doa orang yang di zalimi sampai direct , walaupun doa itu dari orang bukan islam, kalau kamu menjadi zalim, sanggupkah kamu mengadap balasan dari tuhan, yang biasanya direct juga.

2/13/2009

1/28/2009

हीरो केपाला होतक

Hello beb jangan buat penjenayah jadi hero, masalahnya siapa hero siapa penjenayah.... keliru betul

1/23/2009

बाबी दान लिम्बू

"Kong Hee Fatt Choy", dulu-dulu orang cina akan cakap macam ni,tetapi sekarang dah tak ada lagi semua sudah jadi "gong xi fa cai", yang kong tu dari cina kantonese yang kedua dari mandarin, tukarlah nama macam mana pun mereka tetap dapat angpau

yup cina pun ada banyak suku pecahannya, ada kadang-kadangnya kalau kamu nampak mereka bercakap dalam bahasa melayu atau selalunya english adalah salah satu sebabnya mereka sendiri tidak berapa fasih dalam loghat yang di lawan cakap, tambah-tambah kalau hokien dengan kantonese

Satu yang bagusnya mereka tetap merasa yang di lawan cakap itu orang cina juga, bagi orang cina, kalau tau cakap cina dalam loghat apapun itu orang cina, kalau tak makan babi tak apa tetapi juga cina

Orang orang melayu ni pelik banyak, kalau ada loghat lain sikit jer, dah tak nak geng, asyik nak berparak jer, haprak betul, mungkin terlalu sebati dengan pecah dan perintah tu yang jadi kuli sepanjang masa.

oh, cina sebenarnya tak rasa apa-apa kalau kita kata dia babi, sebab babi pada dia tu comel, ada diantara mereka yang memang ada iras-iras... comel kata mereka, tak percaya pergi tengok cerita "Journey to the west", ada orangbabi (babiman) buncit nak mampus pusat pun berpintal, hidung dah tentu jenis yang langar tembok, dan tidak syak lagi, itu kiut kata amoi pejabat aku. buduh kata aku

orang melayu sangat pantang tuk nenek kalau di panggil babi, tapi kalau di panggil monyet atau lembu mereka ok sikit,babi ni sangat najis, nak menyebutnya pun tak tergamak, mungkin itu sebabnya, dulu babi di tukar nama kepada khinzir, tukar macam mana pun tetap tak laku, babi juga sedap di sebut. babi betul

sampai sekarang ini saya tak pernah dengar caci maki "Khinzir punya orang" melainkan babi juga di sebut orang

Sebenarnya walau apa hal yang kamu resahkan dalam hidup kamu tak ada baiknya kalau membinatangkan orang, walau perangai orang tu macam binatang

1/21/2009

केपाला कोक

saya tak dapat menahan ketawa bila cikgu yang namanya saya tak ingat tersenyum kepada kami, waktu itu kami baru lepas ponteng kelas main combat-combat, kat tepi sekolah

setelah menang, kami pergi ke masjid , jarak sekolah dengan masjid sepelaung, kami memang budak-budak yang dalam kategori jahat nak mampus. mak suruh belajar kami masuk hutan, konon nak jadi askar, masa kami ingat kalau nak jadi askar tak payah sekolah.

kami sampai masjid orang semua tak datang lagi jadi kami mandi-mandi kat masjid, bila orang datang kami dah kat depan , ada yang duduk tempat imam, apa lagi bila tuk siak sampai, kami kena halau mentah-mentah, sebab kami tak sunat lagi katanya, saya tersenyum sebab saya sudah.

walau saya di benarkan duduk di saf depan , saya lari kebelakang juga sebab kawan-kawan saya semua kebelakang, kami satu geng tak boleh pisah-pisah, lagi pun masa t cikgu pun baru sampai.

bila kami nampak cikgu, terus kami berebut-rebut nak bersalam, bila sampai turn saya, saya jadi tercegat, cikgu memang manis senyumnya, tapi saya geli masatu taik idungnya tergantung, nak tegur tak tergamak, nak bersalam pun rasa cuak...

esoknya ada perhimpunan, sebab ada orang komplen kami mandi kolam masjid, ini mesti tuk siak tu yang komplen, mati-mati kami tak mengaku, tapi cikgu tak percaya, kena rotan juga. aduh

1/16/2009

Gaza



Kalau itu bukan lagi hinaan yag amat dahsyat, apakay sebenarnya yang seang kita hadapi, apa perlunya mencari marah dengan cara yang amat tak ada telur, kalau nak gaduh apa hal pulak letak kepada babi macam tu,

agaknya mereka yang buat benda ni memang tak ada telur, kalau nak protes pun buatlah cara jantan, berdepanlah dengan masaalah, kalau dok buat hal nyorok nyorok ni memang ada masalah kemaluan.

kalau orang yang bertanggungjawab dengan kepala babi di di bawa kehadapan, saya percaya dia tidak akan ada berhenti-henti menyumpah perbuatannya, waktu itu dia bukan sahaja dia akan menanti ajal, tetapi menyesali kelahirannya.




cerita lain yang berkaitan


Pagi itu seluruh kampng terbakar,ibu yang sering bising bising sudah terbaring berpelukan dengan anak-anak yang malas bangun pagi tidak lagi merintih, mereka sudah pergi

Negara yang mengaku sebagai pelindung, telah tuli, mulut mereka terkancing, mereka seperti anjing yang di lempar batu, lari menjerit-jerit, walhal pada asalnya anjing itu yang menyalak nyaring

Gaza, lenakah tidur malam ku kalau dengan gugurnya hujan meletup
Gaza, jangan sekali-kali biarkan kamu di redah,
Gaza, aku menanti bangkitmu

1/15/2009

प्तुइह प्तुइह ptuih

Silence so loud


Come along a girl with the smile of rose
She laughs at death by a mere crawl
She runs around free to her playground

This playground now filled with bones
Scattered bones of her friend
Her younger sister
Die with eyes open wide

She is alone
As tears drift through her heart
She cries nobody’s own
Looking at a her house demolished
Nobody home

070109 2313
SSU

1/05/2009

सरिता न्गोंग

Kalau kamu tahu satu rahsia yang sangat besar dan kamu, ya kamu di amanahkan untuk menyimpan rahsia itu atas alasan untuk keselamatan umum, apa agaknya yang akan kamu lakukan? apakah kamu akan simpan kemas-kemas macam barang kemas kamu yang sudah berapa tahun kamu simpan di kedai pajak gadai yang ada satu lobang kecil untuk kamu masukkan barang kemas kamu dan kamu terima semula balasannya yang berupa wang, ya wang yang akhirnya akan kamu laburkan untuk membeli nombor ekor? opps itu bukan kamu, itu kawan gelap saya.

Pernah kamu dengar berita di suratkhabar yang sangat rahsia hinggakan kamu tertanya-tanya sama ada mahu terus membaca atau mahu kamu berikan sahaja surat khabar kepada sahabat kamu yang berketurunan tiongwa err cina la, untuk mereka gunakan di tandas ketika mereka kekurangan kertas tisu mencalat

atau mungkin kamu yang sedang berusaha untuk merahsiakan berita yang kamu usahakan untuk menjadi satu batu loncatan agar kamu tergolong dalam kumpulan yang sangat hip iaitu kumpulan tak takut masuk neraka, dan tanduk merah yang kamu pakai di malam tahun baru itu adalah fesyen yang sangat dahsyat kewlnya dan happening sekali

malah mungkin kamu yang sedang membaca ini adalah pembawa berita yang tidak ada hujung pangkal tetapi secara sengaja kamu meleret-leretkan tulisan kamu untuk memenuhi ruang yang di bajetkan untuk kamu menulis

Dengar anak-anak ku , ada banyak perkara bengong yang terjadi di dunia ini dan kamu yang menulis tentang sipolan-sipolan tetapi tidak ada telor untuk mendedahkan siapa di mana dan mengapa berita cerita itu menjadi berita cari makan dan rahsia berterusan menjadi rahsia, Adalah kamu penulis yang menunjukkan kepondanan kamu, kalau kamu pompuan ... memang kamu tak tahu menghargai sifat semulajadi kamu

1/02/2009

कुंग कुंग कुंग

Dulu semasa saya sangat rock, konsert battle of the band sangat mengujakan, kami adalah orang yang menjerit sampai urat tengkok tebal setengah inci, kalau nak tahu kamilah orangnya yang mencetuskan jenama rock kangkang.

kisahnya pada satu konsert search, masa tu man kidal yang goreng dia masuk Search sekejap, man kidal dulu dulu bila goreng tegak macam kayu bukan terkangkang seperti biasanya seorang rockers, stage masa tu memang paras leher, penonton yang tengok semuanya nampak tangan tergapai jer.

Nak jadi cerita kawan saya (nama di rahsiakan) gatal tangan di ikatnya tali kasut man kidal kiri ke kanan semasa man kidal tengah goreng. apa lagi masa nak melangkah tergolek la man kidal, kami semua lari terus.

