Baru-baru ini kita di kejutkan dengan kisah-kisah kematian yang datang hanya dengan sebab yang remeh temeh , entahlah apa yang nak jadi dengan dunia ini. Dulu dulu tak pernah jadi orang mati hanya kerna terlanggar bahu , sekarang nie jangan main , di bawaknya geng nak pukul kita.
Dulu kalau gengster tu kira samseng lah. Hidup pun atas hasil samseng , tetapi sekarang ni nampak dah lain . orang sekarang nie pagi kerja kilang malam main motor bukan angota samseng pun, hanya suka gaduh gaduh , mungkin kerana kalau dapat pukul orang mereka rasa macam dapat pingat datuk , boleh kembang lobang hidung.
Saya baru semalam tahu (isnin 14/03/05) yang Man Karim meninggal di pukul oleh samseng jalanan, walau saya ada baca beritanya tetapi saya tidak tahu bahawa Man Karim adalah mangsa yang terbaru. Saya kenal Man Karim sebagai seorang kenalan di Sg Siput tempat saya. Walau pun tak berapa rapat sejak beliau jadi Tauke , tetapi kami memang saling kenal mengenal.
Man Karim mangsa terbaru samseng jalanan. Mengikut ceritanya allahyarham di pukul beramai-ramai oleh mat motor. Saya dengar ada yang cakap 20 orang ada yang cakap 30 orang , yang kena tangkap setakat hari ini ada 6 orang maknanya ada lagi 14 atau 24 orang masih bebas lagi , masih boleh preng-preng tunjuk hebat di jalan raya. Dan lagi jadahnya pula mereka ini memukul Man Karim dengan cara yang paling tidak jantan. Kerana Man Karim hanya seorang tetapi mereka lebih 20 orang. sedangkan dulu seorang pembantu IT yang di pukul dua orang samseng pun mati ini pulak 20 orang , lumatlah kawan tu.
Menurut kata kata orang , maaf ..kesahihannya tidak saya ketahui. Pada malam kejadian Man bersama dua orang lagi rakan. Memandu kereta untuk pulang keruma bila tiba-tiba dia terlanggar binatang. Man mengatakan yang di langgar itu anjing tetapi temanya pula mengatakan dia melanggar kucing. Maklumlah kita orang melayu kalau langgar anjing selamba jer tapi kalau langgar kucing kita akan rasa bersalah juga sebab kucing adalah binatang kesayangan nabi kan?.
Untuk mendapat kepastian Man berpatah balik ketempat kejadian dan ini lah kesilapan yang tak dapat di tarik balik sebab katanya semasa mereka berpatah arah itu ada segerombolan mat motor sedang berlumba haram, mat motor ini menyangkakan yang Man ini mengejar mereka lalu di humban mereka topi keledar dan kena cermin kereta berderai dan akhirnya membuat man terbabas ke longkang , siapa yang tak marah kalau kena macam tu .
bila Man keluar dari kenderaan untuk berbincang dengan mat motor tu apalagi , samsengla katakan bertengkar-punya bertengkar, akhirnya lumat Man masa tu . saya dengar mat motor hentak dia dengan batu , topi keledar dan ada juga yang memijak-mijaknya dengan ketawa. Mungkin mereka ini semua mabuk pula masa tu . saya tahu kebanyakan mat motor di daerah itu kaki dadah.
Malah dulu pernah juga ada saya dengar cerita satu pasangan cina di tahan mereka kerana menganggu mereka berlumba , bila mereka berlumba jangan pandu ketengah jalan itu menimbulkan kemarahan mereka, yang lelaki di pukul setengah mati manakala yang perempuan di bogelkan dan mereka dalam ketawa suruh ah moi tu pergi balai polis buat lapuran yang mereka kena belasah dengan mat motor Jelapang. Lalu bila saya dengar ada orang kat tv kata mat motor tu haram jadah , saya gelak ajer la.
Sajak untuk Man Karim , al-fatihah dan ucap takziah buat keluarganya ... kesian 4 orang anaknya menjadi yatim ...
Sebuah Tragedi Man Karim
Oleh airmas_sz
Hanya kerana anjing dan kucing
Kau menjadi mangsa
Dari seribu tanda tanya
Apakah mati itu
Hanya kerana anjing dan kucing
Kau di selubungi banjingan
Yang merasa dunia ini punya mereka
Lalu maharajalela mereka
Di sepanjang jalan
Nyawamu bagai tidak berguna
Di cabut dengan paksa
Waktu mereka mengelilingimu
Kau tidak tahu lari
Percayalah Man Karim
Keadilan itu ada di mana-mana
Kau tak mungkin percuma
Sg. Siput (U)
150305
Ini untuk mat motor ... insaflah hidup nie bukan atas motor saja .. banyak lagi keindahan yang ada di dunia ini ...
Seru yang keliru
Oleh airmas_sz
Aku dengar gempitanya
Hinggakan langit seakan gelap
Segelap seru itu
Mereka menyaring bunyi
Irama kematian mendendang tari menari
Tepuk sorak mereka melihat kematian
Seolah mereka tak perlu mati
Bila melihat tebujur mayat
Dengan darah segar mengalir di matanya
Sg. Siput (U)
150305
No comments:
Post a Comment