Facebook Badge

7/02/2009

bus pool

Sudah lama saya tidak naik bas, seingat saya sudah lebih dari sepuluh tahun, bulan lepas saya merasa nain bas semula, bukan pergi rombongan meminang tetapi pergi meeting dari Ipoh ke Petaling Jaya.

Kalau dulu-dulu pergi meeting boleh “car pool” seorang jer boleh claim mileage yang lain tu tumpang ,syarikat jimat belanja, tetapi kali ini atas desakan ekonomi dan atas kebodekan yang amat tinggi pengarah syarikat terhadap tuan punya syarikat, kami dicadangkan “bus pool” jadi macam rombongan orang kawin pulak.

Kat Ipoh ni orang yang naik bas adalah orang yang sangat kudi dan hina dina, tidak seperti dulu bas hent-henti di Ipoh dah macam teksi mencari penumpang, kalau tak cukup penumpang bas tak akan bergerak.

Sukar sekali Kalau kita naik bas yang penuh, sungguh … bayangkan kamu yang berpeluh dengan tangan mengapai palang, aroma yang menyerap persekitaran akan membuat kamu dapat sakit resdung

Orang Ipoh kebanyakannya lebih suka menggunakan kenderaan sendiri kami banyak duit

No comments: