Facebook Badge

7/04/2009

Sebelum esok




SEBELUM ESOK

Berpuisilah dengan bijaksana
sebelum esok
dirajutkan tali kejahilan

Berkatalah demi kebenaran
sebelum esok
dibisukan sebuah percakapan

Berjalanlah mencari keredaan
sebelum esok
dilumpuhkan rahang perjalanan

Dengarlah kalimat sakral
sebelum esok
ditulikan karat penghinaan

Melihatlah dengan istiqamah
sebelum esok
dibutakan penglihatan batin

Berdakwahlah di mimbar kejujuran
sebelum esok
didakwa di mahkamah keadilan

Sebelum esok
panjangkan fikir sesama
bekal kita di sana!

- Ria Asmira,
R&R Seremban.
1 Julai 2009.
di ambil dengan keizinan di esastera.com

No comments: