Facebook Badge

5/23/2009

सोर्गा दी हुजुंग गलोरा






SEBUAH SORGA DI HUJUNG GELORA

Lalu hendak bagaimana lagi harus aku berdiri
kala mereka meragut maruahku di lantai itu satu demi satu persalinan bertukar
terbang segala senyum tawaku
mereka hirup darah ku puas
lalu berdekah ketawa.

Seluruh nyawaku masih dalam sangkar keliru
aku yang sudah terbiasa memamah nista
tidak jangal menyarung daki pekat melekat
aku merangkak lari dari neraka ke neraka
menyusur denai dan duri hingga aku berjumpa kamu.

Aku berjumpa firdaus
tahulah aku ada lagi sinar di balik suram hidupku.

Kepada penyalak dosa yang terlalu berkira
ini lautan penuh pataka dengan gelora seluas mata
adalah dengan terpaksa ku kerahkan semangat
hari ini, tiada siapa lebih bersemangat
menghadap maut dari aku yang terlebih dahulu mati
aku mahu hidup menentang matamu.

Airmas_sz
050606 2252, SSU.


Sajak di atas adalah sebahagian dari sajak yang terpilih masuk ke Antologi "Setelur Adam" yang di selengarakan oleh Hasimah Harun, ada empat pengkarya yang menyumbangkan sajak ia itu Karya : Airmas_SZ , As Syramy , Dahrie , Tintasukma , penerbitnya pula www.esastera.com. kepada sesiapa yang teruja untuk mendapatkan antologi tersebut sila ke www.esastera.com geledah dan beli

No comments: