Facebook Badge
12/17/2006
Anak, ini apologi
Fakta Rakaman:
1. Video ini dirakamkan dengan kamera handphone
2. Mengunakan seorang pelakun yang tidak tahu dia sedang berlakun/diexploitasikan, pelakun kanak-kanak berketurunan arab itu baru berumur 2 1/2 tahun
3. Lagu yang anda dengar musiknya dihasilkan dengan tidak mengunakan sebarang alat musik,
4. Suara yang anda dengar itu adalah dari satu orang yang sama.
5. Elang Garang adalah Produksi perfileman budjet ciput ...
6. Zek Shafii adalah Pengarah filem merangkap tukang kamera merangkap krew produksi budjet ciput "Elang Garang" yang bermastautin di London (tempahan di alu-alukan)
7. Tajuk Asal lagu "Apologi untuk anak II" telah di tukar untuk pengkomersialan oleh Abdullah Jones
12/14/2006
Apo lagi
Sajak “Apologi untuk anak ii” adalah satu siri sajak yang saya tulis untuk Nurul Haneem Balqis (Aneem) yang merupakan satu-satunya anak perempuan saya. Dia adalah satu penantian yang panjang.
Setelah lahir Aneem ditahan di wad Hospital Ipoh (incubator) kerana masalah berkaitan kelahirannya, sewaktu itu bermulalah episod sedih saya dengan isteri, kerana selama ini kami mengharapkan anak perempuan setelah di kurniakan anak lelaki.
Sajak itu menceritakan detik-detik suram saya dengan Pihak Hospital Ipoh, sebagai seorang bapa saya mahu tahu apa sakit anak saya, tetapi saya tidak langsung di maklumkan, kecewanya tuhan sahaja yang tahu
Ada ketikanya saya hampir bergaduh dengan Jaga hospital yang macam samseng taik kucing tu. Dia minta saya keluar sedangkan saya masih menunggu jawapan dari doctor, doctor pula macam lari-lari, kalau tak tahu cakap la tak tahu, janagan buat anak orang bahan ujikaji.
Ps : Aneem sekarang sudah sihat dan agak nakal, munkin kerana pengaruh abang-abang, Sajak itu juga saya sudah lagukan , kawan saya khabarnya nak buat video untuk lagu itu, malangnya dia sangat malas, kalau saya simpan janggut dah sampai Sri Langka dah janggut saya ni, video tak siap juga.

12/04/2006
Satu apologi buat anak ku II
SAJAK :
Satu apologi buat anak ku II
Oleh AIRMAS_SZ
Dari biru rona tanganmu
Hati di salut pilu
Perih pedih
Bayangan kesalan pun meluru
Satu mimpi tertangguh
Puing rindu
Gambar resah berdiri di belakang tutur ku
Di lautan cinta yang tak pernah surut
Kala kau meronta di banjir derita
Hadir tiada aku
Tiada berita yang aku dambakan
Aku jadi keliru
Sayu ratap mu menusuk sukma ku
Larut kelamun pecah rawan ku
Airmas_sz
Sungai Siput (u) 210405

11/29/2006
Perang yang pelik
dulu kan ada satu perang , orang yang nak berperang tu kata negeri paksi kejahatan tu ada senjata merbahaya yang kononnya boleh menghancurkan dunia.
Tapikan lepas dia serang habis-habisan, di geledah negara itu, tak jumpa pulak senjata tu .. malulah macam tu.
mereka kononnya memerangi keganasan, tapi tak nampak pula keganasan kat tempat tu, mereka nak perang macam mana? main suka suka sajakah perang ni, orang mati ramai-ramai tu hiburankah?, lepas tu kan masa mereka serang tu, kita pun heran, sampai sekarang ni heran tak hilang, sebab katanya memerangi keganasan, tetapi yang nampak ganas mereka sendiri, kan susah nak jawab macam tu,
sekarang ni saya baca suratkhabar ada ura-ura nak tukar perang kat negara tu bukan memerangi keganasan, tetapi perang saudara, hahahaha lawak betul la, saikologi betul, sebabnya mereka yang berperang tu, bila masa pulak jadi saudara negara yang di serang tu. kalau dah bukan bersaudara macam mana pulak boleh perang saudara.
ini menipu pakai kepala lutut namanya. kalau perang saudara maknanya mereka ni tak bertanggungjawablah, itu negara itu punya pasal, bukan masalah mereka lagi, padahalnya kalau mereka tak datang, tak ada perang, tetapi lepas mereka datang mereka tinggalkan perang.

