Facebook Badge

10/15/2005

ke kota kinabalu

Saya baru pulang dari bertugas di Kota Kinabalu, pada kadar yang asalnya , saya di minta dengan bertalu-talu untuk meminjamkan khidmat saya di Kota Kinabalu, tetapi taya tak berapa berkenan nak kesana, bukan saya tak suka melancong, makan angin tetapi saya di minta kesana untuk berkerja jadi nanti semuanya kerja tiada “pleasure”

Tambahan pula saya ni adalah seorang pemuda yang pemalu (hehehe) saya tak biasa dengan orang yang saya tak biasa. Walaupun selama ini (lebih kurang 5-6 tahun) saya memberi khidmat saya secara online melalui internet dan telepon, tetapi saya tidak pernah bersemuka dengan mereka.

Boss saya yang tak mahu terlalu memaksa saya akhirnya pergi ke Kota Kinabalu mengantikan saya. Malangnya kepergiannya tak ada keberuntungan pada hari pertama dia meng”debug” system di sana, system tu merajuk, tak maunya hidup, dia pun panik, hinggakan terpaksa dia menganggu saya yang tengah seronok tengok berita mahadir dengan rafidah di kaca TV.

Setelah berulang kali saya di pujuk makan,saya rasa kos telepon dia pun dah boleh beli tiket kapal terbang, saya pun termakan pujukan dan terpaksa juga saya ke Kota kinabalu dengan berat hati ini.

Tak tau lah saya samaada programmer di tempat lain berkerja macam saya , dari ipoh saya naik MAS pukul 2.05 sampai di KLIA menunggu MAS lagi satu pukul 4.25, tup tup pukul 4.20 tak nampak bayang pun. Saya dok risau melilau kesana kemari namun gate A7 macam tak ada orang, bila saya tanya pada kaunter baru saya tau yang flight tu delayed, saya teringat cerita yang tom hank berlakun terkantoi kat terminal.

Sampai di kota kinabalu pukul 9.00 call boss, dia bawak saya makan KFC, wlau saya baru lepas berbuka puasa makan ayam grill dalam kapal terbang , itu tidak menghalang saya untuk makan lagi sebab ayam yang MAS bagi tu adalah besar sedikit dari dua jari saya ni.

Saya ingatkan lepas makan bolehlah terus check-in ke Hotel dan terus tidur sebab saya letih tahap super , tetapi bos tanya samaada saya nak tengok server yang ada masaalah tu , alamak apa nak buat lepas check-in terus pergi ke pejabat tu. Tap tap tap sampai pukul 2 pagi. Balik dari pejabat tu saya minta kadam yang di amanahkan oleh pejabat tu belikan nasi goring seafood, sebenarnya dia tanya saya nak letak ayan ke nak letak seafood, oleh kerana saya berkali-kali melahap ayam saya pun minta lah seafood. Rupa-rupanya yang di namakan seafood tu hanya semata mata udang kapas …. Cheh.

Dari saya pijak kaki ke Kota Kinabalu hinggalah sampai saya nak balik , langsung tak ada peluang saya nak ke mana-mana. Aduh ,… hanya di hari terakhir baru saya dapat pusing ke Kota Kinabalu. Saya tanya kat pembantu saya tu mana gunung kinabalu… tetapi dia pun tak tahu sebab katanya susah nak nampak di lindung awan ..

Saya sempat beli ikan masin yang di pesan oleh kawan di pejabat. Sambil tu belilah sedikit cenderamata unatuk mengkhabarkan yang saya ada memijak kaki ke Sabah.

Semasa nak balik saya di beri tahu yang flight terakhir ke KLIA pukul 8.10 pm saya pun tak lah tergesa-gesa seba ada banyak masa (tamat kerja jam 5.00) untuk ronda-ronda …saya beli satu air tin untuk berbuka puasa, takut tak sempat hehehe ..buka puasa di sini awal satu jam. Saya berbuka puasa di restoran sembeling, air tin yang saya beli tadi lansung tak jejas

Setiba saya ke airport pukul 7.20 saya di beritahu sudah tak ada flight ke KLIA sebab katanya last flight pukul 7.50 ....dah tak sempat. Saya pun merayu la kat pegawai tu, nasib baik pegawai tu benarkan asalkan saya sanggup bawa beg dan ikan masin saya … apa nak buat dalam keadaan macam tu apa pun saya sanggup , masa kelam kabut itu saya terus ke laluan masuk tertinggal air tin yang saya bawa , nasib baik guide saya nampak dan di berinya berlari pada saya, saya tengok dalam bunkus tu tak ada air tin, tetapi dah bertukar menjadi mutiara ada lebih sepuluh kotak dalamnya. tentu dah bertukar dengan mamat yang senasib dengan saya, Sebagai seorang yang beriman saya tak nak terima saya katakana pada guide tu ambil lah ini buka saya punya. Si guide tu pun tak nak ambil lalu di berinya kepada pegawai kastam dengan harapan tuan punya mutiara tu dating menuntut. Namun saya teramat yakin yang isteri pegawai kastam tu akan berhias mutiara raya ini…nak lebih malang lagi mamat yang beli mutiara tu akan menghadiahkan air tin kepada isterinya,