Facebook Badge

1/02/2009

कुंग कुंग कुंग

Dulu semasa saya sangat rock, konsert battle of the band sangat mengujakan, kami adalah orang yang menjerit sampai urat tengkok tebal setengah inci, kalau nak tahu kamilah orangnya yang mencetuskan jenama rock kangkang.

kisahnya pada satu konsert search, masa tu man kidal yang goreng dia masuk Search sekejap, man kidal dulu dulu bila goreng tegak macam kayu bukan terkangkang seperti biasanya seorang rockers, stage masa tu memang paras leher, penonton yang tengok semuanya nampak tangan tergapai jer.

Nak jadi cerita kawan saya (nama di rahsiakan) gatal tangan di ikatnya tali kasut man kidal kiri ke kanan semasa man kidal tengah goreng. apa lagi masa nak melangkah tergolek la man kidal, kami semua lari terus.

Man kidal tak pernah kami lihat main gitar macam kayu selepas itu ,terkangkang jer, tu la sebab naik nama Rock Kangkang, band yang lain pun bila tengok man kidal terkangkang mereka pun agaknya merasa sangat rock mengangkang ni. kami punya pedajal la tu. jahat nya nak mampos. tetapi rock kangkang jenama yang tak berapa kuat sekejap jer, ntah apalah ceritanya menjadi rockkapak pulak


Jom kita tengok sambutang tahun baru
kat mana
kat Kuang
ada artis Rock kapak
bukan rock kangkang ker ...
itu dulu beb
rock yang mana? Search? lefthanded? may?
Tak kumpulan baru
oooooo ada album?
Tak
ceh aku pun ada
Ko buat sendiri mana aci

kami pun naik kereta menuju ke Kuang, kami sampai lambat lima enam minit dari dua belas malam, dekat sangat dengan countdown, , selepas bunga api di lepaskan di sambut pula dengan lagu search - isi dan kulit. penganjurnya pemuda amno kampung kuang. Tak nampak pun gadis yang bertanduk, tempat lain kut

1 comment:

guru besar haneem kaydeen said...

hah! at last jumpa blog airmas! hehee..rock smpai tuaaa