11/25/2006
Bunyi rintone type 9 (nokia)
No yang tertera di handphone 03xxxxxxxx …
dalam hati saya no KL ni…, mmmm
Saya : Hello
Dia : boleh saya bercakap dengan En Samsul yang di kata orang kacak tu?
Saya : Sdr tak salah orang saya la tu
Dia : Saya inspector polis dari Ipoh
Saya: (macam pernah dengar script ni) … ipoh?.. apasal tak dari KL… siapa ni
Dia : Akulah gitar tong
Hahaha tak menjadi beb

11/17/2006
Talipon dari PBB
Telefon dari PBB
Baru-baru ini saya mendapat panggilan telepon yang sangat tidak saya sangka-sangka, semuanya hanya kerana maklumat salah yang telah saya letakkan di sini, mati mati saya ingat orang bergurau dengan saya. Terganggu perasaan saya kerana insiden itu.
Ini kerana orang yang menalipon saya itu bukan calang-calang orang, siapa tak kenal dia yang menjadi pengerusi satu pertubuhan besar dunia, mempunyai pengaruh yang sangat luas. Sering pula berjumpa dengan pemimpin dunia hanya untuk minum kopi.
Saya menjadi agak kelam kabut juga sebab dia bercakap dalam loghat English yang agak sukar di fahami oleh saya. Namun saya cuba juga melayannya. Nak jaga hati, takut orang merajuk la pulak…
Dia adalah Kofi Annan (annan disebut macam annon), Pengerusi pertubuhan bangsa-bangsa bersatu, katanya dia cuba hendak menghubungi Dr Ir. Wan Abu Bakar (yang di sebutnya Dr Van aboo Backer) tetapi tidak berhasil.
Lalu saya katakan mungkin sewaktu tuan menalipon Dr Van Aboo Backer beliau menutup teleponnya kerana menghadiri majlis perkahwinan ahli esastera yang baru menamatkan zaman bujangnya bersama dengan seorang lagi ahli esastera Sdr Mohd Zakir tetapi saya malulah nak ajuk apa nama yang di sebut mengganti nama Md Zakir hahahaha.
Beliau (Kofi Annan) menerangkan tujuan menalipon saya, katanya, Pejabat Kewangan Persatuan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) sangat terkejut baru-baru ini kerana terdapat lambakan wang yang banyak mengalir ke akaun PBB. Dan semuanya diletakkan atas nama “Airmas_sz”, sedangkan menurut mereka nama itu tidak pernah ada dalam senarai kakitangan PBB.
Mereka (PBB) membuat siasatan dengan mengunakan system komputer cangih mereka namun tidak dapat juga menjumpai nama “airmas_sz”, ini sangat menghairankan kerana setahu mereka dalam supercomputer itu bukan sahaja terdapat maklumat setiap kakitangan PBB malah kalau mereka mahu mereka boleh sahaja mendapat maklumat mereka yang bukan kakitangan.
Hinggalah sampai kepada satu hari seorang budak pejabat yang suka menginternet membuat carian di google dan Yahoo!, maka berjujuranlah maklumat Airmas_sz yang mereka jumpai. Lalu mereka tahu apa itu esastera.com dan siapa itu Dr Wan abu Bakar, tetapi sayang sekali kata Kofi Annan beliau tidak dapat menghubungi telepon bimbit Drirwan.
Kofi Annan berkata lagi, melalui cara itulah mereka dapat menjejak yang punca aliran tunai ke akaun mereka. Katanya album yang di pasarkan secara online melalui laman www.esasterawan.net mendapat sambutan yang sangat hebat di Nigeria. Kerana kebanyakan alamat penghantar adalah dari Nigeria ,Kenya dan Mongolia
Katanya lagi, banyak penduduk di Nigeria berusaha menyimpan duit untuk datang ke Malaysia kononnya hendak mendengar lagu-lagu pujaan mereka melalui konsert di Malayzia (sebenarnya Malaysia mereka punya lidah agak berkarat)
Saya yang agak termanggu dan terkejut terus menerangkan kepada Pengerusi PBB itu yang singkatan PBB di laman airmas.blogspot.com itu sebenarnya adalah singkatan untuk Public Bank Berhad (PBB), lalu saya meminta maaf atas kesilapan yang tidak saya sengajakan itu.
Saya pun berjanji dengan Tuan Kofi Annan yang saya akan dengan segera menukar atau pun memberi lebih maklumat tentang PBB yang saya maksudkan , bukan PBB itu Persatuan Bangsa-bangsa bersatu tetapi Public Bank Berhad.
Setelah berpuas hati dengan penjelasan saya itu, kofi annan pun dengan segera menbuat pesanan untuk Album Demo Airmas_sz, bukan satu tetapi sebanyak lima keping sekali gus, dua keping katanya hendak di beri kan kepada anak-anaknya kerana menurut beliau dalam album tu terdapat banyak puisi-puisi yang menarik.
Lebihan tiga album itu pula katanya, satu untuk dirinya sendiri , beliau sangat suka dengan lagu “Dia Rindu” syahdu sungguh katanya, satu lagi untuk Pressiden Bush yang katanya akan tamat tempoh menjadi presiden, Album itu buat menenangkan perasaan peresiden itu. Dengan kekalahan kongres baru baru ini.
Kofi Annan juga akan tamat tempoh pada hujung tahun ini, pengantinya Tuan Ban Ki-Moon dari Korea selatan itu juga akan mendapat satu salinan album itu. Akhir sekali Tuan Kofi Annan sempat juga meberi pesanan katanya “ cukup cukup lah temberang tu …..”
Sekian cerita temberang dari saya hahahahahaha….
Ps : diucapkan selamat pengantin baru kepada Mohd Zakir dan Syarifah Salha Selamat penganti baru ……moga cepat beli botol susu.

11/01/2006
Yang ditunggu dah tiba
Maka masa yang di nanti pun tiba, dengan ini saya dengan bangganya mempersembahkan satu CD yang mempunyai koleksi lagu-lagu sajak dari penyair esastera.com,
Album : Sentimen
Artis : Airmas_sz
Sajak-sajak : Anbakri, Airmas_sz, Dahrie, Lintang Sugianto, George Manos, Abdullah Jones.
Semua lagu adalah hasil ciptaan Airmas_sz, manakala sajak yang di jadikan senikatalagu adalah milik penyair yang berbakat dari laman portal www.esastera.com, Lagu-lagu yang terkandung dalam Album ini seperti berikut
Di Palang Ini
-Airmas_sz/Anbakri
Sajak Mentol Seratus Watt
-Airmas_sz/AbdullahJones
Selamat Pagi Ghazy, Bisik Mesiu
-Airmas_sz/Lintang Sugianto
Ainadillah
-Airmas_sz/Lintang Sugianto
Aduhai Peperangan
-Airmas_sz/Dahrie
Sentimen
-Airmas_sz/Airmas_sz
Kau Pilihlah Aku
-Airmas_sz/Airmas_sz
Back To The Rain
-Airmas_sz/George Manos
Membenarkan Kebodohan - Unplugged
-Airmas_sz/AbdullahJones
Dia Rindu (Sajak Lelaki Alfa) - Unplugged
-Airmas_sz/AbdullahJones
Harga yang telah di tetapkan oleh pemegang mohor besar
RM 15 (termasuk belanja pos)
RM 10 (Serahan tangan)
Untuk membuat tempahan sila masukkan sejumlah wang untuk berapa salinan yang dikehendaki kedalam account : PBB 4192345031 selepas itu berikan bukti bayaran secara email ke samsulzakaria@gmail.com atau telepon 012-5644654 untuk penghantaran dengan kadar segera. Kalau boleh nyatakan dengan lengkap alamat untuk penghantaran supaya CD kesayangan anda ini akan sampai kepada tuannya yang sah.
ps : Sdr JawoPinter sila perkenalkan diri anda sebagai jawopinter/ungubiru atau nama sdr yang sebenarnya ..kalau tidak sdr akan dilapurkan sebagai penyamar (impersonator) yang boleh membawa kepada hukuman penjara mandatori bersama sebatan.. kalau sabit kesalahan
10/30/2006
Adoih!!!!!!!
“Sepanjang kita nikah tak pernah lagi nampak abang sakit macam ni”
Saya memang jarang sakit, kalau saya sakitpun kebanyakkan dari sakit saya adalah kerana saya malas dan mahu rehat dan saya ambil MC suka-suka, tetapi kali ini saya dapat sakit total.
Mulanya saya ingat saya sekadar demam biasa, tetapi bila malam menjelang saya menjadi sejuk yang amat sangat, berselimut 2-3 lapis namun saya masih lagi sejuk, saya hanya boleh mengereng mengerekot.
Segala sendi mula terasa sakit, bukan sengal, sakit, macam dititik rasanya, pinggang bagai di tumbuk, mulut terasa pahit, segala apa yang saya makan menjadi pahit, waktu awal sakit masih puasa, bila waktu berbuka, saya tidak mampu menjamah makanan.
Semua menjadi pahit sepahit-pahitnya, macam bakawali.
Saya sakit selama 7 hari, tambah dua hari pening power, sekarang ini tidak pening lagi tetapi masih terasa lemah seluruh angota ada ketika dalam sakit itu saya siap mengucap kerana saya berasa nyawa dah genting sangat.
Saya tak tahu apa sakit saya, menurut doktor, saya berkemungkinan terjena jangkitan virus. Saya syak saya kena denggi, tetapi syukur sekarang saya sudah sihat, namun hari raya ini tahun hancur, orang lain bergumbira saya pula berselubung. Mengerekot.
Namun syukur juga sebab masih boleh bernafas.
Saya ingat dulu nak buat entry tentang hari raya, tetapi oleh kerana kesihatan tak mengizinkan, itu semua menjadi kenangan belaka, maka dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf, kiranya ada tingkahlaku dan tutur kata saya tidak menyenangkan tuan-tuan semua.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
PS : Album saya akan release pada 01/11/2006 ... saya akan umumkan perincian kepada sesiapa yang berminat harap beri sokongan.

10/12/2006
Buat anak-anak mangsa peperangan
Perang tak mengira mangsa, seringkali anak-anak yang tidak berdosa paling merasa jerihnya, kerana nasib mereka ditinggalkan sebatangkara menghadapi dunia apabila ayah dan ibu mereka sahid di medan perang..
Kami Yang tinggal
(Buat anak-anak mangsa peperangan)
Tepian jalan aku menanti
Mengharap belas mengharap simpati
Diri terbuang tanah dan ladang
Menjadi debu-debu berterbangan
Kau tinggalkan aku tanpa lindungan
Dahulu hidupku makmur dan aman
Kini terbiar tanpa lindungan
Tumbuh peluru hilang pegangan
Terburu-buru cari kedamaian
Ayah dan ibu gugur berjuang
Terbakar semua mimpi indah
Yang selama ini kami bina
Terkubur dan musnah permata sejarah
Yang selama ini kami bangga
Tinggal cebisan daging dan tulang
Berselerakan darah pejuang
Tumbuh peluru hilang pegangan
Terburu-buru cari kedamaian
Ayah dan ibu gugur berjuang
airmas_sz
tarikh tak ingat
ps: karya asal ada di www.communityzero.com/penyair saya dah lupa beberapa baris, jadinya baris akhir di ulang hehehehe

10/08/2006
Bikin Lagu
Kepada peminat yang di hormati sekalian, berikut adalah senarai Lagu puisi yang bakal saya terbitkan sendiri, saya sedang mencari material untuk kulit album, saya baru ada satu ehsan dari Rimanilzah , mau cari lagi 3 untuk tiga album. Dan satu untuk album versi unplugged..
saya juga bercita-cita mahu lakaran Abdullah Jones yang ada gambar orang tepi pantai tu , Cuma saya perlu buang namanya pada lukisan itu .. menganggu jer nama tu .. nanti tak terkenal pulak saya ..album saya nama dia hush mana boleh ..
Buat masa sekarang saya menutup sementara permintaan untuk membikin lagu (melainkan kalau ada Syarikat besar yang boleh saya saman lebih kurang 2 juta kalau mereka cuai dalam kontrak)
Saya mohon keizinan untuk tuan punya sajak, mengizinkan saya mengkompilasikan Sajak tuan puan kedalam Album album saya.
Saya punya cita-cita untuk mengantologikan semua sajak ini kedalam satu buku, yang akhirnya boleh di paut oleh album saya. Mungkin mimpi, tetapi tidak mustahil, Kerana belum ada dalam sejarahnya lagu-lagu puisi di buat buku.
Kalau filem ada yang mengadaptasi karya dari buku-buku ke layar filem, ada juga buku yang di hasilkan selepas tayangan. mengapa tidak kita hasilkan buku dari lagu puisi, lalu kita jadi pertama di Malaysia dan mungkin juga di dunia.
Kalau boleh saya suka kalau ada satu forum (brainstorming) membincangkan sajak-sajak yang telah saya musikalisasikan, isi segala keributan itu kita terus sahaja bukukan. Masalahnya saya tidak punya tahu, macam mana.. tetapi kalau ada permintaan yang menggalakkan, saya pasti ini boleh berlaku.
Album 1 – Tajuk : Sentimen
1. Lagu : Aduhai Peperangan
Sajak : Dahrie
2. Lagu : Di palang ini
Sajak : Anbakri
3. Lagu : Kau pilihlah aku
Sajak : Airmas_sz
4. Lagu : Membenarkan kebodohan
Sajak : Abdullah Jones
5. Lagu : Mentol Seratus Wat
Sajak : Abdullah Jones
6. Lagu : Selamat Pagi Ghazy, Bisik Mesiu
Sajak : Lintang Sugianto
7. Lagu : Sentimen
Sajak : Airmas_sz
8. Lagu : Ainadillah
Sajak : Lintang Sugianto
9. Lagu : Back To The Rain
Sajak : George Manos
10. Lagu : Dia Rindu
Sajak : Abdullah Jones
Album 2 Tajuk : Bersama selamanya
1. Anak Kecil Dengan Pesawat
Sajak : Lintang Sugianto
2. Bersama Selamanya 1
Sajak : Airmas_sz
3. Bersama Selamanya 2
Sajak : Airmas_sz
4. Bersama Selamanya 3
Sajak : Airmas_sz
5. Cinta Klasik Heliconia
Sajak : Adinda
6. Pesona Malam
Sajak : Anbakri
7. Hanya Satu Nota Rindu
Sajak : Nuralana
8. Ini Kita,Bonda
Sajak : Hasimah
9. Insaf Dan Sedarlah
Sajak : Embun
10. Selamat Malam, Malam
Sajak : Drirwan
Album 3. Tajuk : Ruang Terluang
1. Kiranya Aku Dapat Mengirim Senyuman
Sajak : Airmas_sz
2. Ini Tanah Airku
Sajak : Airmas_sz
3. Ruang Terluang
Sajak : Abdullah Jones
4. Kesan Cinta
Sajak : Airmas_sz
5. Hitam Dan Kelabu
Sajak : Ramy
6. Sakit Yang Panjang
Sajak : Airmas_sz
7. Tsunami
Sajak : Airmas_sz
8. Gapura Salahuddin
Sajak : Nuralana
9. Kami Yang Tinggal
Sajak : Airmas_sz
10.Dua Keping Syiling Baru
Sajak : Airmas_sz
Album 4 (Versi Unplugged)
1. Aduhai Peperangan
Sajak : Dahrie
2. Hitam Dan Kelabu
Sajak : Ramy
3. Ini Tanah Airku
Sajak : Airmas_sz
4. Sakit Yang Panjang
Sajak : Airmas_sz
5. Doa
Sajak : Pak Didik
6. Kami Yang tinggal
Sajak : Airmas_sz
7. Sentimen
Sajak : Airmas_sz
8. Selamat Malam, Malam
Sajak : Drirwan
9. Orang Panas
Sajak : Abdullah Jones
10. Di palang ini
Sajak : Anbakri
11. Membenarkan Kebodohan
Sajak : Abdullah Jones
12 Kau pilihlah Aku
Sajak : Airmas_sz
13. Esastera 1
Sajak : Ilhami
14. Esastera 2
Sajak : Ilhami
Sekian Harap Maklum

9/30/2006
Drama Minggu ini :,
Ahmad : eh! eh! Ada kemalangan,
Idham : ha ah ya la, motor dengan kereta tu bertembung … kesian, mari kita pergi lebih dekat.
Ahmad : Cadangan awak tu munasabah , marilah kita bergandingan kesana.
Di tempat kejadian …
Mangsa 1 : wa bawak slow jer, ni mamat bawak metodis ben tak tau nak berenti,
Mangsa 2 : saya tak nampak awak sebab awak bawak motor kecil, bila saya sedar awak sudah ada sangat dekat, nasib baik saya sempat mengelak,
Mangsa 1 : Mengelak pun kena juga, ni tengok wa punya kaki, sudah cedera parah ni….waaaaa (menangis pilu)
Ahmad dan Idham pun sampai …
Ahmad : Encik berdua tak apa-apa? Saya nampak kemalangan tadi, nasib baik berselisih sahaja.
Mangsa 1 : selisih lu cakap…ni wa sudah masuk longkang, kaki wa cedera parah, tengok ..tu dekat longkang …kasut selipar wa masih ada di sana …aduihhhhh wa cedera parah ni….waaaaa (menangis pilu)
Idham : Mahu kami panggil Ambulan ker?
Mangsa 2: Awak sangat bijak, saya rasa awak memang orang yang terpelajar, kerana awak tau yang kami sangat perlu mendapat perkhidmatan dari doktor,
Idham : (membelai janggut dengan baggga) kalau macam tu saya akan telepon sekarang.
Beberapa minit kemudian .. ambulan datang
Ahmad : aik cepatnya? Dulu pak aku sakit jantung sampai meninggal Ambulan tak datang, bila aku check rupanya drebar ambulan pergi dating. Kini cepat pulak. Sungguh trajis.
Idham : Ahmad, ini semua adalah kerana adalah atas usaha pengswataan, sekarang ni apa pun boleh di swastakan, swasta ni bagus, sebab nanti perkhidmatan jadi lebih cekap. Tengok ni ambulan datang macam kereta tarik,
Ahmad : hehehehe .. tetapi kereta tarik tak payah telepon dah sampai …nampaknya masih perlu di perbaiki
Terdengar kekecohan mangsa satu mangsa dua dengan drebar ambulan …
Ahmad : Apa pulak tu .. dah cedera parah naik la ambulan tu.
Idham : mari kita siasat apa masaalah mereka …
Tiba-tiba ambulan bergerak .. meninggalkan mangsa dengan attendant hospital
Ahmad : Apahal ni encik ? mengapa kereta ambulan tu meninggalkan encik berdua?
Mangsa 1 : wa bangkrap la , poket ada dua hinggit jer.
Mangsa 2 : er .. beg saya ada credit card jer, tak ada wang tunai , check mereka tak mau terima.
Attandan : ini polisi hospital ..mengikut sistem sekarang ambulan sudah di swastakan kena bayar dulu ,.. saya kena tunggu mereka ni sebab saya tak swasta lagi …
Idham : oooo macam tu rupanya… habis macam mana nak ke hospital macam ni … tengok budak ni kepala lututnya dah membengkak
Mangsa 1 : apa nak buat bang ..kena naik bas intrakota la bang murah sikit. Dan sama laju dengan van ambulan. Malahan kadang-kadang sampai lebih dahulu dari ambulan..
Ahmad : jadi Encik Attandan kena naik bas intrakota la dengan pesakit ini?
Attandan : bergitulah nasib saya sejak akhir-akhir ni..ekonomi sangat menekan banyak orang tak ada duit ramai yang memilih naik bas untuk kehospital, kami terpaksalah ikut mereka ni.
Ahmad & Idham: (serentak) ooooooooo …..

9/11/2006
Iklan tidak berbayar
(cover album oleh sinaganaga.blogspot.com)
Artis: gitartong.blogspot.com
Tajuk: Balada minah memulas mesin masa
Lagu-lagu:
1. Balada minah memulas mesin masa
2. Menambat rakit
3. Bumi Sendiri
4. Membenarkan kebodohan
5. Tragedi satu pagi (unplugged)
6. FARAQSTIKA
7. Dibawah langit tanpa hujung (live)
8. Mahligai duka (live)
9. Inu
10. Tragedi satu pagi
Akhirnya! setelah hampir berputus urat kentut, album demo ini dapat juga di siapkan. menurut Gitartong, beliau akan ceritakan kelak derita ketika proses menerbitkannya bukan prosess menghasilkan kentut.
tetapi buat masa sekarang ini matanya nampak $$$$ jer di bawah ini disertakan proses membelinya kepada yang berminat. Haha! kalau ada yang berminat . Haha! kalau ada yang berminat . Haha! (cubaan meniru efek gema yang ada dalam album)
Harga online: RM 10.00+ RM5.00 (sampul pos ekspress)
Harga beli tangan: RM 10.00 (Gitartong menjual tangan dengan murah... mari mari mari ...)
Apa kejutan yang istimewa kepada pembeli online??
Ya, ada hadiah istimewa kepada pembeli-pembeli online. Mereka bukan sahaja mendapat CD album gitartong, malah menerima sebuah kaset RealXPDC live secara percuma! yang juga Gitartong dapat secara percuma. ma ma ma haha! (gema)
Langkah satu: Simpan nombor akaun maybank Gitartong ini: 151306667720. Masukkan jumlah wang yang sepatutnya sebagai pembeli online. jangan ambil nombor itu untuk tikam Magnum. tilt !!! haram
Langkah kedua: Hubungi Gitartong dan maklumkan yang anda telah memasukkan sejumlah wang kedalam akaunnya dengan cara meng'email' atau sms:0197885624 (panggilan profesional sahaja akan dilayan, kalau ada yang nak mengorat lupakan, ini artis yang tak berapa hensem)
Langkah ketiga: Pakai make-up tebal-tebal, tunggu posmen di depan rumah anda setiap hari (Gitartong akan memaklumkan kepada anda jika CD anda telah di pos), selagi CD tak sampai anda bebas mengorat abang posmen itu tadi...
Mudahnya!
8/20/2006
Kenangan
Isteriku,
Dari lubuk hati ini aku ingin mengucapkan betapa bahagia aku dengan kehadiran kamu sebagai teman , sahabat, dan kekasih untuk aku bergurau senda dan bermanja. Selamat ulang tahun ke 12,
Kau adalah tempat untuk aku luahkan rasa hati, pada hari-hari yang terkadang bias sering membuat aku hilang pertimbangan, namun seperti udara, kau sering di sisi, dalam segala suka dan duka, kau lalu mewarnakan hari-hariku menjadi seceria pelangi
Kau begitu bersahaja, membiarkan aku megambil rutin masamu yang terlalu, aku tahu kau sering sibuk dengan tuntuntan harian melayan telatah anak-anak, maafkan aku jika kadangkala aku juga terlalu berkira dengan rutin itu.
Dalam setiap gerakku, seringkali wajah budi kamu bermain-main dengan senyum manja dan jelingan matamu, aku bersyukur kerana Allah terlalu pemurah menemukan kau dengan kamu.
Isteriku, kekasih, teman sahabat yang paling akrab, dalam setiap mimpi dan cita-cita ku , terbit nama kamu.
Lagu lama , lagu lagu ini saya bikin zaman kasut capal nabi tengah laku, saya sangat ingin membelinya dulu tetapi ia hanya di jual di toko-toko terkemuka…
Bersama selamanya
Oleh Airmas sz
Bersemi kini cahaya mesra/Membangkitkan aku dari lena/Mimpi yang menjadi nyata/Panahan asmaraCinta bulan dan bintang/Menjadi saksi kejujuran /Bergandingan bersama/Penuh kemesraan /Bayangan diri mu /Membuat ku rindu /Dan cinta ku hanya untuk mu/Tenggelam di lautan percintaan ini/Mengharap pertemuan kau dan aku /Di dalam kelam malam kucari wajah mu/Di manakah sinaran kekasihku Cinta bersama, sinaran warna pelangi/Kita bersama , menyanyikan cinta ini/Cinta bersama , bersama selama-lamanya/
Airmas_sz
15 tahun dulu
* “Panahan asmara” versi asal “bisikan sanubari” semasa rakam lagu ini saya lupa lirik , isteri saya betulkan …
Bersama selamanya II
Oleh Airmas sz
Demi cinta setia /Kepadamu kuserah /Kutelan duka dan lara/cinta kejora/Biar apa terjadi /Terbelah langit dan bumi/Kugenggam api membara /Cinta kita/Bersama melangkah
Menuju wawasan/Tenggelam kita bersama /Aku relakan /Biar apa terjadi /Kurenang lautan api /Demi kita bersama /Cinta kita/Mari kita bersama /Nyanyikan lagu cinta kita abadi/Engkau dan aku sayang /Bersama selamanya/Kita kan bersanding /Di bawah langit biru jingga pelangi/engkau dan aku /Sayang /Bersama selamanya
Airmas_sz
15 tahun dulu
Bersama selamanya III
Oleh Airmas sz
Masihkah kau ingat desiran ombak /Di pantai dan pulau/Kala itu kita bergandingan/Seolah tiada dunia yang lain /Selain kita/Abadi cinta sejati /Keikhlasan /
Kita berdua selamanya/Kelam cerita lama pabila hadirmu/Membuang sejarah yang hitam , /hilang/Kau yang ku sayang /Dalam dunia hanya kau saja/Di mataku terlihat indah /Keabadian kita bersama /Kau dan aku /Mari kita bersama/Menyanyikan irama ini/Kita bersama menikmati /Dunia dengan irama cinta kita
Airmas_sz
15 tahun dulu
Lagu Bersama selamanya II ada dalam entry yang lepas .. saya letak balik sebab saya guna Bolt semula ... streamload tak oke

