Kalau kamu tahu satu rahsia yang sangat besar dan kamu, ya kamu di amanahkan untuk menyimpan rahsia itu atas alasan untuk keselamatan umum, apa agaknya yang akan kamu lakukan? apakah kamu akan simpan kemas-kemas macam barang kemas kamu yang sudah berapa tahun kamu simpan di kedai pajak gadai yang ada satu lobang kecil untuk kamu masukkan barang kemas kamu dan kamu terima semula balasannya yang berupa wang, ya wang yang akhirnya akan kamu laburkan untuk membeli nombor ekor? opps itu bukan kamu, itu kawan gelap saya.
Pernah kamu dengar berita di suratkhabar yang sangat rahsia hinggakan kamu tertanya-tanya sama ada mahu terus membaca atau mahu kamu berikan sahaja surat khabar kepada sahabat kamu yang berketurunan tiongwa err cina la, untuk mereka gunakan di tandas ketika mereka kekurangan kertas tisu mencalat
atau mungkin kamu yang sedang berusaha untuk merahsiakan berita yang kamu usahakan untuk menjadi satu batu loncatan agar kamu tergolong dalam kumpulan yang sangat hip iaitu kumpulan tak takut masuk neraka, dan tanduk merah yang kamu pakai di malam tahun baru itu adalah fesyen yang sangat dahsyat kewlnya dan happening sekali
malah mungkin kamu yang sedang membaca ini adalah pembawa berita yang tidak ada hujung pangkal tetapi secara sengaja kamu meleret-leretkan tulisan kamu untuk memenuhi ruang yang di bajetkan untuk kamu menulis
Dengar anak-anak ku , ada banyak perkara bengong yang terjadi di dunia ini dan kamu yang menulis tentang sipolan-sipolan tetapi tidak ada telor untuk mendedahkan siapa di mana dan mengapa berita cerita itu menjadi berita cari makan dan rahsia berterusan menjadi rahsia, Adalah kamu penulis yang menunjukkan kepondanan kamu, kalau kamu pompuan ... memang kamu tak tahu menghargai sifat semulajadi kamu
No comments:
Post a Comment