Man kidal tak pernah kami lihat main gitar macam kayu selepas itu ,terkangkang jer, tu la sebab naik nama Rock Kangkang, band yang lain pun bila tengok man kidal terkangkang mereka pun agaknya merasa sangat rock mengangkang ni. kami punya pedajal la tu. jahat nya nak mampos. tetapi rock kangkang jenama yang tak berapa kuat sekejap jer, ntah apalah ceritanya menjadi rockkapak pulak


Jom kita tengok sambutang tahun baru
kat mana
kat Kuang
ada artis Rock kapak
bukan rock kangkang ker ...
itu dulu beb
rock yang mana? Search? lefthanded? may?
Tak kumpulan baru
oooooo ada album?
Tak
ceh aku pun ada
Ko buat sendiri mana aci

kami pun naik kereta menuju ke Kuang, kami sampai lambat lima enam minit dari dua belas malam, dekat sangat dengan countdown, , selepas bunga api di lepaskan di sambut pula dengan lagu search - isi dan kulit. penganjurnya pemuda amno kampung kuang. Tak nampak pun gadis yang bertanduk, tempat lain kut

12/31/2008

ई सह अप ला पुण्य मांग कुक

Hari ini saya mau jadi bongkak dan angkuh, ya bongkak jerana henpon cap ayam saya , henpon saya sangat special kerana walau warna asalnya biru sekarang warnanya sudah berubah macam sesumpah, dah jadi putih beb. jadi hanpon saya ni bukan sahaja cap ayam tetapi cap ayam berak kapur hahahahaha....

Hari ini 31/12/2008 saya terima SMS secara berganti-ganti, bertalu-talu meluru ke hanpon cap ayam saya, semua mengucapkan selamat tahun baru pada saya. ini tentu menampahkan lagi bongkaknya saya, bukan saya bangga kerana hanpon cap ayam masih boleh menerima SMS yang banyak tetapi kerana....

alamak ... orang bongkak ini dapat panggilan kena pergi jamming la pulak, band boy semua dah tunggu, En Razak kuda yang merupakan manager @ peminat setia pun dah komplen lambat datang ... takdak disiplin katanya .... lain kali jer citer kebongkakan saya tu ...jangan marah ya... kerana saya juga kuat tipu seperti sahabat saya yang botak dan bongkok itu hahahahaha binawe konon,

12/23/2008

प्यार

masuk balik, kalau menulis di blog ni sehari pun rasa lama , sebab kita akan ada rasa gian nak menulis saja, tambah pulak kalau boleh menuls macam abdullah jones tu mmmm, mengata jer kerjanya.

Entah kenapa saya rasa rindu nak menulis semula, mungkin sebab kepala ini rasanya mau pecah, kalau tidak sebarkan apa yang sangat gundah di kepala, apasangatlah gundahnya di kepala saya ni kalau nak di bandingkan dengan pak menteri.

Hampir setahun err tepatnya 9 bulan saya tutup blog ini, kerana saya rasa sangat bosan menulis. menulis ini sebenarnya sebahagian dari komunikasi , kalau jadi radio TV yang statik kamu hanya perlu dengar kalau tak suka kamu tutuplah TV/Radio, tetapi blog ni dua hala, kaau kamu tak suka kamu bedal direct. ehem kalau suka pun puji la direct juga.

Buat masa ini saya mahu masuk semula. Harapnya berterusan

3/02/2007

Selamat tinggal Blogspot

Saya akan rasa tak perlu lagi cakap banyak .. malas tahap jingga dah nak update blog ini, lagi pun tak ramai yang suka lagu puisi .. kalau sedikit dari kamu semua yang rasa suka nak dengar lagu puisi sila ke sini www.airmas.esasterawan.net saya akan hanya update blog di situ... Sengaja saya tinggalkan blog ini menjadi sejarah.

babai blogspot...jangan menangis aku tak perlu sedu sedan itu


kalau kat www.airmas.esasterawan.net pun ada rasa boring,saya akan memberi kebabaian juga , tapi tapi buat masa ini saya masih ada rasa suka di sana....

2/13/2007

Kasih Sayang

Kasih Sayang

Saya tidak pernah menyambut Valentine Day atau yang di melayukan menjadi Hari kasih sayang, saya tidak menyambutnya bukan kerana tak ada cinta dalam dada, malah terlalu bugar cinta itu hinggakan saya tak perlu satu hari sekadar untuk menyatakan rasa cinta.

Cinta itu makanan jiwa, setiap saat setiap detik setiap jam setiap hari 247 365 aduh sentiasa, saya merasa adanya cinta. Saya tak perlukan satu hari untuk cinta dan di hari lainnya saya tinggalkan sahaja.

Saya juga tidak perlu dunia tahu betapa saya bercinta. Tetapi kalau dunia mahu tahu, memang, saya sedang hangat bercinta dan dia sentiasa ada di sudut yang paling sunyi.
--------------------------------------------------------------------------------



Di satu sudut dunia yang lain...

Ini Lagu puisi nukilan Abdullah Jones, kalau dulu saya rockkan lagunya, dia tidak suka, katanya Rock bikin puisinya hancur, saya agak kecewa kerana saya sangat mengemari irama Rock.

Dalam jiwa, saya sangat gembira apabila AJ marah-marah, macam dapat bonus rasanya.

Kini saya saya ubah rentaknya menjadi balada, kerana menurut Abdullah Jones melayu ini berjiwa balada, saya langsung tidak setuju, saya rasa dia kurang baca surat khabar, kalau tidak tentu dia tahu di Malaya ini pelbagai irama yang menjadi pilihan melayu.

Tidak semua melayu sukakan balada, ada yang suka rock, ada yang suka lagu asli dan saya sangat suka lagu rentak 50an namun rentak 60an saya tak berapa suka rap dan hip-hop pun saya tak berkenan .. rasa gedik,

Sebenarnya semua rentak lagu saya dengar dan itu tidak mengubah sedikitpun kemelayuan saya. saya masih pemuda yang pemalu dan senyuman saya masih mengoncang kalbu hahahaha.

Akhir kalam, semoga anda akan gelak ketawa mendengar lagu rock yang saya baladakan ini.

Judul : Sajak Mentol seratus watt
Puisi : Abdullah Jones
Lagu : Airmas_sz



Kalau sudah dengar jangan malu malu letak komen yang memuji-muja saya...saya ada counter di tepi laman ini, saya tahu ramai yang menjeling kesini, saya
sangat kecewa melihat kamu semua datang dan tidak beri komen ...sungguh sampai rasa nak pencen....

2/03/2007

Perangkap perjuangan

Perangkap perjuangan

di kota ini anak anak bermain senjata
menanti musuh mengawal horizon
di sini jua kedakan ledakan membara
menggegar membunuh warga nusa

apakah jeritan ini lemah untuk dimengerti
sebagai satu lambang penindasan kejam

masihkah tak kedengaran
di Bangsa Bangsa Bersatu
"mengapa masih tak bersatu"

dan akhirnya terperangkap
dengan perang perjuangan
yang tinggal bumi kontang
sisa-sisa nuclear



Sajak di atas terselit dalam antologi anti-perang pada tahun 2003, merupakan karya saya yang pertama diterbitkan, kalau pergi ke link tu baca-baca nama besar jer ada kat sana .. nama saya terkumpul di "dan ramai lagi"

Sajak itu sebenarnya saya tulis lebih lama lagi. Sama umurnya dengan lagu zubir ali yang munir yang Syatila ntah saya dah tak ingat.

Waktu itu Lebanon di serang Israel, rasanya tak payah cerita sebab sampai sekarang masih lagi ada perang. Entah bila nak damai. waktu tu saya marah sangat tu yang saya tulis sajak tu, waktu tu saya di sekolah menengah rasanya.

terima lah lagu di bawah yang memgunakan sajak di atas.. lagu rock ni .. yeah yeah ..

1/31/2007

Orang Panas



orang panas

mereka orang panas
di siram air
mendidih
di simbah ais
cair

di ajar
tidak masuk
di tunjuk
sesat arah

mereka orang buas
di tegur
sangkanya marah
di sayangi
sangkanya benci

biarkan sahaja mereka
tunggu mereka sedikit dewasa
biarkan sahaja mereka
mana tahu mungkin nanti
mereka tidak akan mati

Karya :AbdullahJones
Lagu : Airmas_sz

Sajak AJ di atas tajuknya Orang Panas, tetapi saya dulu asyik sebut "Orang Ganas",
saya rasa kalau orang ganas lebih sedap dari orang panas. tetapi AJ yang degil mahu tajuknya Orang Panas , huh tak romantik langsung kata saya.

Lagu rancak untuk orang muda ini telah lama saya buat, dulu secara unplugged hanya guna gitar tong sahaja, tetapi untuk versi ini saya gunakan irama yang agak berat untuk membalut lagu ini.