8/10/2006
Ulang tahun
ini lagu lebih 15 tahun dahulu, waktu tu sedang asyik bercinta , 20/8 hari sangat indah dalam hidup, selamat ulang tahun sahabat, kekasih, isteri.
Bolt lembab , sedang cuba pakai streamload, kalau oke pakai terus lah rasanya...
7/23/2006
Genderang perang
Sekarang ini perperangan semakin laku, perperangan makin menjadi ikutan, saya ingatkan perang sudah menjadi perkara primitif, tetapi pemimpin dunia yang ada sekarang sangat suka melangkah kebelakang dan tidak belajar dari kesilapan dahulu.
Perang sering melahirkan kematian yang banyak, dengan peratusan kematian yang tinggi keatas anak kecil , wanita dan orang tua. Kerana mereka yang tak berdaya tidak mungkin dapat mempertahankan diri dari serangan senjata zaman sekarang yang terlalu maju.
Lama dahulu, sewaktu perang Iraq baru suam kuku, saya baca di suratkhabar, Iraq dengan pemimpinnya yang sangat penuh dengan bangga diri, lagu di bawah saya bikin di zaman perang itu.
Sentimen
Benar yang salahkan benar/Salah yang benarkah salah/Dunia sentiasa berubah /Benar salah bertukar segala/Ada yang gembira pada yang berduka/Ada yang menangis dalam sangkar derita /Di kumpul kumpul segala berita/Yang mana yang benar yang mana yang salah/Di depan matamu berita terpancar /Kau terima kau tolak kau telan kau termuntah/Akhirnya engkau yang menentukan/Dimana pendirianmu/Sentimen /Satu didalam berjuta/Tiada yang sama sekata/Jikalau semuanya sama/Tiada kita sengketa/Hari ini dia gagah jadi raja/Entah esok lusa siapa yang menduga/Meminta-minta belas dan kasihan/Bila tentera jatuh di serang di tawan/Tersebar berita betapa jijiknya /Dia yang dahulu di puji dan di puja/Di hina-hina semahu-mahunya/Seolah maruah tiak pernah ada harga
Sajak: Airmas_sz Lagu: Airmas_sz Video : AbdullahJones

7/15/2006
di palang lagu ini
Ada satu sajak yang sangat menggeramkan saya, kerana sedaya yang ada saya cuba untuk menghasilkan lagu untuk sajak itu. Malangnya tidak berjaya.
Dan pada satu hari , ketika burung-burung berkicauan. .. hahahaha … saya dapat satu irama yang saya kira boleh untuk dikahwinkan dengan sajak itu. Tetapi dengan tidak di sangka-sangka keluar pula satu sajak yang tidak dapat saya tolak untuk di lagukan ..
Lalu saya tinggalkan sajak asal , sebab sajak yang terbaru ini lebih melambai-lambai..
Sajak yang saya maksudkan adalah sajak karya sdr Anbakri boleh jumpa dia di sini
http://www.e-komuniti.com/esasterawan/1.asp?uid=46
ini lagunya versi unplugged telah di videokan oleh AbdullahJones
dan ini lagunya setelah saya modifikasi untuk orang-orang muda yang tidak memperdulikan makna lagu tetapi tahu nak joli jer….selamat berjoli, kalau boleh fahamilah makna lirik setiap lagu yang kamu dengar. Sia-sia orang buat lagu kalau kamu tak ambil sedikit pun pengajaran dari lagu itu.
Di palang ini
Di kamar gelap/ Aku melukis/Di kamar gelap/Gambar isteri/Di kamar gelap/Gambar misteri/Di kamar gelap/Menyendiri/Di samar gelap /Ayah dan ibu/Di samar gelap/Anak di rindu/Di samar gelap/Kesudahanku/Di samar gelap/Tersendiri/ Chorus:Tolonglah bilang/Apa salahku/Apakah bukti kesalahanku/Tolong jelaskan/Apakah dosaku/Apakah erti menghukumku/Hakim yang tiada/Bukti yang di rekaApakah ini keadilan, oh Ilahi/Tuhanku/Kau tunjukkkanlah cahaya/Berikanlah sejalur harap padaku/Yang pasrah di haribaanMU/Di palang ini/Aku tersaksi/Tangisan anak & doa isteri/Di palang ini/Aku di rampas/Sebuah maruah dan harga diri/Di malam ini/Aku menolak /di malam ini /aku mengharap/Setiap ehsan dari kuasa/Yang Maha Besar/Maha Menyaksi
Anbakri 250506

