Facebook Badge

9/22/2009

Mala



Mala

Ketika kau tidur, aku mencari mimpi
Gentanyang di langit warnanya pelangi
Lalu aku segera sibuk merintih
Mahu ku padukan menjadi cinta

Ada waktunya kita berjauhan
Namun tetap engkau dekat di hatiku
Biar malam gelap biar terus senyap
Kalimah cintamu tetap bergetar

Mala, mala
Kau matahati kau bulan rindu
Mala, mala
Walau terbenam hari kau masih bersinar

Kau masih di situ menungguku
Walau penantian itu penuh ragu
Kau terus cemburu kepadaku
Walau sekian lamanya aku kau tawan

Sayangku menggunung tak pernah jatuh
Tidak aku endahkan hingga langit runtuh
Pernah kau di duga dengan sesungguh
Tidak kau peduli kau masih utuh

Mala, mala
Kau siang terang , kau malam syahdu
Mala, mala
Kau wanita ku, kau masih gadis itu

airmas
21092009
SSU

No comments: