Facebook Badge

11/29/2006

Perang yang pelik

dulu kan ada satu perang , orang yang nak berperang tu kata negeri paksi kejahatan tu ada senjata merbahaya yang kononnya boleh menghancurkan dunia.

Tapikan lepas dia serang habis-habisan, di geledah negara itu, tak jumpa pulak senjata tu .. malulah macam tu.

mereka kononnya memerangi keganasan, tapi tak nampak pula keganasan kat tempat tu, mereka nak perang macam mana? main suka suka sajakah perang ni, orang mati ramai-ramai tu hiburankah?, lepas tu kan masa mereka serang tu, kita pun heran, sampai sekarang ni heran tak hilang, sebab katanya memerangi keganasan, tetapi yang nampak ganas mereka sendiri, kan susah nak jawab macam tu,

sekarang ni saya baca suratkhabar ada ura-ura nak tukar perang kat negara tu bukan memerangi keganasan, tetapi perang saudara, hahahaha lawak betul la, saikologi betul, sebabnya mereka yang berperang tu, bila masa pulak jadi saudara negara yang di serang tu. kalau dah bukan bersaudara macam mana pulak boleh perang saudara.

ini menipu pakai kepala lutut namanya. kalau perang saudara maknanya mereka ni tak bertanggungjawablah, itu negara itu punya pasal, bukan masalah mereka lagi, padahalnya kalau mereka tak datang, tak ada perang, tetapi lepas mereka datang mereka tinggalkan perang.

1 comment:

blackpurple said...

Isk...berperang dengan kejahatan diri sendiri pun belum tentu boleh menang...