Facebook Badge

10/30/2006

Adoih!!!!!!!

“Sepanjang kita nikah tak pernah lagi nampak abang sakit macam ni”

Saya memang jarang sakit, kalau saya sakitpun kebanyakkan dari sakit saya adalah kerana saya malas dan mahu rehat dan saya ambil MC suka-suka, tetapi kali ini saya dapat sakit total.

Mulanya saya ingat saya sekadar demam biasa, tetapi bila malam menjelang saya menjadi sejuk yang amat sangat, berselimut 2-3 lapis namun saya masih lagi sejuk, saya hanya boleh mengereng mengerekot.

Segala sendi mula terasa sakit, bukan sengal, sakit, macam dititik rasanya, pinggang bagai di tumbuk, mulut terasa pahit, segala apa yang saya makan menjadi pahit, waktu awal sakit masih puasa, bila waktu berbuka, saya tidak mampu menjamah makanan.

Semua menjadi pahit sepahit-pahitnya, macam bakawali.

Saya sakit selama 7 hari, tambah dua hari pening power, sekarang ini tidak pening lagi tetapi masih terasa lemah seluruh angota ada ketika dalam sakit itu saya siap mengucap kerana saya berasa nyawa dah genting sangat.

Saya tak tahu apa sakit saya, menurut doktor, saya berkemungkinan terjena jangkitan virus. Saya syak saya kena denggi, tetapi syukur sekarang saya sudah sihat, namun hari raya ini tahun hancur, orang lain bergumbira saya pula berselubung. Mengerekot.

Namun syukur juga sebab masih boleh bernafas.

Saya ingat dulu nak buat entry tentang hari raya, tetapi oleh kerana kesihatan tak mengizinkan, itu semua menjadi kenangan belaka, maka dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf, kiranya ada tingkahlaku dan tutur kata saya tidak menyenangkan tuan-tuan semua.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.




PS : Album saya akan release pada 01/11/2006 ... saya akan umumkan perincian kepada sesiapa yang berminat harap beri sokongan.

2 comments:

esis said...

tahniah dah terbit album sendiri...

Ku Keng said...

Bro.,

Puasa memudahkan pengampunan, dan sakit pula pembakar dosa. Alangkah bertuahnya sekira sakit itu diredhai.

Semoga dianugerahi pengampunan dari Illahi.