(ini tulisan lama)
Satu ketika dahulu sewaktu saya masih remaja, saya pulang ke kampung dengan mendapati
abah saya tiada di rumah pergi meniaga agaknya, abah saya berniaga buah
pamelo di Pantai Remis.
Rumah abah
dikunci, sedangkan saya waktu itu datang melengang, duit untuk balik
tak ada, tak cukup beberapa sen sahaja lagi duit tambang. Rasa macam nak
nangis.
Saya
pun menongkat dagu di tangga rumah, tak beberapa lama atuk saya datang,
saya lihat dia sangat gembira melihat saya, cucunya yang sudah lama dia
tak jumpa.
Atuk
mengajak saya ke kedai untuk makan, saya tak mahu sebab saya tahu atuk
mana ada kerja dan mana ada duit nak belanja saya yang tak cukup
beberapa sen sahaja lagi duit tambang.
Saya
yang waktu itu sangat lapar akhirnya mengambil keputusan untuk
membelanjakan duit yang tak cukup beberapa sen sahaja lagi tambang itu
dengan membeli meggi.
Saya
makan meggi sejak saya darjah satu, memang banyak orang nasihat saya
jangan makan meggi sebab mereka kata makan meggi cepat mati, lagi pun
menurut kajian mereka orang yang makan meggi akan cerah kepalanya.
Sayang
sekali, sampai sekarang saya masih tidak botak seperti kawan saya yang
menyambut hari jadinya baru-baru ini, malah saya masih lagi kelihatan
muda kerana saya tidak langsung ada uban, ini sangat mengecewakan
kawan-kawan saya.
Apa yang saya boleh cakap hanyalah kalau nak mati bukan kerana makan meggi saja, kat mana mana pun boleh padam.
Untuk
menyerikan hari anda yang banyak beruban dan botak kerana makan meggi ,
saya persembahkan satu lagu yang mengambarkan saya masih lagi muda....
Bila Langit jadi Kuning
Di mana
Di mana langit mana bintang
Telah hilang
Sewaktu gerhana menyerang
Satu gelang melingkari badan bulan
Sangkakala yang berbunyi satu bingit
Tiada lagi
Bumi tempat kau berdiri
Bergulungan
Bukit-bukit bercumbuan
Berguguran
Bulan bintang dengan awan
Bumi sudah meninggalkan dunia fana
Percaya
Bila langit jadi kuning
Matahari
Telah songsang laluannya
Dan di sana
Kita semua kembali
Semua kita telah mati
Telah mati
Tiada lagi
Hasad dengki iri hati
Debar jantung
Hanya menanggung diri sendiri
Di bawah Satu
Hanya Dia yang satu
Amal budi dosa pahala Dia hitungAirmas_sz 2125 020407
No comments:
Post a Comment