Facebook Badge

1/28/2009

हीरो केपाला होतक

Hello beb jangan buat penjenayah jadi hero, masalahnya siapa hero siapa penjenayah.... keliru betul

1/23/2009

बाबी दान लिम्बू

"Kong Hee Fatt Choy", dulu-dulu orang cina akan cakap macam ni,tetapi sekarang dah tak ada lagi semua sudah jadi "gong xi fa cai", yang kong tu dari cina kantonese yang kedua dari mandarin, tukarlah nama macam mana pun mereka tetap dapat angpau

yup cina pun ada banyak suku pecahannya, ada kadang-kadangnya kalau kamu nampak mereka bercakap dalam bahasa melayu atau selalunya english adalah salah satu sebabnya mereka sendiri tidak berapa fasih dalam loghat yang di lawan cakap, tambah-tambah kalau hokien dengan kantonese

Satu yang bagusnya mereka tetap merasa yang di lawan cakap itu orang cina juga, bagi orang cina, kalau tau cakap cina dalam loghat apapun itu orang cina, kalau tak makan babi tak apa tetapi juga cina

Orang orang melayu ni pelik banyak, kalau ada loghat lain sikit jer, dah tak nak geng, asyik nak berparak jer, haprak betul, mungkin terlalu sebati dengan pecah dan perintah tu yang jadi kuli sepanjang masa.

oh, cina sebenarnya tak rasa apa-apa kalau kita kata dia babi, sebab babi pada dia tu comel, ada diantara mereka yang memang ada iras-iras... comel kata mereka, tak percaya pergi tengok cerita "Journey to the west", ada orangbabi (babiman) buncit nak mampus pusat pun berpintal, hidung dah tentu jenis yang langar tembok, dan tidak syak lagi, itu kiut kata amoi pejabat aku. buduh kata aku

orang melayu sangat pantang tuk nenek kalau di panggil babi, tapi kalau di panggil monyet atau lembu mereka ok sikit,babi ni sangat najis, nak menyebutnya pun tak tergamak, mungkin itu sebabnya, dulu babi di tukar nama kepada khinzir, tukar macam mana pun tetap tak laku, babi juga sedap di sebut. babi betul

sampai sekarang ini saya tak pernah dengar caci maki "Khinzir punya orang" melainkan babi juga di sebut orang

Sebenarnya walau apa hal yang kamu resahkan dalam hidup kamu tak ada baiknya kalau membinatangkan orang, walau perangai orang tu macam binatang

1/21/2009

केपाला कोक

saya tak dapat menahan ketawa bila cikgu yang namanya saya tak ingat tersenyum kepada kami, waktu itu kami baru lepas ponteng kelas main combat-combat, kat tepi sekolah

setelah menang, kami pergi ke masjid , jarak sekolah dengan masjid sepelaung, kami memang budak-budak yang dalam kategori jahat nak mampus. mak suruh belajar kami masuk hutan, konon nak jadi askar, masa kami ingat kalau nak jadi askar tak payah sekolah.

kami sampai masjid orang semua tak datang lagi jadi kami mandi-mandi kat masjid, bila orang datang kami dah kat depan , ada yang duduk tempat imam, apa lagi bila tuk siak sampai, kami kena halau mentah-mentah, sebab kami tak sunat lagi katanya, saya tersenyum sebab saya sudah.

walau saya di benarkan duduk di saf depan , saya lari kebelakang juga sebab kawan-kawan saya semua kebelakang, kami satu geng tak boleh pisah-pisah, lagi pun masa t cikgu pun baru sampai.

bila kami nampak cikgu, terus kami berebut-rebut nak bersalam, bila sampai turn saya, saya jadi tercegat, cikgu memang manis senyumnya, tapi saya geli masatu taik idungnya tergantung, nak tegur tak tergamak, nak bersalam pun rasa cuak...

esoknya ada perhimpunan, sebab ada orang komplen kami mandi kolam masjid, ini mesti tuk siak tu yang komplen, mati-mati kami tak mengaku, tapi cikgu tak percaya, kena rotan juga. aduh

1/16/2009

Gaza



Kalau itu bukan lagi hinaan yag amat dahsyat, apakay sebenarnya yang seang kita hadapi, apa perlunya mencari marah dengan cara yang amat tak ada telur, kalau nak gaduh apa hal pulak letak kepada babi macam tu,

agaknya mereka yang buat benda ni memang tak ada telur, kalau nak protes pun buatlah cara jantan, berdepanlah dengan masaalah, kalau dok buat hal nyorok nyorok ni memang ada masalah kemaluan.