Saya tahu AJ tak berapa suka dengan versi yang sebegini, tetapi saya suka, sangat suka. saya juga sangat suka bila AJ sangat tak suka. saya boleh tidur lena malam ini. tak perlu bom sesiapa.

ps : kukeng saya akan bikin lagu untuk rintihan itu, tetapi ada perkataan yang saya rasa tak best antaranya "embun jantan" baja sedap nyanyi tak sedap, lagi satu apa tajuk rintihan itu? err err "Embun Jantan",

12/17/2006

Anak, ini apologi



Fakta Rakaman:
1. Video ini dirakamkan dengan kamera handphone
2. Mengunakan seorang pelakun yang tidak tahu dia sedang berlakun/diexploitasikan, pelakun kanak-kanak berketurunan arab itu baru berumur 2 1/2 tahun
3. Lagu yang anda dengar musiknya dihasilkan dengan tidak mengunakan sebarang alat musik,
4. Suara yang anda dengar itu adalah dari satu orang yang sama.
5. Elang Garang adalah Produksi perfileman budjet ciput ...
6. Zek Shafii adalah Pengarah filem merangkap tukang kamera merangkap krew produksi budjet ciput "Elang Garang" yang bermastautin di London (tempahan di alu-alukan)
7. Tajuk Asal lagu "Apologi untuk anak II" telah di tukar untuk pengkomersialan oleh Abdullah Jones

12/14/2006

Apo lagi

Sajak “Apologi untuk anak ii” adalah satu siri sajak yang saya tulis untuk Nurul Haneem Balqis (Aneem) yang merupakan satu-satunya anak perempuan saya. Dia adalah satu penantian yang panjang.

Setelah lahir Aneem ditahan di wad Hospital Ipoh (incubator) kerana masalah berkaitan kelahirannya, sewaktu itu bermulalah episod sedih saya dengan isteri, kerana selama ini kami mengharapkan anak perempuan setelah di kurniakan anak lelaki.

Sajak itu menceritakan detik-detik suram saya dengan Pihak Hospital Ipoh, sebagai seorang bapa saya mahu tahu apa sakit anak saya, tetapi saya tidak langsung di maklumkan, kecewanya tuhan sahaja yang tahu

Ada ketikanya saya hampir bergaduh dengan Jaga hospital yang macam samseng taik kucing tu. Dia minta saya keluar sedangkan saya masih menunggu jawapan dari doctor, doctor pula macam lari-lari, kalau tak tahu cakap la tak tahu, janagan buat anak orang bahan ujikaji.

Ps : Aneem sekarang sudah sihat dan agak nakal, munkin kerana pengaruh abang-abang, Sajak itu juga saya sudah lagukan , kawan saya khabarnya nak buat video untuk lagu itu, malangnya dia sangat malas, kalau saya simpan janggut dah sampai Sri Langka dah janggut saya ni, video tak siap juga.

12/04/2006

Satu apologi buat anak ku II

SAJAK :
Satu apologi buat anak ku II
Oleh AIRMAS_SZ

Dari biru rona tanganmu
Hati di salut pilu
Perih pedih

Bayangan kesalan pun meluru
Satu mimpi tertangguh
Puing rindu

Gambar resah berdiri di belakang tutur ku
Di lautan cinta yang tak pernah surut
Kala kau meronta di banjir derita
Hadir tiada aku
Tiada berita yang aku dambakan
Aku jadi keliru

Sayu ratap mu menusuk sukma ku
Larut kelamun pecah rawan ku

Airmas_sz
Sungai Siput (u) 210405

11/29/2006

Perang yang pelik

dulu kan ada satu perang , orang yang nak berperang tu kata negeri paksi kejahatan tu ada senjata merbahaya yang kononnya boleh menghancurkan dunia.

Tapikan lepas dia serang habis-habisan, di geledah negara itu, tak jumpa pulak senjata tu .. malulah macam tu.

mereka kononnya memerangi keganasan, tapi tak nampak pula keganasan kat tempat tu, mereka nak perang macam mana? main suka suka sajakah perang ni, orang mati ramai-ramai tu hiburankah?, lepas tu kan masa mereka serang tu, kita pun heran, sampai sekarang ni heran tak hilang, sebab katanya memerangi keganasan, tetapi yang nampak ganas mereka sendiri, kan susah nak jawab macam tu,

sekarang ni saya baca suratkhabar ada ura-ura nak tukar perang kat negara tu bukan memerangi keganasan, tetapi perang saudara, hahahaha lawak betul la, saikologi betul, sebabnya mereka yang berperang tu, bila masa pulak jadi saudara negara yang di serang tu. kalau dah bukan bersaudara macam mana pulak boleh perang saudara.

ini menipu pakai kepala lutut namanya. kalau perang saudara maknanya mereka ni tak bertanggungjawablah, itu negara itu punya pasal, bukan masalah mereka lagi, padahalnya kalau mereka tak datang, tak ada perang, tetapi lepas mereka datang mereka tinggalkan perang.

11/25/2006

Bunyi rintone type 9 (nokia)

No yang tertera di handphone 03xxxxxxxx …
dalam hati saya no KL ni…, mmmm

Saya : Hello
Dia : boleh saya bercakap dengan En Samsul yang di kata orang kacak tu?
Saya : Sdr tak salah orang saya la tu
Dia : Saya inspector polis dari Ipoh
Saya: (macam pernah dengar script ni) … ipoh?.. apasal tak dari KL… siapa ni
Dia : Akulah gitar tong

Hahaha tak menjadi beb

11/17/2006

Talipon dari PBB

Telefon dari PBB

Baru-baru ini saya mendapat panggilan telepon yang sangat tidak saya sangka-sangka, semuanya hanya kerana maklumat salah yang telah saya letakkan di sini, mati mati saya ingat orang bergurau dengan saya. Terganggu perasaan saya kerana insiden itu.

Ini kerana orang yang menalipon saya itu bukan calang-calang orang, siapa tak kenal dia yang menjadi pengerusi satu pertubuhan besar dunia, mempunyai pengaruh yang sangat luas. Sering pula berjumpa dengan pemimpin dunia hanya untuk minum kopi.

Saya menjadi agak kelam kabut juga sebab dia bercakap dalam loghat English yang agak sukar di fahami oleh saya. Namun saya cuba juga melayannya. Nak jaga hati, takut orang merajuk la pulak…

Dia adalah Kofi Annan (annan disebut macam annon), Pengerusi pertubuhan bangsa-bangsa bersatu, katanya dia cuba hendak menghubungi Dr Ir. Wan Abu Bakar (yang di sebutnya Dr Van aboo Backer) tetapi tidak berhasil.

Lalu saya katakan mungkin sewaktu tuan menalipon Dr Van Aboo Backer beliau menutup teleponnya kerana menghadiri majlis perkahwinan ahli esastera yang baru menamatkan zaman bujangnya bersama dengan seorang lagi ahli esastera Sdr Mohd Zakir tetapi saya malulah nak ajuk apa nama yang di sebut mengganti nama Md Zakir hahahaha.

Beliau (Kofi Annan) menerangkan tujuan menalipon saya, katanya, Pejabat Kewangan Persatuan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) sangat terkejut baru-baru ini kerana terdapat lambakan wang yang banyak mengalir ke akaun PBB. Dan semuanya diletakkan atas nama “Airmas_sz”, sedangkan menurut mereka nama itu tidak pernah ada dalam senarai kakitangan PBB.

Mereka (PBB) membuat siasatan dengan mengunakan system komputer cangih mereka namun tidak dapat juga menjumpai nama “airmas_sz”, ini sangat menghairankan kerana setahu mereka dalam supercomputer itu bukan sahaja terdapat maklumat setiap kakitangan PBB malah kalau mereka mahu mereka boleh sahaja mendapat maklumat mereka yang bukan kakitangan.

Hinggalah sampai kepada satu hari seorang budak pejabat yang suka menginternet membuat carian di google dan Yahoo!, maka berjujuranlah maklumat Airmas_sz yang mereka jumpai. Lalu mereka tahu apa itu esastera.com dan siapa itu Dr Wan abu Bakar, tetapi sayang sekali kata Kofi Annan beliau tidak dapat menghubungi telepon bimbit Drirwan.

Kofi Annan berkata lagi, melalui cara itulah mereka dapat menjejak yang punca aliran tunai ke akaun mereka. Katanya album yang di pasarkan secara online melalui laman www.esasterawan.net mendapat sambutan yang sangat hebat di Nigeria. Kerana kebanyakan alamat penghantar adalah dari Nigeria ,Kenya dan Mongolia

Katanya lagi, banyak penduduk di Nigeria berusaha menyimpan duit untuk datang ke Malaysia kononnya hendak mendengar lagu-lagu pujaan mereka melalui konsert di Malayzia (sebenarnya Malaysia mereka punya lidah agak berkarat)

Saya yang agak termanggu dan terkejut terus menerangkan kepada Pengerusi PBB itu yang singkatan PBB di laman airmas.blogspot.com itu sebenarnya adalah singkatan untuk Public Bank Berhad (PBB), lalu saya meminta maaf atas kesilapan yang tidak saya sengajakan itu.

Saya pun berjanji dengan Tuan Kofi Annan yang saya akan dengan segera menukar atau pun memberi lebih maklumat tentang PBB yang saya maksudkan , bukan PBB itu Persatuan Bangsa-bangsa bersatu tetapi Public Bank Berhad.

Setelah berpuas hati dengan penjelasan saya itu, kofi annan pun dengan segera menbuat pesanan untuk Album Demo Airmas_sz, bukan satu tetapi sebanyak lima keping sekali gus, dua keping katanya hendak di beri kan kepada anak-anaknya kerana menurut beliau dalam album tu terdapat banyak puisi-puisi yang menarik.

Lebihan tiga album itu pula katanya, satu untuk dirinya sendiri , beliau sangat suka dengan lagu “Dia Rindu” syahdu sungguh katanya, satu lagi untuk Pressiden Bush yang katanya akan tamat tempoh menjadi presiden, Album itu buat menenangkan perasaan peresiden itu. Dengan kekalahan kongres baru baru ini.

Kofi Annan juga akan tamat tempoh pada hujung tahun ini, pengantinya Tuan Ban Ki-Moon dari Korea selatan itu juga akan mendapat satu salinan album itu. Akhir sekali Tuan Kofi Annan sempat juga meberi pesanan katanya “ cukup cukup lah temberang tu …..”


Sekian cerita temberang dari saya hahahahahaha….




Ps : diucapkan selamat pengantin baru kepada Mohd Zakir dan Syarifah Salha Selamat penganti baru ……moga cepat beli botol susu.

11/01/2006

Yang ditunggu dah tiba



Maka masa yang di nanti pun tiba, dengan ini saya dengan bangganya mempersembahkan satu CD yang mempunyai koleksi lagu-lagu sajak dari penyair esastera.com,

Album : Sentimen
Artis : Airmas_sz
Sajak-sajak : Anbakri, Airmas_sz, Dahrie, Lintang Sugianto, George Manos, Abdullah Jones.

Semua lagu adalah hasil ciptaan Airmas_sz, manakala sajak yang di jadikan senikatalagu adalah milik penyair yang berbakat dari laman portal www.esastera.com, Lagu-lagu yang terkandung dalam Album ini seperti berikut

Di Palang Ini
-Airmas_sz/Anbakri
Sajak Mentol Seratus Watt
-Airmas_sz/AbdullahJones
Selamat Pagi Ghazy, Bisik Mesiu
-Airmas_sz/Lintang Sugianto
Ainadillah
-Airmas_sz/Lintang Sugianto
Aduhai Peperangan
-Airmas_sz/Dahrie
Sentimen
-Airmas_sz/Airmas_sz
Kau Pilihlah Aku
-Airmas_sz/Airmas_sz
Back To The Rain
-Airmas_sz/George Manos
Membenarkan Kebodohan - Unplugged
-Airmas_sz/AbdullahJones
Dia Rindu (Sajak Lelaki Alfa) - Unplugged
-Airmas_sz/AbdullahJones

Harga yang telah di tetapkan oleh pemegang mohor besar

RM 15 (termasuk belanja pos)
RM 10 (Serahan tangan)

Untuk membuat tempahan sila masukkan sejumlah wang untuk berapa salinan yang dikehendaki kedalam account : PBB 4192345031 selepas itu berikan bukti bayaran secara email ke samsulzakaria@gmail.com atau telepon 012-5644654 untuk penghantaran dengan kadar segera. Kalau boleh nyatakan dengan lengkap alamat untuk penghantaran supaya CD kesayangan anda ini akan sampai kepada tuannya yang sah.

ps : Sdr JawoPinter sila perkenalkan diri anda sebagai jawopinter/ungubiru atau nama sdr yang sebenarnya ..kalau tidak sdr akan dilapurkan sebagai penyamar (impersonator) yang boleh membawa kepada hukuman penjara mandatori bersama sebatan.. kalau sabit kesalahan

10/30/2006

Adoih!!!!!!!

“Sepanjang kita nikah tak pernah lagi nampak abang sakit macam ni”

Saya memang jarang sakit, kalau saya sakitpun kebanyakkan dari sakit saya adalah kerana saya malas dan mahu rehat dan saya ambil MC suka-suka, tetapi kali ini saya dapat sakit total.

Mulanya saya ingat saya sekadar demam biasa, tetapi bila malam menjelang saya menjadi sejuk yang amat sangat, berselimut 2-3 lapis namun saya masih lagi sejuk, saya hanya boleh mengereng mengerekot.

Segala sendi mula terasa sakit, bukan sengal, sakit, macam dititik rasanya, pinggang bagai di tumbuk, mulut terasa pahit, segala apa yang saya makan menjadi pahit, waktu awal sakit masih puasa, bila waktu berbuka, saya tidak mampu menjamah makanan.

Semua menjadi pahit sepahit-pahitnya, macam bakawali.

Saya sakit selama 7 hari, tambah dua hari pening power, sekarang ini tidak pening lagi tetapi masih terasa lemah seluruh angota ada ketika dalam sakit itu saya siap mengucap kerana saya berasa nyawa dah genting sangat.

Saya tak tahu apa sakit saya, menurut doktor, saya berkemungkinan terjena jangkitan virus. Saya syak saya kena denggi, tetapi syukur sekarang saya sudah sihat, namun hari raya ini tahun hancur, orang lain bergumbira saya pula berselubung. Mengerekot.

Namun syukur juga sebab masih boleh bernafas.

Saya ingat dulu nak buat entry tentang hari raya, tetapi oleh kerana kesihatan tak mengizinkan, itu semua menjadi kenangan belaka, maka dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf, kiranya ada tingkahlaku dan tutur kata saya tidak menyenangkan tuan-tuan semua.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.




PS : Album saya akan release pada 01/11/2006 ... saya akan umumkan perincian kepada sesiapa yang berminat harap beri sokongan.

10/12/2006

Buat anak-anak mangsa peperangan

Perang tak mengira mangsa, seringkali anak-anak yang tidak berdosa paling merasa jerihnya, kerana nasib mereka ditinggalkan sebatangkara menghadapi dunia apabila ayah dan ibu mereka sahid di medan perang..



Kami Yang tinggal
(Buat anak-anak mangsa peperangan)

Tepian jalan aku menanti
Mengharap belas mengharap simpati
Diri terbuang tanah dan ladang
Menjadi debu-debu berterbangan
Kau tinggalkan aku tanpa lindungan

Dahulu hidupku makmur dan aman
Kini terbiar tanpa lindungan
Tumbuh peluru hilang pegangan
Terburu-buru cari kedamaian
Ayah dan ibu gugur berjuang

Terbakar semua mimpi indah
Yang selama ini kami bina
Terkubur dan musnah permata sejarah
Yang selama ini kami bangga

Tinggal cebisan daging dan tulang
Berselerakan darah pejuang
Tumbuh peluru hilang pegangan
Terburu-buru cari kedamaian
Ayah dan ibu gugur berjuang

airmas_sz
tarikh tak ingat

ps: karya asal ada di www.communityzero.com/penyair saya dah lupa beberapa baris, jadinya baris akhir di ulang hehehehe

10/08/2006

Bikin Lagu

Kepada peminat yang di hormati sekalian, berikut adalah senarai Lagu puisi yang bakal saya terbitkan sendiri, saya sedang mencari material untuk kulit album, saya baru ada satu ehsan dari Rimanilzah , mau cari lagi 3 untuk tiga album. Dan satu untuk album versi unplugged..

saya juga bercita-cita mahu lakaran Abdullah Jones yang ada gambar orang tepi pantai tu , Cuma saya perlu buang namanya pada lukisan itu .. menganggu jer nama tu .. nanti tak terkenal pulak saya ..album saya nama dia hush mana boleh ..

Buat masa sekarang saya menutup sementara permintaan untuk membikin lagu (melainkan kalau ada Syarikat besar yang boleh saya saman lebih kurang 2 juta kalau mereka cuai dalam kontrak)

Saya mohon keizinan untuk tuan punya sajak, mengizinkan saya mengkompilasikan Sajak tuan puan kedalam Album album saya.

Saya punya cita-cita untuk mengantologikan semua sajak ini kedalam satu buku, yang akhirnya boleh di paut oleh album saya. Mungkin mimpi, tetapi tidak mustahil, Kerana belum ada dalam sejarahnya lagu-lagu puisi di buat buku.

Kalau filem ada yang mengadaptasi karya dari buku-buku ke layar filem, ada juga buku yang di hasilkan selepas tayangan. mengapa tidak kita hasilkan buku dari lagu puisi, lalu kita jadi pertama di Malaysia dan mungkin juga di dunia.

Kalau boleh saya suka kalau ada satu forum (brainstorming) membincangkan sajak-sajak yang telah saya musikalisasikan, isi segala keributan itu kita terus sahaja bukukan. Masalahnya saya tidak punya tahu, macam mana.. tetapi kalau ada permintaan yang menggalakkan, saya pasti ini boleh berlaku.


Album 1 – Tajuk : Sentimen

1. Lagu : Aduhai Peperangan
Sajak : Dahrie

2. Lagu : Di palang ini
Sajak : Anbakri

3. Lagu : Kau pilihlah aku
Sajak : Airmas_sz

4. Lagu : Membenarkan kebodohan
Sajak : Abdullah Jones

5. Lagu : Mentol Seratus Wat
Sajak : Abdullah Jones

6. Lagu : Selamat Pagi Ghazy, Bisik Mesiu
Sajak : Lintang Sugianto

7. Lagu : Sentimen
Sajak : Airmas_sz

8. Lagu : Ainadillah
Sajak : Lintang Sugianto

9. Lagu : Back To The Rain
Sajak : George Manos

10. Lagu : Dia Rindu
Sajak : Abdullah Jones

Album 2 Tajuk : Bersama selamanya

1. Anak Kecil Dengan Pesawat
Sajak : Lintang Sugianto

2. Bersama Selamanya 1
Sajak : Airmas_sz

3. Bersama Selamanya 2
Sajak : Airmas_sz

4. Bersama Selamanya 3
Sajak : Airmas_sz

5. Cinta Klasik Heliconia
Sajak : Adinda

6. Pesona Malam
Sajak : Anbakri

7. Hanya Satu Nota Rindu
Sajak : Nuralana


8. Ini Kita,Bonda
Sajak : Hasimah

9. Insaf Dan Sedarlah
Sajak : Embun

10. Selamat Malam, Malam
Sajak : Drirwan



Album 3. Tajuk : Ruang Terluang

1. Kiranya Aku Dapat Mengirim Senyuman
Sajak : Airmas_sz


2. Ini Tanah Airku
Sajak : Airmas_sz

3. Ruang Terluang
Sajak : Abdullah Jones

4. Kesan Cinta
Sajak : Airmas_sz

5. Hitam Dan Kelabu
Sajak : Ramy

6. Sakit Yang Panjang
Sajak : Airmas_sz

7. Tsunami
Sajak : Airmas_sz

8. Gapura Salahuddin
Sajak : Nuralana

9. Kami Yang Tinggal
Sajak : Airmas_sz

10.Dua Keping Syiling Baru
Sajak : Airmas_sz


Album 4 (Versi Unplugged)

1. Aduhai Peperangan
Sajak : Dahrie

2. Hitam Dan Kelabu
Sajak : Ramy

3. Ini Tanah Airku
Sajak : Airmas_sz

4. Sakit Yang Panjang
Sajak : Airmas_sz

5. Doa
Sajak : Pak Didik

6. Kami Yang tinggal
Sajak : Airmas_sz

7. Sentimen
Sajak : Airmas_sz

8. Selamat Malam, Malam
Sajak : Drirwan

9. Orang Panas
Sajak : Abdullah Jones

10. Di palang ini
Sajak : Anbakri

11. Membenarkan Kebodohan
Sajak : Abdullah Jones

12 Kau pilihlah Aku
Sajak : Airmas_sz

13. Esastera 1
Sajak : Ilhami

14. Esastera 2
Sajak : Ilhami


Sekian Harap Maklum

9/30/2006

Drama Minggu ini :,

Ahmad : eh! eh! Ada kemalangan,

Idham : ha ah ya la, motor dengan kereta tu bertembung … kesian, mari kita pergi lebih dekat.

Ahmad : Cadangan awak tu munasabah , marilah kita bergandingan kesana.



Di tempat kejadian …



Mangsa 1 : wa bawak slow jer, ni mamat bawak metodis ben tak tau nak berenti,

Mangsa 2 : saya tak nampak awak sebab awak bawak motor kecil, bila saya sedar awak sudah ada sangat dekat, nasib baik saya sempat mengelak,

Mangsa 1 : Mengelak pun kena juga, ni tengok wa punya kaki, sudah cedera parah ni….waaaaa (menangis pilu)



Ahmad dan Idham pun sampai …



Ahmad : Encik berdua tak apa-apa? Saya nampak kemalangan tadi, nasib baik berselisih sahaja.

Mangsa 1 : selisih lu cakap…ni wa sudah masuk longkang, kaki wa cedera parah, tengok ..tu dekat longkang …kasut selipar wa masih ada di sana …aduihhhhh wa cedera parah ni….waaaaa (menangis pilu)

Idham : Mahu kami panggil Ambulan ker?

Mangsa 2: Awak sangat bijak, saya rasa awak memang orang yang terpelajar, kerana awak tau yang kami sangat perlu mendapat perkhidmatan dari doktor,

Idham : (membelai janggut dengan baggga) kalau macam tu saya akan telepon sekarang.



Beberapa minit kemudian .. ambulan datang



Ahmad : aik cepatnya? Dulu pak aku sakit jantung sampai meninggal Ambulan tak datang, bila aku check rupanya drebar ambulan pergi dating. Kini cepat pulak. Sungguh trajis.

Idham : Ahmad, ini semua adalah kerana adalah atas usaha pengswataan, sekarang ni apa pun boleh di swastakan, swasta ni bagus, sebab nanti perkhidmatan jadi lebih cekap. Tengok ni ambulan datang macam kereta tarik,

Ahmad : hehehehe .. tetapi kereta tarik tak payah telepon dah sampai …nampaknya masih perlu di perbaiki



Terdengar kekecohan mangsa satu mangsa dua dengan drebar ambulan …



Ahmad : Apa pulak tu .. dah cedera parah naik la ambulan tu.

Idham : mari kita siasat apa masaalah mereka …



Tiba-tiba ambulan bergerak .. meninggalkan mangsa dengan attendant hospital



Ahmad : Apahal ni encik ? mengapa kereta ambulan tu meninggalkan encik berdua?

Mangsa 1 : wa bangkrap la , poket ada dua hinggit jer.

Mangsa 2 : er .. beg saya ada credit card jer, tak ada wang tunai , check mereka tak mau terima.

Attandan : ini polisi hospital ..mengikut sistem sekarang ambulan sudah di swastakan kena bayar dulu ,.. saya kena tunggu mereka ni sebab saya tak swasta lagi …

Idham : oooo macam tu rupanya… habis macam mana nak ke hospital macam ni … tengok budak ni kepala lututnya dah membengkak

Mangsa 1 : apa nak buat bang ..kena naik bas intrakota la bang murah sikit. Dan sama laju dengan van ambulan. Malahan kadang-kadang sampai lebih dahulu dari ambulan..

Ahmad : jadi Encik Attandan kena naik bas intrakota la dengan pesakit ini?

Attandan : bergitulah nasib saya sejak akhir-akhir ni..ekonomi sangat menekan banyak orang tak ada duit ramai yang memilih naik bas untuk kehospital, kami terpaksalah ikut mereka ni.

Ahmad & Idham: (serentak) ooooooooo …..

9/11/2006

Iklan tidak berbayar



(cover album oleh sinaganaga.blogspot.com)


Artis: gitartong.blogspot.com
Tajuk: Balada minah memulas mesin masa

Lagu-lagu:
1. Balada minah memulas mesin masa
2. Menambat rakit
3. Bumi Sendiri
4. Membenarkan kebodohan
5. Tragedi satu pagi (unplugged)
6. FARAQSTIKA
7. Dibawah langit tanpa hujung (live)
8. Mahligai duka (live)
9. Inu
10. Tragedi satu pagi

Akhirnya! setelah hampir berputus urat kentut, album demo ini dapat juga di siapkan. menurut Gitartong, beliau akan ceritakan kelak derita ketika proses menerbitkannya bukan prosess menghasilkan kentut.

tetapi buat masa sekarang ini matanya nampak $$$$ jer di bawah ini disertakan proses membelinya kepada yang berminat. Haha! kalau ada yang berminat . Haha! kalau ada yang berminat . Haha! (cubaan meniru efek gema yang ada dalam album)


Harga online: RM 10.00+ RM5.00 (sampul pos ekspress)
Harga beli tangan: RM 10.00 (Gitartong menjual tangan dengan murah... mari mari mari ...)

Apa kejutan yang istimewa kepada pembeli online??

