DURIAN PAUS
Ada satu tempat yang saya tak dapat pastikan di mana, tetapi bila sdr AJ beri tahu di kampong dia ada dusun durian yang bila datang musim berbuah ada pak guard menunggu, saya yakin itu lah tempatnya.
Ini kerana saya pernah di beritahu suatu waktu dahulu oleh seorang sahabat yang terpaksa saya lindungi identitinya demi menjaga keselamatannya, katanya ada satu species durian yang sangat sakti di namakan orang Durian Paus. di kebun ini di sediakan pengawal untuk menjaga raja buah yang sangat bernilai.
Menurut sahabat saya , Durian Paus ini agak besar buahnya , maklumlah, kalau tak besar manakan pula nak disinonimkan dengan Paus ikan yang merupakan mamalia yang terbesar tu.
Menurut katanya durian ini kalau datang musim berbuah, orang kampong beli kapas banyak banyak sebab kalau dia luruh bising sekali, macam bunyi meriam, kapas tu buat menutup telinga supaya tidur malam tidak di ganggu.
Itulah antara sebabnya kalaudi takdirkan jadi musim durian datang sekali dengan musim raya. budak-budak kampong tu tak perlu beli mercun lagi , sekadar terhibur dengan dentuman luruhnya durian paus itu. bomba pun relak saja tak ada kes kebakaran.
Menurutnya lagi semasa dia pergi mencari durian luruh di dusun yang di katakan itu mereka di nasihatkan memakai topi keledar , bukan topi keledar yang biasa naik motor tu , tetapi topi besi yang askar jerman pakai , buat menjaga keselamatan mental, manalah tahu tup-tup durian paus tu jatuh kat kepala terus mereng , silap silap mayat pun tak dapat di kenal pasti .
kalau mencari durian paus ni bukan macam biasanya mencari dengan bau sebab durian paus ni tak berapa berbau macam durian biasa, cuma kalau mencari tu kena berjaga-jaga takut terlangar tunggul , sebab kadang kadang tunggul tu la mungkin menjadi tangkai durian paus tu.
Oleh kerana besar dan hebatnya durian tu bila buah tu jatuh meletup macam meriam, jatuh ketanah nampak tangkai sahaja yang lain tu tengelam dalam tanah … durian paus la katakan.
Katanya lagi, dia hanya mampu membawa pulang 3 biji sahaja durian paus tu , sebab dah penuh kereta. Bayangkan dengan 3 biji durian tu sahaja dah penuh bonet kereta kawan saya tu.
Lagi katanya, dia terpaksa berhenti dua kali kerana kereta dia tu meragam , mungkin kerana membawa beban yang lebih, hinggakan pada kali ketiga dia terpaksa menukar absorber kereta. "spring sudah tak berfungsi" katanya.
Sampai sahaja kawan saya tu ke kampongnya, sebagai seorang yang pemurah dia pun menyedekahkan 2 biji durian tu ke surau
Maka heboh la orang surau tu makan Durian Paus dua biji sahaja cukup untuk mengenyangkan satu surau , maghrib makan durian lepas isha makan durian boleh bawak balik lagi durian tu bagi anak-anak.
Kawan saya dengan durian yang sebiji tu di simpannya dalam pati ais, letak sebiji tak muat terpaksa di belah dan di simpan ulasnya sahaja, selama tiga minggu mereka makan durian tu tak habis-habis hinggalah kawan saya tu terpaksa membuat keputusan yang drastik untuk mentempoyakkan durian tu ,
Dah buat tempoyak pun masih ada berbaki lagi durian tu, kalau nak tempoyak boleh la order kat dia katanya.
Bila saya cerita kat sdr aj dia gelak sakan , mau tak gelak , Durian Paus , terus dia tak mengaku yang benda tu bukan kat kampong dia , mungkin kerana dia tak pernah beli kapas masa budak budak dulu.
Facebook Badge
11/20/2005
10/23/2005
inka
Semalam hari sabtu, 22 hb Oktober 2005, hari ini Ahad, apa beza dua hari ini? …banyak, tetapi biar kita focus pada persamaan yang ada pada kedua hari tersebut , pada sabtu minggu ketiga dan ahad merupakan hari cuti pada saya (yehoo…).
Untuk minggu ini saya mendapat satu lagi cuti umum yang di gazet di negeri perak , cuti nuzul quran, oleh kerana saya ni amat suka bermalas-malas maka saat-saat bergini memang saya tunggu-tunggu, lalu tambahan pula saya ada cuti tahun yang saya sudah pohon tertapi terbatal kerana saya pergi ke Kota Kinabalu. Di tambah pula dengan cuti ganti hari ahad di KK yang saya bawa kehadapan , wah … banyak cuti ni.
Kalau nak di ikutkan dari Khamis sampai ke hari selasa saya akan bercuti selama 6 hari secara total. hari khamis tu ganti ahad lalu ...:) ..Dalam hati saya menjerit “yehoo yea yea” inka1 sesangat …
Kalau kaum ibu dinegeri Perak ini tahu saya ni sedang inka tentu sekali mereka akan menasihatkan saya agar jangan terlalu inka, sebab kita di galakkan untuk bersederhana walau suka macam mana pun kita kena suka secara sederhana… jangan inka.
Tetapi saya apa peduli ini saya punya gembira … saya nak inka ka apa ka nak jadi ungka ka itu saya punya pasal … orang lain tak perlu tahu heheh sekurang-kurangnya itu yang mengalir di perasaan saya.
Rupanya apa yang orang tua duk kata tu ada benarnya. Tiada yang benar melainkan benar belaka, mungkinkah kalau kita tidak inka maka perkara yang tak baik akan pakai gear gostan dan akhirnya perkara malang itu tak akan berlaku? (Ponder)
Pada hari sabtu pagi pagi boss saya telepon, waktu tu saya sedang bersiram (la la di, la la du). Menjawab telepon, saya di beritahu server kat pejabat saya pula kaput, saya jadi agak panik, baru minggu lepas server kat sabah kaput, sekarang ini server dalam jagaan saya pun kaput. Terpaksalah saya membatalkan cuti saya .
Yang lebih menyeramkan sebab server tak ada backup, sebab tape drive untuk buat backup tu telah terlebih dahulu kaput, selama hari ini saya hanya buat backup di dalam harddisk itu sendiri, maknanya kalau system tu kaput saya boleh buat recovery sebab harddisk masih boleh di baca.. tetapi kalau harddisk pula kaput , mungkin saya pun kaput.
Hari sabtu yang malang itu rupanya memang memberi kami orang IT sakit jantung, sebab dari pemeriksaan saya Harddisk tu memang kaput kalau pakat tengok pun tak guna, saya pun cuba mencari apa-apa solusi untuk menyelamatkan data-data yang tersimpan di dalam harddisk tu , sekaligus menyelamat kan keujudan kami kat tempat itu,
Keputusannya memang dah tak boleh di selamatkan lagi dah cuba macam macam ,ilmu dari segala gunung punya bertapa pun saya dah keluarkan , namun aura saya masih tak berapa power , yang saya boleh cakap … “aisehman we are doom”… backup yang ada lama tangan bertarikh akhir August. Arghhh … satu bulan punya data tak ada , mesti kena cincang lumat, nasib baik saya tau tempat yang boleh me’recover’ data. Saya pun telepon dan beri tahu masaalah saya kat teknisen tu,
Hardisk itu ada I/O error tetapi BIOS masih boleh baca cuma tak boleh masuk ke data harddisk. Saya minta-minta boleh di selamatkan data tu , mereka sanggup untuk periksa tetapi tak jamin boleh recover , saya ok saja , sekurang-kurangya ada kebarangkalian untuk mendapatkan data tu .
Biasanya kalau orang buat recovery harddisk, data yang di perolehi memang tidak di jamin 100% apa nak buat kalau dah nazak banyak mana yang boleh di recover pun saya terima.
Petang sabtu itu melangsaikan cuti saya
Ahad pukul 9 something-something saya dapat SMS dari boss yang memberi tahu khabar gembira data dah di recover sepenuhnya. Sejurus selepas itu teknisen tu pulak telepon memberitahu saya yang harddisk tu dah pulih, Cuma di nasihatkan saya tukar harddisk baru , pindah data dari harddisk lama … sebab kebarangkalian harddisk lama itu untuk masuk ICU sekali lagi amatlah tinggi. …alhamdullilah…
Nota :-
1 - (expresi kegembiraan yang amat sangat hingga ketahap gaban di Perak di namakan “inka”)

10/15/2005
ke kota kinabalu
Saya baru pulang dari bertugas di Kota Kinabalu, pada kadar yang asalnya , saya di minta dengan bertalu-talu untuk meminjamkan khidmat saya di Kota Kinabalu, tetapi taya tak berapa berkenan nak kesana, bukan saya tak suka melancong, makan angin tetapi saya di minta kesana untuk berkerja jadi nanti semuanya kerja tiada “pleasure”
Tambahan pula saya ni adalah seorang pemuda yang pemalu (hehehe) saya tak biasa dengan orang yang saya tak biasa. Walaupun selama ini (lebih kurang 5-6 tahun) saya memberi khidmat saya secara online melalui internet dan telepon, tetapi saya tidak pernah bersemuka dengan mereka.
Boss saya yang tak mahu terlalu memaksa saya akhirnya pergi ke Kota Kinabalu mengantikan saya. Malangnya kepergiannya tak ada keberuntungan pada hari pertama dia meng”debug” system di sana, system tu merajuk, tak maunya hidup, dia pun panik, hinggakan terpaksa dia menganggu saya yang tengah seronok tengok berita mahadir dengan rafidah di kaca TV.
Setelah berulang kali saya di pujuk makan,saya rasa kos telepon dia pun dah boleh beli tiket kapal terbang, saya pun termakan pujukan dan terpaksa juga saya ke Kota kinabalu dengan berat hati ini.
Tak tau lah saya samaada programmer di tempat lain berkerja macam saya , dari ipoh saya naik MAS pukul 2.05 sampai di KLIA menunggu MAS lagi satu pukul 4.25, tup tup pukul 4.20 tak nampak bayang pun. Saya dok risau melilau kesana kemari namun gate A7 macam tak ada orang, bila saya tanya pada kaunter baru saya tau yang flight tu delayed, saya teringat cerita yang tom hank berlakun terkantoi kat terminal.
Sampai di kota kinabalu pukul 9.00 call boss, dia bawak saya makan KFC, wlau saya baru lepas berbuka puasa makan ayam grill dalam kapal terbang , itu tidak menghalang saya untuk makan lagi sebab ayam yang MAS bagi tu adalah besar sedikit dari dua jari saya ni.
Saya ingatkan lepas makan bolehlah terus check-in ke Hotel dan terus tidur sebab saya letih tahap super , tetapi bos tanya samaada saya nak tengok server yang ada masaalah tu , alamak apa nak buat lepas check-in terus pergi ke pejabat tu. Tap tap tap sampai pukul 2 pagi. Balik dari pejabat tu saya minta kadam yang di amanahkan oleh pejabat tu belikan nasi goring seafood, sebenarnya dia tanya saya nak letak ayan ke nak letak seafood, oleh kerana saya berkali-kali melahap ayam saya pun minta lah seafood. Rupa-rupanya yang di namakan seafood tu hanya semata mata udang kapas …. Cheh.
Dari saya pijak kaki ke Kota Kinabalu hinggalah sampai saya nak balik , langsung tak ada peluang saya nak ke mana-mana. Aduh ,… hanya di hari terakhir baru saya dapat pusing ke Kota Kinabalu. Saya tanya kat pembantu saya tu mana gunung kinabalu… tetapi dia pun tak tahu sebab katanya susah nak nampak di lindung awan ..
Saya sempat beli ikan masin yang di pesan oleh kawan di pejabat. Sambil tu belilah sedikit cenderamata unatuk mengkhabarkan yang saya ada memijak kaki ke Sabah.
Semasa nak balik saya di beri tahu yang flight terakhir ke KLIA pukul 8.10 pm saya pun tak lah tergesa-gesa seba ada banyak masa (tamat kerja jam 5.00) untuk ronda-ronda …saya beli satu air tin untuk berbuka puasa, takut tak sempat hehehe ..buka puasa di sini awal satu jam. Saya berbuka puasa di restoran sembeling, air tin yang saya beli tadi lansung tak jejas
Setiba saya ke airport pukul 7.20 saya di beritahu sudah tak ada flight ke KLIA sebab katanya last flight pukul 7.50 ....dah tak sempat. Saya pun merayu la kat pegawai tu, nasib baik pegawai tu benarkan asalkan saya sanggup bawa beg dan ikan masin saya … apa nak buat dalam keadaan macam tu apa pun saya sanggup , masa kelam kabut itu saya terus ke laluan masuk tertinggal air tin yang saya bawa , nasib baik guide saya nampak dan di berinya berlari pada saya, saya tengok dalam bunkus tu tak ada air tin, tetapi dah bertukar menjadi mutiara ada lebih sepuluh kotak dalamnya. tentu dah bertukar dengan mamat yang senasib dengan saya, Sebagai seorang yang beriman saya tak nak terima saya katakana pada guide tu ambil lah ini buka saya punya. Si guide tu pun tak nak ambil lalu di berinya kepada pegawai kastam dengan harapan tuan punya mutiara tu dating menuntut. Namun saya teramat yakin yang isteri pegawai kastam tu akan berhias mutiara raya ini…nak lebih malang lagi mamat yang beli mutiara tu akan menghadiahkan air tin kepada isterinya,

8/26/2005
Masbuk
Masbuk
Mataku merah
Bukan aku marah
Bukan cedera parah
Bukan juga kerana dadah
Cuma mata ku masuk habuk
Sebab tadi anak aku mabuk
Sebab aku selalu sibuk
Airmas_sz
190805
ps: Masbuk = kalau kita tak ambil peduli hal ehwal sekeliling mak saya selalu kata "tak masuk masbuk orang" maknanya kita sering tak ikut orang, ...makna lain masbuk = apabila seorang makmum datang lambat untuk solat jemaah, makmum terus ikut imam, selesai solat imam, makmum akan teruskan solat memenuhkan rakaat yang tertinggal mungkin berkaitan ...
...
...
Entahlah apa nak jadi dengan dunia hari ini, anak-anak yang di harapkan untuk menjadi orang yang berguna, akhirnya terjebak ke kancah yang hina. kepada siapa yang hendak di salahkan? ibubapa yang bersusah payah memerah keringat, mengadai kegembiraan mereka hanya untuk mencari kesenangan yang dengan sewenangnya di salahgunakan oleh anak-anak. namun kebanyakan ibubapa pula amat jarang kita dengan mereka ini menyalahkan orang lain dalam hal mendidik anak mereka, sering kali mereka menyalahkan diri mereka yang tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kerana sebab mencari makan.
kisahnya sahabat saya yang agak rapat dengan saya, punya anak yang semakin dewasa, dan akhir-akhir ini pergerakannya agak liar, berkawan dengan budak-budak nakal dan sering tidak pulang pada waktu yang ditetapkan, malah pernah juga anaknya tidak pulang ke rumah, dengan alasan tidur di rumah kawan.
sahabat saya ini mengakui kesibukan dia mencari nafkah mungkin penyebab anaknya itu terabai, isterinya yang bekerja sebagai jururawat dan dia sendir bekerja di kilang, terpaksa pula mengambil kerja lebih masa, untuk memenuhi keperluan dalam kehidupan mereka sehari-hari,namun anak itu tergelincir juga, kalau nak di katakan sebab tak ada duit , tidak , duit sentiasa ada makan minum tak pernah kurang, apa lagi agaknya yang tidak memuaskan hati anak itu.
semoga anak itu tidak terlalu mengikut hati mudanya dan membiarkan masa depannya suram, cukuplah mengibar angin yang menyebarkan habuk ke mata ayah.

7/11/2005
Seorang fakir di Pakistan
Hari ini saya terbaca kisah di Pakistan, satu kisah sedih dan sungguh menyayat hati. Tiada siapa yang mahukan kemiskinan menjadi pakaian hidupnya. Kalau ada yang mahu sendirinya bergelumang dengan kemiskinan sudah pasti ada screw yang loose kat mana-mana, bak kata orang kampong saya “wayar” orangnya.
Dalam berita tersebut ada satu rencana yang menceritakan kepayahan satu keluarga untuk hidup, hingga memaksa mereka menjadi penghibur jalanan, si ayahnya meletakan kaca di lantai kemudian anak di baringkan di atas kaca tersebut, bagaikan tidak cukup lagi derita anak itu, si ayahnya memijak pula anaknya itu, bayangkan anak itu baru berumur 7 tahun ayahnya pula 70 kg beratnya.
Anak itu menanggung berat ayahnya dengan wajah yang jelas derita. Terpamir sengsara itu di celah-celah ketawa manusia yang merasa terhibur dengan persembahan sebegitu, khabarnya lagi untuk pertunjukan sebegitu mereka mendapat sekitar RM50 sehari, satu pendapatan yang lumayan untuk fakir miskin. Sedangkan mereka yang menontun dan menghulur wang itu pun belum tentu mendapat ganjaran yang sebegitu tinggi.
Bila saya mengajukan perkara ini pada kawan saya yang kebetulan sukar nak dapat anak (sekarang ni dia ambil anak angkat) dia dengan marah berharap agar si ayah itu di tembak sahaja, maklumlan kat sana banyak kes macam tu , kalau adik sendiri kawin lari esok si abang akan datang membawa kepala. Bangga sangat buat perkara macam tu.
Pada saya kemiskinan itu memang membawa musibah yang lebih besar dari itu, bukan saya di memperdagangkan penderitaannya, malah kalau mungkin nanti mereka akan memperdagangkan maruah dan keimanan sementelah pula ada orang besar yang menghalakan apa saja kalau kita dalam darurat.
Oh lagi satu, anak itu perempuan ….di potong rambutnya untuk kelihatan lelaki perempuan haram di pertontonkan.

4/04/2005
apa yang saya fikirkan
Allah maha mengetahui pada perkara di langit dan segala isi bumi dan laut, kita ini hanyalah hamba yang di penuhi limpah kurnia, maka dengan kurniaan itu kita bernafas dan melata di bumi Allah ini, pengetahuan adalah perkara penting dalam kemanusiaan tanpa pengetahuan manusia itu tidak lebih dari haiwan, lantas yang membezakan kita dengan haiwan adalah akal fikiran.
Ilmu sebenarnya kita boleh dapat dimana-mana, malah pada kanak-kanak pun ada ilmu yang kita boleh belajar, namun cara mana kita melajar subjektif, tidak semua pelajaran itu datang dengan buku dan pensil, ada juga yang datang dari mata telinga , tengok TV pun boleh belajar. Ilmu itu khabarnya seluat lautan dan apa yang ada pada diri kita ini hanyalah setitis dari keluasan itu. Tetapi sudah dasar manusia itu tak tahu untung kerana tahu yang setitis itu pun belagak seolah dunia ini dia yang punya.
Ada antara kita yang memang punya kelebihan untuk belajar, lebih bagus lagi ada pula manusia yang tahu tanpa belajar dan malanglah pada manusia yang belajar tapi tak tahu-tahu, bergitu juga dengan manusia yang tak tahu menahu tetapi mengaku tahu ataupun pura-pura tahu. Akhirnya apabila tembelang pecah baru kita tahu dia tak tahu. Namun kadang-kadang ada juga orang yang tidak tahu tetapi menjadi tahu sebelum tembelang pecah, sebab tak banyak orang yang suka pecahkan tembelang orang dan sebelum tembelang pecah dia yang tak tahu apa-apa tu belajar hingga menjadi orang yang tahu.
Manusia ini pelik, kerana kebanyakannya melihat sesuatu penuh dengan prasangka, seolah dunia ini tiada apa yang lebih baik di fikirkan melainkan buruk sangka antara satu sama lain. Biasanya buruk sangka yang bukan-bukan itu datang dari pengetahuan yang bukan-bukan, ya tidak dinafika kadang-kadang memang ada kalangan manusia yang busuk hatinya menabur fitnah hinggakan orang yang di fitnah tergelincir dari iman, natijahnya pula selalu merimaskan, bila akal fikiran sudah kurang oksigen, macam macam boleh berlaku. Namun ada juga di kalangan manusia itu yang hidup dengan prasanka, hinggakan kucing lalu pun di sangka tikus.
Mungkin ada yang tetanya-tanya apa cuba saya nyatakan di sini, dah hampir habis tak ada apa isi pun ..senyum… saya hanya menulis apa yang saya fikirkan
.

3/15/2005
Tragedi Man Karim
Baru-baru ini kita di kejutkan dengan kisah-kisah kematian yang datang hanya dengan sebab yang remeh temeh , entahlah apa yang nak jadi dengan dunia ini. Dulu dulu tak pernah jadi orang mati hanya kerna terlanggar bahu , sekarang nie jangan main , di bawaknya geng nak pukul kita.
Dulu kalau gengster tu kira samseng lah. Hidup pun atas hasil samseng , tetapi sekarang ni nampak dah lain . orang sekarang nie pagi kerja kilang malam main motor bukan angota samseng pun, hanya suka gaduh gaduh , mungkin kerana kalau dapat pukul orang mereka rasa macam dapat pingat datuk , boleh kembang lobang hidung.
Saya baru semalam tahu (isnin 14/03/05) yang Man Karim meninggal di pukul oleh samseng jalanan, walau saya ada baca beritanya tetapi saya tidak tahu bahawa Man Karim adalah mangsa yang terbaru. Saya kenal Man Karim sebagai seorang kenalan di Sg Siput tempat saya. Walau pun tak berapa rapat sejak beliau jadi Tauke , tetapi kami memang saling kenal mengenal.
