Facebook Badge

6/27/2009

Malam Pentas Kita Karya kita

Kalau tidak kerana Malam Pentas Kita Karya kita, tak tahu entah bila saya akan dapat tengok menara jam condong di Teluk Intan, saya yang selama ini tidak pernah menjejak kaki , terus membalas dendam akibat ketinggalan menyertai rombongan sekolah darjah empat dahulu.

Kamu pernah rasa apa itu kehilangan besar kerugian besar, kamu patut tahu perasaan itu bila kamu tidak datang keSungai sumun. Jebatsari yang menalipon saya pagi esoknya mengadu betapa ruginya. Siap bertanya bila ada lagi acara seperti ini

Malam itu acaranya santai, di mulai dengan ketukan drum dari pemain lantera –jiwa , saya dengar ada suara yang kata “last last” hampir 7 kali tapi mereka masih tak dapat tingkah penutup, tak jumpa penamat.

Sayang saya tak bawa CD malam tu, CD Meor dan Nik laku macam goreng pisang khabarnya, ada yang beli sampai 7 keping, untuk jiran-jiran agaknya

Buat pertamakalinya saya dengar Nik yang tak pernah saya kenal sebelum ini membuat persembahan, Nik kelihatan sepeti orang yang sangat sukar untuk mengendong gitar dan sangat risau dengan persembahannya

“ada jack plug?” Nik Tanya saya

“tak ada “ kata saya serentak mukanya pucat …

Bila Nik turun pentas dia seperti menang loteri, sambutan orang kampong Sungai Sumun sungguh menggalakkan

"Nik naik pentas suaranya macam Iwan falls" kata mem Abdullah Jones, jelas sekali Nik berjaya main gitar tanpa jackplug.

Meor dengan lagu rakyatnya juga mendapat sambutan hebat, selain Pyanhabib, Meor bintang malam itu, tidak dapat dinafikan bila anak kecil pun menyanyi kecil mengikut lirik lagunya

Anak lapan baca sajak, Hariry dan KulupSakah membuat sketsa , saya rasa mereka tahu apa itu persembahan yang sebenarnya, mereka mengunakan sepenuhnya.ruang pentas, Microphone telah di dera oleh mereka. Mungkin kerana itu apabila Abdullah jones naik pentas microphone terus pensan.

Persembahan Pyanhabib tentulah yang di tunggu-tunggu oleh penduduk Sungai Sumun, mereka sangat teruja, Pyan pun saya rasa teruja, sebab lepas persembahan teh tarik jadi sangat sedap, jones bagi satu saya bagi satu tak cukup lagi teh yang sedap itu.

Persembahan musikal rasanya tentu tak lengkap kalau tak ada saya, orang lain hebat saya sangat gempak, saya tahu sebab persembahan live saya memang selalunya lebih baik dari rakaman. Itu kata mereka yang sebelumnya mendengar lagu dari blog ini, "keterlaluan" kata mereka, banyak bunyi tiruan dari midi/komputer. Mungkin lain kali saya akan rakam live.

Jones merayu-rayu minta saya naik pentas lagi, dan untuk tidak menghampakan saya naik pentas sekali lagi, saya tahu sekali lagi khalayak terpegun mendengar saya. Mungkin ada yang tak mahu hari menjadi siang. Mat saman kati yang menjadi juruacara malam itu dapat mengesan ketepegunan penonton kepada saya malam itu.

Satu yang sangat menarik Mat Saman Kati juga sangat santai pakai selipar jepun jer.

Terima kasih kepada Pak karamu , Meor yang tak main gitar ,Adha, kamu semua hebat , kepada nama-nama yang tidak di sebut kamu juga hebat. Kerana malam itu sangat berjaya tanpa kamu tentu malam itu menjadi sebaliknhya

Merakyatkan seni menjadi nyata malam itu.

1 comment:

jebatsari said...

hahahahahaa...

(aku tengah pk nape aku ketawa ni, kekekee)