Hari ini ada Demo khabarnya ramai yang dah kena tangkap, menurut Berita Harian polis kata nak masukkan penganjur dan sesiapa yang menyertai demo ke ISA , yang anti ISA tu mungkin dah ramai kena tangkap dan mungking masuk ISA, tapi yang Pro-ISA tu pulak kena tangkap lepas tu masuk ISA tak kesian ker?
Malam ni mari berhibur dengan lagu puisi di Dataran Shah Alam, saya selitkan lagu baru di sini dari puisi A Samad Said.. enjoy
Bumi Sendiri
kita perlu turun dari menara
Melepaskan capal
Berjalan Kaki
Merasakan keresahan nafas bumi
Kita sekarang sedang didesak di tengah dendam gelegak,
Sedang disiku dari seluruh pelusuk penjuru
Sedang dihina kerana terlalu lama sengaja mengalah
Kita sedang genting dan sedang gering
Kita perlu marah sejujur hati
Untuk bermaruah dibumi sendiri
Kali ini jika kita menyanyi
biarlah lagu yang paling hakiki
Jika kita bersuara
biarlah jujur rasa
Biarlah ketika didengar anak cucu
Mereka akan bangga
Datuk neneknya, lelaki yang berani
Mereka akan merasa bermaruah ditengah buminya sendiri
Kita perlu bangun sekali ini
Bangun pertahan hak yang hakiki
Karya A Samad Said
5 comments:
aku syok dgr lagu yg bro cipta masa perang teluk tu. tapi aku lupa tajuk..
Tajuk lagu : Sentimen ... dari cd pertama, tapi koleksi CD tu dah tak ada lagi ..:)
takpe la.dah takde rezeki nk wat camane.
aku dah beli yg lain mlm tu kat lu bro..
oh, nanti aku upload lagu terakhir malam tu. errr, apa tajuknya ya?
Jebat ..lagu akhir "ISA" lagu meor nyanyi ramai ramai, lagu akhir yang aku nyanyi "2 keping syiling baru"
Post a Comment