Man Karim mangsa terbaru samseng jalanan. Mengikut ceritanya allahyarham di pukul beramai-ramai oleh mat motor. Saya dengar ada yang cakap 20 orang ada yang cakap 30 orang , yang kena tangkap setakat hari ini ada 6 orang maknanya ada lagi 14 atau 24 orang masih bebas lagi , masih boleh preng-preng tunjuk hebat di jalan raya. Dan lagi jadahnya pula mereka ini memukul Man Karim dengan cara yang paling tidak jantan. Kerana Man Karim hanya seorang tetapi mereka lebih 20 orang. sedangkan dulu seorang pembantu IT yang di pukul dua orang samseng pun mati ini pulak 20 orang , lumatlah kawan tu.
Menurut kata kata orang , maaf ..kesahihannya tidak saya ketahui. Pada malam kejadian Man bersama dua orang lagi rakan. Memandu kereta untuk pulang keruma bila tiba-tiba dia terlanggar binatang. Man mengatakan yang di langgar itu anjing tetapi temanya pula mengatakan dia melanggar kucing. Maklumlah kita orang melayu kalau langgar anjing selamba jer tapi kalau langgar kucing kita akan rasa bersalah juga sebab kucing adalah binatang kesayangan nabi kan?.
Untuk mendapat kepastian Man berpatah balik ketempat kejadian dan ini lah kesilapan yang tak dapat di tarik balik sebab katanya semasa mereka berpatah arah itu ada segerombolan mat motor sedang berlumba haram, mat motor ini menyangkakan yang Man ini mengejar mereka lalu di humban mereka topi keledar dan kena cermin kereta berderai dan akhirnya membuat man terbabas ke longkang , siapa yang tak marah kalau kena macam tu .
bila Man keluar dari kenderaan untuk berbincang dengan mat motor tu apalagi , samsengla katakan bertengkar-punya bertengkar, akhirnya lumat Man masa tu . saya dengar mat motor hentak dia dengan batu , topi keledar dan ada juga yang memijak-mijaknya dengan ketawa. Mungkin mereka ini semua mabuk pula masa tu . saya tahu kebanyakan mat motor di daerah itu kaki dadah.
Malah dulu pernah juga ada saya dengar cerita satu pasangan cina di tahan mereka kerana menganggu mereka berlumba , bila mereka berlumba jangan pandu ketengah jalan itu menimbulkan kemarahan mereka, yang lelaki di pukul setengah mati manakala yang perempuan di bogelkan dan mereka dalam ketawa suruh ah moi tu pergi balai polis buat lapuran yang mereka kena belasah dengan mat motor Jelapang. Lalu bila saya dengar ada orang kat tv kata mat motor tu haram jadah , saya gelak ajer la.
Sajak untuk Man Karim , al-fatihah dan ucap takziah buat keluarganya ... kesian 4 orang anaknya menjadi yatim ...
Sebuah Tragedi Man Karim
Oleh airmas_sz
Hanya kerana anjing dan kucing
Kau menjadi mangsa
Dari seribu tanda tanya
Apakah mati itu
Hanya kerana anjing dan kucing
Kau di selubungi banjingan
Yang merasa dunia ini punya mereka
Lalu maharajalela mereka
Di sepanjang jalan
Nyawamu bagai tidak berguna
Di cabut dengan paksa
Waktu mereka mengelilingimu
Kau tidak tahu lari
Percayalah Man Karim
Keadilan itu ada di mana-mana
Kau tak mungkin percuma
Sg. Siput (U)
150305
Ini untuk mat motor ... insaflah hidup nie bukan atas motor saja .. banyak lagi keindahan yang ada di dunia ini ...
Seru yang keliru
Oleh airmas_sz
Aku dengar gempitanya
Hinggakan langit seakan gelap
Segelap seru itu
Mereka menyaring bunyi
Irama kematian mendendang tari menari
Tepuk sorak mereka melihat kematian
Seolah mereka tak perlu mati
Bila melihat tebujur mayat
Dengan darah segar mengalir di matanya

3/12/2005
Satu perjalanan yang panjang…
Mungkin kita harus belajar tentang ‘brek’, secara zahirnya fungsi brek adalah untuk memberhentikan kenderaan yang kita pandu agar jangan terlalu laju. Namun kalau di kaji secara mendalam brek juga ada falsafah yang molek.
Bagaimanakah cara yang paling afdal untuk kita brek? Apakah dengan tiba-tiba kita tekan pedal, kita terus berhenti, pastinya kita tidak mampu untuk berhenti dari kelajuan tinggi dengan tiba-tiba, pasti sekali kita akan memperlahankan kenderaan kita dengan menekan brek perlahan-lahan hinggalah kita berhenti sepenuhnya.
Sayugia di ingatkan kalau kita hendak berhenti, jangan buat gila berhenti di tengah jalan , carilah tempat yang lebih afdal untuk berhenti. Kalau rajin juga hendak berhenti di tengah jalan, penyudah yang paling pasti kita tentunya akan bersantai di Hospital Pantai kalau tidak di Hospital gomen , berbungkus dengan hensem malah Mumia padang pasir pun akan cemburu dengan kualiti balutan di seluruh tubuh kita.
Lalu apabila kita sudah berhenti, apakah tindakan selanjutnya? Apakah sudah cukup bersyukur dengan sekadar membrek tadi dan berharap semuanya akan menjadi lancar dan meneruskan perjalanan. Betulkah tindakan tadi? Jangan jadi plawok (Sorry Jones –it hit me completely…LOL).
Dalam perjalanan, sebelum kita sampai ke destinasi kita hanya akan berhenti kalau kita menghadapi masaalah atau gangguan keatas perjalanan kita tadi. Kalau perjalanan kita lancar, lalu mimpi apa kita hendak berhenti?. Kita tentu sekali berhenti untuk mengatasi masalah yang menganggu kita sepanjang penjalanan, samaada tayar kurang angin atau enjin kita sudah hampir meletup.
Kalau berani mungkin ada juga orang yang terus juga berjalan dengan enjin meletup-letup, kita tidak sepatutnya bergitu , takut nanti sesudah habis meletup dengan kelajuan maksima, kita bakal jalan sendiri seperti Fred Flintstone dengan badan kenderaan kita, sedangkan enjin kita tinggalkan jauh sekilometer di belakang, kerana enjin itu sudah tidak mahu berhenti. (Merajuk enjin tu.)
Loh kita berhenti dan kita buat pemeriksaan kalau tak mampu jangan khawatir, pak pomen ada, hantar benkel, jangan susahkan diri kita dengan menjadi tikus yang akhirnya akan punah-ranah kenderaan kita.
Tentu ada yang berkata menulis sajak sama sekali tidak sama dengan membaiki kereta, mungkin ada benarnya, kita cerita tentang sajak dan bukan kereta. Cerita di atas hanyalah rekan semata-mata tidak ada kena mengena dengan alam nyata. (Satu metofora yang runcing LOL)… Kita hidup dengan manual, semua mesti berlandaskan sesuatu, kalau kita tak ada piawai karya kita pun hanya pawai.

1/27/2005
Bercerita tentang cinta
Adakah di antara saaudara semua yang tak pernah bercinta? … tentu soalan ini agak naive sifatnya? Loh saya bukan nak jadi doktor cinta tetapi apa yang saya nak ceritakan ini adalah dari perbualan saya dengan teman sepejabat waktu kami pergi “dept. Lunch tadi.
Seorang tu anak dara cina seorang lagi tu janda India , loh bercerita tentang cinta dengan saya … aduh macam mana mau jawab nih… bagi saya perkara cinta tu bukan benda yang kita nak hebah-hebahkan ala perkara dalam kelambu sifatnya pun dalam kelambu ..
Tetapi perkara yang menarik dari kesimpulan perbualan kosong kami tadi adalah … jeng jeng jeng … cinta itu mesti win-win …. Dua dua mesti menang kalau asyik nak menang sorang sorang saja dua dua akan kalah … paling penting toleransi , bertolakansur …loh sibuh nak kerja nie …. Nanti malam kalau ada masa boleh sambung lagik…

1/21/2005
Baru balik dari Sg Petani
Saya baru balik dari Sg. Petani malam raya saya dalam perjalanan pulang kerumah, memenatkan , tetapi apa nak di kata dah di tugakkan bergitu , kenalah buat. Di Sg Petani saya berjumpa dengan beberapa penduduk di sana kerana saya teringin juga nak ke Kuala Muda hendak lihat dengan mata kepala saya sendiri kesan dari petaka Tsunami, tetapi saya di beri tahu tempat tu telah di kawal ketat hanya orang tempatan sahaja yang boleh masuk. Lagi pula menurut cakap-cakap mereka. Tempat tu sudah hampir bersih dan kesan Tsunami tak berapa kelihatan (lagipun kita hanya kena serpihan sahaja).
Saya juga di beritahu bahawa nasib para nelayan sebelum Tsunami tidaklah malang malah mendapat rezeki yang melimpah ruah , dulunya mereka hanya mendapat ratusan ringgi tetapi dua minggu sebelum Tsunami mereka mendapat rezeki lebih dari itu hinga mencecah ribuan ringgit. Tetapi mereka ini pula bukan orangnya yang tahu menyimpan duit dalam bank , melainkan di simpan di dalam rumah sahaja.
Itulah kata mereka semasa selepas Tsunami pasukan penyelamat yang datang mencari mangsa di kawasan yang terlibat. Mencari mangsa dengan bersungguh-sungguh, mereka mencari hingga ke dalam almari dan laci , pelik bukan? Itulah, saya kata pelik , kalau dalam almari pun logik juga kalau ada mangsa yang menyorok di situ, tetapi kalau dalam laci mangsa apakah yang mereka cari?
Kata mereka , para nelayan tidak menyimpan wang dalam bank, tetapi wang yang banyak tu di simpan di rumah mereka. Jadi semasa Tsunami semua kelam kabut menyelamatkan diri. Rumah mereka terpaksa ditinggalkan bersama dengan wang hasil tangkapan sebelum Tsunami. Para penyelamat yang datang menyelamat tu pulak bukan semuanya penyelamat ada juga yang penyangak , itu yang dalam laci pun di cari mangsa …
Agaknya nak menyelamatkan tikus yang dalam laci tu agar tidak kepupusan pula nanti.
Selamat hari raya aidil adha untuk semua yang beragama islam , dan selamat menunaikan fardu haji kepada mereka yang berupaya mengerjakannya.

1/05/2005
Sajak khas untuk mangsa Tsunami
Peristiwa Tsunami memang sangat menyedihkan , dengan angka kematian yang semakin meningkat mengharukan perasaan, lalu aku ciptakan sajak-sajak ini khas untuk memperingati mangsa-mangsa yang maut kerana Tsunami.
aku dengar sekarang ada pula samseng taik minyak yang memperdagangkan anak-anak kecil mangsa Tsunami, aduh !!! sudahlam mereka itu menjadi trauma kerana Tsunami kini ada pulak yang ambil kesempatan. Apa nak jadi dengan manusia seperti ini , lebih baiklah mereka di telan Tsunami atau pun kita sama-sama tangkap dan rendam dia dalam laut. tak ada hati perut langsung....
Ombak besar - Aku tak pernah mendengar Tsunami
Oleh : Airmas_sz
Lalu mimpi apakah aku hari ini
Langit cerah menjadi gelita sekelip mata
Baru tadi aku mengutip timbunan ikan
Rezeki tak tersangka rupanya perangkap menerpa
Aku berdiri dengan ikan di tangan
Kala ombak itu mengumpul tenaga tiga bangunan
Aku dan anak-anak aku masih lagi lali
Kelibat ombak itu seperti raksaksa
Mahu membaham aku menjadi mangsa
Dan anak-anakku yang tidak berdosa
Lalu aku menjerit “lari, lari ombak sudah semakin tinggi”
Aku tak pernah mendengar Tsunami
Aku kejar anak-anak ku, aku kejar masa singkat itu
Dia datang menghempas ruang tidak mahu pulang percuma
Di ambilnya anakku terbang melambung
Menjerit, anakku menjerit
Bingung, aku pun bingung
Bagai mana anakku, aduhai
Bagaimana hendak aku lawan kudrat yang tak tertawan
Lepaskan, wahai ombak lepaskan anakku
Jangan kau pisahkan aku dari anak-anakku
Lalu dengan kudrat tuhan maha kuasa
Ombak besar tu pulangkan anakku
Walau hanya jasad tak bermaya
Aku terima aku terima berat dugaan ini
Tenanglah anakku
Bersama Dia yang meminjamkan kamu kepadaku
Aku masih bersyukur dengan getir pengalaman ini
Kerana aku masih dapat melihat pusaramu
Sedang beribu lagi tiada di kujung berita
sg. siput (u)
020105
Lagi satu ...
Satu Dugaan – Tsunami
Oleh airmas_sz
Tsunami ini datang mungkin
Dari satu sejarah mungkir
Bila gelora datang menyerang
Air mata ku pun berlenang
Lupa semua warga dunia
Pada rasa benci yang panjang
Bila semua insan malang
Hilang dalam satu malam
Tak terdaya aku
Lenakan mata ku ini
Melihat anak-anak kecil
hanyut dan mati
Samudera terbentang
Menjadi saksi
Kau berkuasa memungkinkan semua ini
Atas nama dugaan
Masih lagi aku berpegang
Pada takdir suratan tuhan
Hanya padaMu kami berserah
Dugaan ini sungguh parah
Sg.tanpatsunami
1/1/05

Subscribe to:
Posts (Atom)