6/30/2006
Anak kecil dengan pesawatnya ...
Terimalah lagu puisi dari penulis Indonesia - Lintang Sugianto - yang baru menjadi ahli di laman www.esastera.com (tempat yang paling selesa untuk saya berkarya) Beliau saya rasa merupakan penulis yang ada ada juga di Indonesia.
Saya sangat tertarik dengan tema dalam sajak yang di utarakan , pemilihan kata-kata yang sangat berbakat, penulis Indonesia biasanya tidak mengecewakan kalau menulis Sajak, penulis Malaysia juga apa kurangnya, tetapi kalau saya , terus angkat tangan dengan pemilihan bahasa yang mereka gunakan.
Anak kecil dengan pesawatnya ...
Selamat malam tuan…
Diluar, seorang anak kecil yang lupa asal-usulnya ingin berjumpa
Bolehkah ia masuk kedalam ruangan hatimu
Ia tak lagi bertanah air, tuan
Sebab kebun-kebun moral telah menjadi siasat
atas nama bencana-bencana yang bersusul-susulan.
Ia terus menatap langit, tuan
Dan jangan katakan kau sudah membalut lukanya
Sebab pesawat pertama yang terbuat
dari gelang-gelang emas leluhurnya itu,
selalu membuat perutnya semakin membusung mengandung murka
Ia terus merintih dan siap melahirkan ,tuan
Ia hanya ingin mawar putih kesukaan ibunya di serahkan
Karena kebun-kebun norma telah hangus sejak tuan duduk disini.
Sejak berlakunya jam malam bagi kota itu
Sejak senjata-senjata menggertak kota itu
Sejak ia tahu, ia lahir dari hasil pemerkosaan itu
Selamat malam tuan

Bangunlah…
Nyalakan lampu ruangan hatimu
Sebab rencong telah ditangannya
Karya/Lagu :Lintang Sugianto / Airmas

6/18/2006
Lagu baru
Setelah berhempas pulas .. saya dengan bangganya mempersembahkan diri saya sendiri dalam lagu baru ciptaan saya sendiri, dengan lirik dari Sajak nukilan Nuralana .. sebuah lagu puisi berentak balada ..GAPURA SALEHUDDIN AL-AYYUBI
Kau Persis gapura pada peradaban silam/Yang tidak jemu membikin swadaya beragam/ Di kala puing-puing minda masih mengatur kamus strategi/Kau pundak bibit-bibit sabil yang hakiki/Kau Tak lokek menyumbang rumpunan idea/Hingga jendela rusuh yang acapkali bercampera/Menjadi satu wilayah yang mantap berpadu/Di setiap batas-batas kantung berwaktu/Kau Sibuk merancing kuda harapan di medan tamtama Bersama atma yang kencang bergelora/Menanti rebahnya ego sang musuh/Di tanganmu, di tangan luhurmu yang hebat merusuh/Kau Pernah melunas janji umat/Bersama kau kuburkan zionisme khianat/Yang sentiasa menceroboh dinding ketakwaan/Hingga Baitul Muqaddis lenyap dari tawanan/ Kau Persis singa dalam perang salib/ Yang tidak jemu memelihara jutaan umat jutaan nasib/ Kau tetap terbilang bak seorang pahlawan/Walau di setiap jejak zaman nan berzaman
Nukilan abadi, Norsuriana Abd Razak ,Alexenderia,Egypt http://nuralana.blogspot.com
saya kira sajak ini sangat relevan sekarang ni , di kala umat islam semakin di tindas , dengan bermacam macam tomahan dari dalam dan luar , kita sebenarnya memerlukan salahuddin yang berjaya menyatukan umat islam ...

6/11/2006
Berjanggut
adoih ... lama betul rupanya tak update...
ok dah make-up site ni ..
ada sikit sikit nak kena fine tune ...
cari masa ...
ini azam tahun baru .
tahun baru? kalendar mana pulak ni?
kalender untuk tahun kewangan yang baru hehehehe ...
tahun kewangan tempat saya kerja bermula Julai ke Jun
boleh la ... asal start balik ..

Subscribe to:
Posts (Atom)