Facebook Badge

6/01/2009

गजः लवन gajah

Dua gajah bergaduh pelanduk mati tengah-tengah, bila saya baca di Malaysiakini, saya jadi sangat risau dengan orang Terengganu, apa yang telah sebenarnya berlaku, stadium yang baru setahun tu boleh roboh, stadium yang boleh muat 50,000 orang menyembah bumi selepas setahun dibina.

Dalam masa setahun itu agaknya orang Terengganu yang pernah gunakan stadium tu kena kenduri tolak bala, mintak nyawa beb , sebabnya dalam masa beberapa jam sahaja trengganu boleh kurang 50,000 orang , adoi orang melayu belaka tu.

Rasanya selepas ini stadium gong badak kena tukar ke stadium pekak badak, sebab menurut juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut, mereka sudahh lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing. Tetapi takdak orang dengar. Kena kibas duit baru nak dengar kut.

Bang kalau berebut kuasa tu janganlah sampai orang ramai teraniaya. Kalau kat Perak ni saya faham lah juga yang berebut ni parti lain lain, tetapi kat Terengganu ni partinya mak ayah tu juga. Adik beradik pun nak gaduh. tak masyuk punya pasal la tu .

1 comment:

mamai said...

nie bukan pasal gajah sama gajah bergaduh tapi itu gajah sudah makan komisyen banyak pasal itu stadium ada roboh...