kalau ada yang mahu mentafsir sajak di bawah silakan dengan hati terbuka ... saya tak berapa faham apa yang di cakap dek Zuraima ni(ehehe buat-buat tak faham), pada saya semua tu tak payah fikir mendalam, ada alam adalah tuhan.
siri bercakap dengan Tuhan: bukan itu
Berhujan darah dalam kejaran
kehausan bergelut dengan
panahan bahang mentari marah
fatamorgana setia berkirm salam penuh sinis
adalah api dalam sekam di gelombang kebutaan hati
yang matanya digilis pepasir jahiliyyah
Akal terlulu hawa di gurun berangin hangat
Sabar tenggelam di lautan kerikil duga
Bukan, bukan itu
Nyawa ini nanti terjentik
di hujung denai sejengkal --
hanya hama dan cakerawala
di mizan dunia dan akhirat
zuraima
setapak
12-27mei2009
lakaran: gigi laut oleh zuraima, 30mei2009.
No comments:
Post a Comment