Ya, ada hadiah istimewa kepada pembeli-pembeli online. Mereka bukan sahaja mendapat CD album gitartong, malah menerima sebuah kaset RealXPDC live secara percuma! yang juga Gitartong dapat secara percuma. ma ma ma haha! (gema)

Langkah satu: Simpan nombor akaun maybank Gitartong ini: 151306667720. Masukkan jumlah wang yang sepatutnya sebagai pembeli online. jangan ambil nombor itu untuk tikam Magnum. tilt !!! haram

Langkah kedua: Hubungi Gitartong dan maklumkan yang anda telah memasukkan sejumlah wang kedalam akaunnya dengan cara meng'email' atau sms:0197885624 (panggilan profesional sahaja akan dilayan, kalau ada yang nak mengorat lupakan, ini artis yang tak berapa hensem)

Langkah ketiga: Pakai make-up tebal-tebal, tunggu posmen di depan rumah anda setiap hari (Gitartong akan memaklumkan kepada anda jika CD anda telah di pos), selagi CD tak sampai anda bebas mengorat abang posmen itu tadi...

Mudahnya!

Iklan tidak berbayar...

8/20/2006

Kenangan

Isteriku,

Dari lubuk hati ini aku ingin mengucapkan betapa bahagia aku dengan kehadiran kamu sebagai teman , sahabat, dan kekasih untuk aku bergurau senda dan bermanja. Selamat ulang tahun ke 12,

Kau adalah tempat untuk aku luahkan rasa hati, pada hari-hari yang terkadang bias sering membuat aku hilang pertimbangan, namun seperti udara, kau sering di sisi, dalam segala suka dan duka, kau lalu mewarnakan hari-hariku menjadi seceria pelangi

Kau begitu bersahaja, membiarkan aku megambil rutin masamu yang terlalu, aku tahu kau sering sibuk dengan tuntuntan harian melayan telatah anak-anak, maafkan aku jika kadangkala aku juga terlalu berkira dengan rutin itu.

Dalam setiap gerakku, seringkali wajah budi kamu bermain-main dengan senyum manja dan jelingan matamu, aku bersyukur kerana Allah terlalu pemurah menemukan kau dengan kamu.

Isteriku, kekasih, teman sahabat yang paling akrab, dalam setiap mimpi dan cita-cita ku , terbit nama kamu.



Lagu lama , lagu lagu ini saya bikin zaman kasut capal nabi tengah laku, saya sangat ingin membelinya dulu tetapi ia hanya di jual di toko-toko terkemuka…




Bersama selamanya
Oleh Airmas sz

Bersemi kini cahaya mesra/Membangkitkan aku dari lena/Mimpi yang menjadi nyata/Panahan asmaraCinta bulan dan bintang/Menjadi saksi kejujuran /Bergandingan bersama/Penuh kemesraan /Bayangan diri mu /Membuat ku rindu /Dan cinta ku hanya untuk mu/Tenggelam di lautan percintaan ini/Mengharap pertemuan kau dan aku /Di dalam kelam malam kucari wajah mu/Di manakah sinaran kekasihku Cinta bersama, sinaran warna pelangi/Kita bersama , menyanyikan cinta ini/Cinta bersama , bersama selama-lamanya/

Airmas_sz
15 tahun dulu

* “Panahan asmara” versi asal “bisikan sanubari” semasa rakam lagu ini saya lupa lirik , isteri saya betulkan …




Bersama selamanya II
Oleh Airmas sz

Demi cinta setia /Kepadamu kuserah /Kutelan duka dan lara/cinta kejora/Biar apa terjadi /Terbelah langit dan bumi/Kugenggam api membara /Cinta kita/Bersama melangkah
Menuju wawasan/Tenggelam kita bersama /Aku relakan /Biar apa terjadi /Kurenang lautan api /Demi kita bersama /Cinta kita/Mari kita bersama /Nyanyikan lagu cinta kita abadi/Engkau dan aku sayang /Bersama selamanya/Kita kan bersanding /Di bawah langit biru jingga pelangi/engkau dan aku /Sayang /Bersama selamanya

Airmas_sz
15 tahun dulu



Bersama selamanya III
Oleh Airmas sz

Masihkah kau ingat desiran ombak /Di pantai dan pulau/Kala itu kita bergandingan/Seolah tiada dunia yang lain /Selain kita/Abadi cinta sejati /Keikhlasan /
Kita berdua selamanya/Kelam cerita lama pabila hadirmu/Membuang sejarah yang hitam , /hilang/Kau yang ku sayang /Dalam dunia hanya kau saja/Di mataku terlihat indah /Keabadian kita bersama /Kau dan aku /Mari kita bersama/Menyanyikan irama ini/Kita bersama menikmati /Dunia dengan irama cinta kita

Airmas_sz
15 tahun dulu


Lagu Bersama selamanya II ada dalam entry yang lepas .. saya letak balik sebab saya guna Bolt semula ... streamload tak oke

8/10/2006

Ulang tahun



ini lagu lebih 15 tahun dahulu, waktu tu sedang asyik bercinta , 20/8 hari sangat indah dalam hidup, selamat ulang tahun sahabat, kekasih, isteri.

Bolt lembab , sedang cuba pakai streamload, kalau oke pakai terus lah rasanya...

7/23/2006

Genderang perang

Sekarang ini perperangan semakin laku, perperangan makin menjadi ikutan, saya ingatkan perang sudah menjadi perkara primitif, tetapi pemimpin dunia yang ada sekarang sangat suka melangkah kebelakang dan tidak belajar dari kesilapan dahulu.

Perang sering melahirkan kematian yang banyak, dengan peratusan kematian yang tinggi keatas anak kecil , wanita dan orang tua. Kerana mereka yang tak berdaya tidak mungkin dapat mempertahankan diri dari serangan senjata zaman sekarang yang terlalu maju.

Lama dahulu, sewaktu perang Iraq baru suam kuku, saya baca di suratkhabar, Iraq dengan pemimpinnya yang sangat penuh dengan bangga diri, lagu di bawah saya bikin di zaman perang itu.



Sentimen
Benar yang salahkan benar/Salah yang benarkah salah/Dunia sentiasa berubah /Benar salah bertukar segala/Ada yang gembira pada yang berduka/Ada yang menangis dalam sangkar derita /Di kumpul kumpul segala berita/Yang mana yang benar yang mana yang salah/Di depan matamu berita terpancar /Kau terima kau tolak kau telan kau termuntah/Akhirnya engkau yang menentukan/Dimana pendirianmu/Sentimen /Satu didalam berjuta/Tiada yang sama sekata/Jikalau semuanya sama/Tiada kita sengketa/Hari ini dia gagah jadi raja/Entah esok lusa siapa yang menduga/Meminta-minta belas dan kasihan/Bila tentera jatuh di serang di tawan/Tersebar berita betapa jijiknya /Dia yang dahulu di puji dan di puja/Di hina-hina semahu-mahunya/Seolah maruah tiak pernah ada harga

Sajak: Airmas_sz Lagu: Airmas_sz Video : AbdullahJones

7/15/2006

di palang lagu ini

Ada satu sajak yang sangat menggeramkan saya, kerana sedaya yang ada saya cuba untuk menghasilkan lagu untuk sajak itu. Malangnya tidak berjaya.

Dan pada satu hari , ketika burung-burung berkicauan. .. hahahaha … saya dapat satu irama yang saya kira boleh untuk dikahwinkan dengan sajak itu. Tetapi dengan tidak di sangka-sangka keluar pula satu sajak yang tidak dapat saya tolak untuk di lagukan ..

Lalu saya tinggalkan sajak asal , sebab sajak yang terbaru ini lebih melambai-lambai..
Sajak yang saya maksudkan adalah sajak karya sdr Anbakri boleh jumpa dia di sini
http://www.e-komuniti.com/esasterawan/1.asp?uid=46



ini lagunya versi unplugged telah di videokan oleh AbdullahJones



dan ini lagunya setelah saya modifikasi untuk orang-orang muda yang tidak memperdulikan makna lagu tetapi tahu nak joli jer….selamat berjoli, kalau boleh fahamilah makna lirik setiap lagu yang kamu dengar. Sia-sia orang buat lagu kalau kamu tak ambil sedikit pun pengajaran dari lagu itu.

Di palang ini
Di kamar gelap/ Aku melukis/Di kamar gelap/Gambar isteri/Di kamar gelap/Gambar misteri/Di kamar gelap/Menyendiri/Di samar gelap /Ayah dan ibu/Di samar gelap/Anak di rindu/Di samar gelap/Kesudahanku/Di samar gelap/Tersendiri/ Chorus:Tolonglah bilang/Apa salahku/Apakah bukti kesalahanku/Tolong jelaskan/Apakah dosaku/Apakah erti menghukumku/Hakim yang tiada/Bukti yang di rekaApakah ini keadilan, oh Ilahi/Tuhanku/Kau tunjukkkanlah cahaya/Berikanlah sejalur harap padaku/Yang pasrah di haribaanMU/Di palang ini/Aku tersaksi/Tangisan anak & doa isteri/Di palang ini/Aku di rampas/Sebuah maruah dan harga diri/Di malam ini/Aku menolak /di malam ini /aku mengharap/Setiap ehsan dari kuasa/Yang Maha Besar/Maha Menyaksi
Anbakri 250506

6/30/2006

Anak kecil dengan pesawatnya ...

Terimalah lagu puisi dari penulis Indonesia - Lintang Sugianto - yang baru menjadi ahli di laman www.esastera.com (tempat yang paling selesa untuk saya berkarya) Beliau saya rasa merupakan penulis yang ada ada juga di Indonesia.

Saya sangat tertarik dengan tema dalam sajak yang di utarakan , pemilihan kata-kata yang sangat berbakat, penulis Indonesia biasanya tidak mengecewakan kalau menulis Sajak, penulis Malaysia juga apa kurangnya, tetapi kalau saya , terus angkat tangan dengan pemilihan bahasa yang mereka gunakan.



Anak kecil dengan pesawatnya ...
Selamat malam tuan…
Diluar, seorang anak kecil yang lupa asal-usulnya ingin berjumpa
Bolehkah ia masuk kedalam ruangan hatimu

Ia tak lagi bertanah air, tuan
Sebab kebun-kebun moral telah menjadi siasat
atas nama bencana-bencana yang bersusul-susulan.

Ia terus menatap langit, tuan
Dan jangan katakan kau sudah membalut lukanya
Sebab pesawat pertama yang terbuat
dari gelang-gelang emas leluhurnya itu,
selalu membuat perutnya semakin membusung mengandung murka

Ia terus merintih dan siap melahirkan ,tuan
Ia hanya ingin mawar putih kesukaan ibunya di serahkan
Karena kebun-kebun norma telah hangus sejak tuan duduk disini.

Sejak berlakunya jam malam bagi kota itu
Sejak senjata-senjata menggertak kota itu
Sejak ia tahu, ia lahir dari hasil pemerkosaan itu

Selamat malam tuan
Diluar, seorang anak kecil yang lupa asal-usulnya ingin berjumpa
Bangunlah…
Nyalakan lampu ruangan hatimu
Sebab rencong telah ditangannya

Karya/Lagu :Lintang Sugianto / Airmas

6/18/2006

Lagu baru

Setelah berhempas pulas .. saya dengan bangganya mempersembahkan diri saya sendiri dalam lagu baru ciptaan saya sendiri, dengan lirik dari Sajak nukilan Nuralana .. sebuah lagu puisi berentak balada ..GAPURA SALEHUDDIN AL-AYYUBI



Kau Persis gapura pada peradaban silam/Yang tidak jemu membikin swadaya beragam/ Di kala puing-puing minda masih mengatur kamus strategi/Kau pundak bibit-bibit sabil yang hakiki/Kau Tak lokek menyumbang rumpunan idea/Hingga jendela rusuh yang acapkali bercampera/Menjadi satu wilayah yang mantap berpadu/Di setiap batas-batas kantung berwaktu/Kau Sibuk merancing kuda harapan di medan tamtama Bersama atma yang kencang bergelora/Menanti rebahnya ego sang musuh/Di tanganmu, di tangan luhurmu yang hebat merusuh/Kau Pernah melunas janji umat/Bersama kau kuburkan zionisme khianat/Yang sentiasa menceroboh dinding ketakwaan/Hingga Baitul Muqaddis lenyap dari tawanan/ Kau Persis singa dalam perang salib/ Yang tidak jemu memelihara jutaan umat jutaan nasib/ Kau tetap terbilang bak seorang pahlawan/Walau di setiap jejak zaman nan berzaman

Nukilan abadi, Norsuriana Abd Razak ,Alexenderia,Egypt http://nuralana.blogspot.com

saya kira sajak ini sangat relevan sekarang ni , di kala umat islam semakin di tindas , dengan bermacam macam tomahan dari dalam dan luar , kita sebenarnya memerlukan salahuddin yang berjaya menyatukan umat islam ...

6/11/2006

Berjanggut

adoih ... lama betul rupanya tak update...

ok dah make-up site ni ..

ada sikit sikit nak kena fine tune ...

cari masa ...

ini azam tahun baru .

tahun baru? kalendar mana pulak ni?

kalender untuk tahun kewangan yang baru hehehehe ...

tahun kewangan tempat saya kerja bermula Julai ke Jun

boleh la ... asal start balik ..

11/20/2005

DURIAN PAUS

DURIAN PAUS
Ada satu tempat yang saya tak dapat pastikan di mana, tetapi bila sdr AJ beri tahu di kampong dia ada dusun durian yang bila datang musim berbuah ada pak guard menunggu, saya yakin itu lah tempatnya.



Ini kerana saya pernah di beritahu suatu waktu dahulu oleh seorang sahabat yang terpaksa saya lindungi identitinya demi menjaga keselamatannya, katanya ada satu species durian yang sangat sakti di namakan orang Durian Paus. di kebun ini di sediakan pengawal untuk menjaga raja buah yang sangat bernilai.



Menurut sahabat saya , Durian Paus ini agak besar buahnya , maklumlah, kalau tak besar manakan pula nak disinonimkan dengan Paus ikan yang merupakan mamalia yang terbesar tu.



Menurut katanya durian ini kalau datang musim berbuah, orang kampong beli kapas banyak banyak sebab kalau dia luruh bising sekali, macam bunyi meriam, kapas tu buat menutup telinga supaya tidur malam tidak di ganggu.



Itulah antara sebabnya kalaudi takdirkan jadi musim durian datang sekali dengan musim raya. budak-budak kampong tu tak perlu beli mercun lagi , sekadar terhibur dengan dentuman luruhnya durian paus itu. bomba pun relak saja tak ada kes kebakaran.



Menurutnya lagi semasa dia pergi mencari durian luruh di dusun yang di katakan itu mereka di nasihatkan memakai topi keledar , bukan topi keledar yang biasa naik motor tu , tetapi topi besi yang askar jerman pakai , buat menjaga keselamatan mental, manalah tahu tup-tup durian paus tu jatuh kat kepala terus mereng , silap silap mayat pun tak dapat di kenal pasti .



kalau mencari durian paus ni bukan macam biasanya mencari dengan bau sebab durian paus ni tak berapa berbau macam durian biasa, cuma kalau mencari tu kena berjaga-jaga takut terlangar tunggul , sebab kadang kadang tunggul tu la mungkin menjadi tangkai durian paus tu.



Oleh kerana besar dan hebatnya durian tu bila buah tu jatuh meletup macam meriam, jatuh ketanah nampak tangkai sahaja yang lain tu tengelam dalam tanah … durian paus la katakan.



Katanya lagi, dia hanya mampu membawa pulang 3 biji sahaja durian paus tu , sebab dah penuh kereta. Bayangkan dengan 3 biji durian tu sahaja dah penuh bonet kereta kawan saya tu.



Lagi katanya, dia terpaksa berhenti dua kali kerana kereta dia tu meragam , mungkin kerana membawa beban yang lebih, hinggakan pada kali ketiga dia terpaksa menukar absorber kereta. "spring sudah tak berfungsi" katanya.



Sampai sahaja kawan saya tu ke kampongnya, sebagai seorang yang pemurah dia pun menyedekahkan 2 biji durian tu ke surau



Maka heboh la orang surau tu makan Durian Paus dua biji sahaja cukup untuk mengenyangkan satu surau , maghrib makan durian lepas isha makan durian boleh bawak balik lagi durian tu bagi anak-anak.



Kawan saya dengan durian yang sebiji tu di simpannya dalam pati ais, letak sebiji tak muat terpaksa di belah dan di simpan ulasnya sahaja, selama tiga minggu mereka makan durian tu tak habis-habis hinggalah kawan saya tu terpaksa membuat keputusan yang drastik untuk mentempoyakkan durian tu ,



Dah buat tempoyak pun masih ada berbaki lagi durian tu, kalau nak tempoyak boleh la order kat dia katanya.



Bila saya cerita kat sdr aj dia gelak sakan , mau tak gelak , Durian Paus , terus dia tak mengaku yang benda tu bukan kat kampong dia , mungkin kerana dia tak pernah beli kapas masa budak budak dulu.

10/23/2005

inka

Semalam hari sabtu, 22 hb Oktober 2005, hari ini Ahad, apa beza dua hari ini? …banyak, tetapi biar kita focus pada persamaan yang ada pada kedua hari tersebut , pada sabtu minggu ketiga dan ahad merupakan hari cuti pada saya (yehoo…).



Untuk minggu ini saya mendapat satu lagi cuti umum yang di gazet di negeri perak , cuti nuzul quran, oleh kerana saya ni amat suka bermalas-malas maka saat-saat bergini memang saya tunggu-tunggu, lalu tambahan pula saya ada cuti tahun yang saya sudah pohon tertapi terbatal kerana saya pergi ke Kota Kinabalu. Di tambah pula dengan cuti ganti hari ahad di KK yang saya bawa kehadapan , wah … banyak cuti ni.



Kalau nak di ikutkan dari Khamis sampai ke hari selasa saya akan bercuti selama 6 hari secara total. hari khamis tu ganti ahad lalu ...:) ..Dalam hati saya menjerit “yehoo yea yea” inka1 sesangat …



Kalau kaum ibu dinegeri Perak ini tahu saya ni sedang inka tentu sekali mereka akan menasihatkan saya agar jangan terlalu inka, sebab kita di galakkan untuk bersederhana walau suka macam mana pun kita kena suka secara sederhana… jangan inka.



Tetapi saya apa peduli ini saya punya gembira … saya nak inka ka apa ka nak jadi ungka ka itu saya punya pasal … orang lain tak perlu tahu heheh sekurang-kurangnya itu yang mengalir di perasaan saya.



Rupanya apa yang orang tua duk kata tu ada benarnya. Tiada yang benar melainkan benar belaka, mungkinkah kalau kita tidak inka maka perkara yang tak baik akan pakai gear gostan dan akhirnya perkara malang itu tak akan berlaku? (Ponder)



Pada hari sabtu pagi pagi boss saya telepon, waktu tu saya sedang bersiram (la la di, la la du). Menjawab telepon, saya di beritahu server kat pejabat saya pula kaput, saya jadi agak panik, baru minggu lepas server kat sabah kaput, sekarang ini server dalam jagaan saya pun kaput. Terpaksalah saya membatalkan cuti saya .



Yang lebih menyeramkan sebab server tak ada backup, sebab tape drive untuk buat backup tu telah terlebih dahulu kaput, selama hari ini saya hanya buat backup di dalam harddisk itu sendiri, maknanya kalau system tu kaput saya boleh buat recovery sebab harddisk masih boleh di baca.. tetapi kalau harddisk pula kaput , mungkin saya pun kaput.



Hari sabtu yang malang itu rupanya memang memberi kami orang IT sakit jantung, sebab dari pemeriksaan saya Harddisk tu memang kaput kalau pakat tengok pun tak guna, saya pun cuba mencari apa-apa solusi untuk menyelamatkan data-data yang tersimpan di dalam harddisk tu , sekaligus menyelamat kan keujudan kami kat tempat itu,



Keputusannya memang dah tak boleh di selamatkan lagi dah cuba macam macam ,ilmu dari segala gunung punya bertapa pun saya dah keluarkan , namun aura saya masih tak berapa power , yang saya boleh cakap … “aisehman we are doom”… backup yang ada lama tangan bertarikh akhir August. Arghhh … satu bulan punya data tak ada , mesti kena cincang lumat, nasib baik saya tau tempat yang boleh me’recover’ data. Saya pun telepon dan beri tahu masaalah saya kat teknisen tu,



Hardisk itu ada I/O error tetapi BIOS masih boleh baca cuma tak boleh masuk ke data harddisk. Saya minta-minta boleh di selamatkan data tu , mereka sanggup untuk periksa tetapi tak jamin boleh recover , saya ok saja , sekurang-kurangya ada kebarangkalian untuk mendapatkan data tu .



Biasanya kalau orang buat recovery harddisk, data yang di perolehi memang tidak di jamin 100% apa nak buat kalau dah nazak banyak mana yang boleh di recover pun saya terima.



Petang sabtu itu melangsaikan cuti saya



Ahad pukul 9 something-something saya dapat SMS dari boss yang memberi tahu khabar gembira data dah di recover sepenuhnya. Sejurus selepas itu teknisen tu pulak telepon memberitahu saya yang harddisk tu dah pulih, Cuma di nasihatkan saya tukar harddisk baru , pindah data dari harddisk lama … sebab kebarangkalian harddisk lama itu untuk masuk ICU sekali lagi amatlah tinggi. …alhamdullilah…



Nota :-



1 - (expresi kegembiraan yang amat sangat hingga ketahap gaban di Perak di namakan “inka”)

10/15/2005

ke kota kinabalu

Saya baru pulang dari bertugas di Kota Kinabalu, pada kadar yang asalnya , saya di minta dengan bertalu-talu untuk meminjamkan khidmat saya di Kota Kinabalu, tetapi taya tak berapa berkenan nak kesana, bukan saya tak suka melancong, makan angin tetapi saya di minta kesana untuk berkerja jadi nanti semuanya kerja tiada “pleasure”

Tambahan pula saya ni adalah seorang pemuda yang pemalu (hehehe) saya tak biasa dengan orang yang saya tak biasa. Walaupun selama ini (lebih kurang 5-6 tahun) saya memberi khidmat saya secara online melalui internet dan telepon, tetapi saya tidak pernah bersemuka dengan mereka.

Boss saya yang tak mahu terlalu memaksa saya akhirnya pergi ke Kota Kinabalu mengantikan saya. Malangnya kepergiannya tak ada keberuntungan pada hari pertama dia meng”debug” system di sana, system tu merajuk, tak maunya hidup, dia pun panik, hinggakan terpaksa dia menganggu saya yang tengah seronok tengok berita mahadir dengan rafidah di kaca TV.

Setelah berulang kali saya di pujuk makan,saya rasa kos telepon dia pun dah boleh beli tiket kapal terbang, saya pun termakan pujukan dan terpaksa juga saya ke Kota kinabalu dengan berat hati ini.

Tak tau lah saya samaada programmer di tempat lain berkerja macam saya , dari ipoh saya naik MAS pukul 2.05 sampai di KLIA menunggu MAS lagi satu pukul 4.25, tup tup pukul 4.20 tak nampak bayang pun. Saya dok risau melilau kesana kemari namun gate A7 macam tak ada orang, bila saya tanya pada kaunter baru saya tau yang flight tu delayed, saya teringat cerita yang tom hank berlakun terkantoi kat terminal.

Sampai di kota kinabalu pukul 9.00 call boss, dia bawak saya makan KFC, wlau saya baru lepas berbuka puasa makan ayam grill dalam kapal terbang , itu tidak menghalang saya untuk makan lagi sebab ayam yang MAS bagi tu adalah besar sedikit dari dua jari saya ni.

Saya ingatkan lepas makan bolehlah terus check-in ke Hotel dan terus tidur sebab saya letih tahap super , tetapi bos tanya samaada saya nak tengok server yang ada masaalah tu , alamak apa nak buat lepas check-in terus pergi ke pejabat tu. Tap tap tap sampai pukul 2 pagi. Balik dari pejabat tu saya minta kadam yang di amanahkan oleh pejabat tu belikan nasi goring seafood, sebenarnya dia tanya saya nak letak ayan ke nak letak seafood, oleh kerana saya berkali-kali melahap ayam saya pun minta lah seafood. Rupa-rupanya yang di namakan seafood tu hanya semata mata udang kapas …. Cheh.

Dari saya pijak kaki ke Kota Kinabalu hinggalah sampai saya nak balik , langsung tak ada peluang saya nak ke mana-mana. Aduh ,… hanya di hari terakhir baru saya dapat pusing ke Kota Kinabalu. Saya tanya kat pembantu saya tu mana gunung kinabalu… tetapi dia pun tak tahu sebab katanya susah nak nampak di lindung awan ..

Saya sempat beli ikan masin yang di pesan oleh kawan di pejabat. Sambil tu belilah sedikit cenderamata unatuk mengkhabarkan yang saya ada memijak kaki ke Sabah.

Semasa nak balik saya di beri tahu yang flight terakhir ke KLIA pukul 8.10 pm saya pun tak lah tergesa-gesa seba ada banyak masa (tamat kerja jam 5.00) untuk ronda-ronda …saya beli satu air tin untuk berbuka puasa, takut tak sempat hehehe ..buka puasa di sini awal satu jam. Saya berbuka puasa di restoran sembeling, air tin yang saya beli tadi lansung tak jejas

Setiba saya ke airport pukul 7.20 saya di beritahu sudah tak ada flight ke KLIA sebab katanya last flight pukul 7.50 ....dah tak sempat. Saya pun merayu la kat pegawai tu, nasib baik pegawai tu benarkan asalkan saya sanggup bawa beg dan ikan masin saya … apa nak buat dalam keadaan macam tu apa pun saya sanggup , masa kelam kabut itu saya terus ke laluan masuk tertinggal air tin yang saya bawa , nasib baik guide saya nampak dan di berinya berlari pada saya, saya tengok dalam bunkus tu tak ada air tin, tetapi dah bertukar menjadi mutiara ada lebih sepuluh kotak dalamnya. tentu dah bertukar dengan mamat yang senasib dengan saya, Sebagai seorang yang beriman saya tak nak terima saya katakana pada guide tu ambil lah ini buka saya punya. Si guide tu pun tak nak ambil lalu di berinya kepada pegawai kastam dengan harapan tuan punya mutiara tu dating menuntut. Namun saya teramat yakin yang isteri pegawai kastam tu akan berhias mutiara raya ini…nak lebih malang lagi mamat yang beli mutiara tu akan menghadiahkan air tin kepada isterinya,