Facebook Badge

9/14/2009

Aku hanya ada seekor lembu

Ikutkan hati saya nak JawoPinter nyanyi lagu ni sebab saya mahu nyanyinya macam wak jawa, tapi tak ada kontek, jadi saya cuba buat ISA jer hahaha "ikut suka aku"...saya 25% jawa jadi kalau ada 25% bunyi macam jawa kira ok la tu..:)



Aku hanya ada seekor lembu

Ikutkan hati
ingin saja kusembelih lembu itu
lalu kupijak-pijak kepalanya
demi sebuah kebodohan
biar seluruh petala tahu
bodoh lembu bodoh lagi aku.

Ikutkan hati
ingin saja kusembelih lembu itu
lalu kupijak-pijak kepalanya
demi sebuah kebencian
biar seluruh petala tahu
bebalnya aku memusuhi
membenci lembu.

Ikutkan hati
ingin saja kusembelih lembu itu
lalu kupijak-pijak kepalanya
demi sebuah keegoan
biar seluruh petala tahu
aku lebih hebat dari lembu.

Ah, apakan daya
lembuku yang seekor itu hilang
rupanya telah dipenggal kepala
dibawa mengarak bodoh, benci dan ego
video itu buktinya
kukenal memang lembuku
kan kubawa ke pengadilan, Mahsyar!

- mudin001 -
13 September 2009/23 Ramadhan 1430
Puncak Jalil.

2 comments:

aku said...

waduh pak...
kesian amat sih sama itu lembu..

mudin001 said...

Haha, terima kasih banyak Pak Airmas kerana sudi menyanyikan sajak saya yang tak seberapa.

Sudi-sudikan juga menjenguk saya di http://mudin001.com

p/s: Saya ada contact Wak Jowopinter kalau mahu, tapi rasanya nyanyian Wak Airmas pun dah cukup jawanya. :D