kalau orang yang bertanggungjawab dengan kepala babi di di bawa kehadapan, saya percaya dia tidak akan ada berhenti-henti menyumpah perbuatannya, waktu itu dia bukan sahaja dia akan menanti ajal, tetapi menyesali kelahirannya.




cerita lain yang berkaitan


Pagi itu seluruh kampng terbakar,ibu yang sering bising bising sudah terbaring berpelukan dengan anak-anak yang malas bangun pagi tidak lagi merintih, mereka sudah pergi

Negara yang mengaku sebagai pelindung, telah tuli, mulut mereka terkancing, mereka seperti anjing yang di lempar batu, lari menjerit-jerit, walhal pada asalnya anjing itu yang menyalak nyaring

Gaza, lenakah tidur malam ku kalau dengan gugurnya hujan meletup
Gaza, jangan sekali-kali biarkan kamu di redah,
Gaza, aku menanti bangkitmu

1/15/2009

प्तुइह प्तुइह ptuih

Silence so loud


Come along a girl with the smile of rose
She laughs at death by a mere crawl
She runs around free to her playground

This playground now filled with bones
Scattered bones of her friend
Her younger sister
Die with eyes open wide

She is alone
As tears drift through her heart
She cries nobody’s own
Looking at a her house demolished
Nobody home

070109 2313
SSU

1/05/2009

सरिता न्गोंग

Kalau kamu tahu satu rahsia yang sangat besar dan kamu, ya kamu di amanahkan untuk menyimpan rahsia itu atas alasan untuk keselamatan umum, apa agaknya yang akan kamu lakukan? apakah kamu akan simpan kemas-kemas macam barang kemas kamu yang sudah berapa tahun kamu simpan di kedai pajak gadai yang ada satu lobang kecil untuk kamu masukkan barang kemas kamu dan kamu terima semula balasannya yang berupa wang, ya wang yang akhirnya akan kamu laburkan untuk membeli nombor ekor? opps itu bukan kamu, itu kawan gelap saya.

Pernah kamu dengar berita di suratkhabar yang sangat rahsia hinggakan kamu tertanya-tanya sama ada mahu terus membaca atau mahu kamu berikan sahaja surat khabar kepada sahabat kamu yang berketurunan tiongwa err cina la, untuk mereka gunakan di tandas ketika mereka kekurangan kertas tisu mencalat

atau mungkin kamu yang sedang berusaha untuk merahsiakan berita yang kamu usahakan untuk menjadi satu batu loncatan agar kamu tergolong dalam kumpulan yang sangat hip iaitu kumpulan tak takut masuk neraka, dan tanduk merah yang kamu pakai di malam tahun baru itu adalah fesyen yang sangat dahsyat kewlnya dan happening sekali

malah mungkin kamu yang sedang membaca ini adalah pembawa berita yang tidak ada hujung pangkal tetapi secara sengaja kamu meleret-leretkan tulisan kamu untuk memenuhi ruang yang di bajetkan untuk kamu menulis

Dengar anak-anak ku , ada banyak perkara bengong yang terjadi di dunia ini dan kamu yang menulis tentang sipolan-sipolan tetapi tidak ada telor untuk mendedahkan siapa di mana dan mengapa berita cerita itu menjadi berita cari makan dan rahsia berterusan menjadi rahsia, Adalah kamu penulis yang menunjukkan kepondanan kamu, kalau kamu pompuan ... memang kamu tak tahu menghargai sifat semulajadi kamu

1/02/2009

कुंग कुंग कुंग

Dulu semasa saya sangat rock, konsert battle of the band sangat mengujakan, kami adalah orang yang menjerit sampai urat tengkok tebal setengah inci, kalau nak tahu kamilah orangnya yang mencetuskan jenama rock kangkang.

kisahnya pada satu konsert search, masa tu man kidal yang goreng dia masuk Search sekejap, man kidal dulu dulu bila goreng tegak macam kayu bukan terkangkang seperti biasanya seorang rockers, stage masa tu memang paras leher, penonton yang tengok semuanya nampak tangan tergapai jer.

Nak jadi cerita kawan saya (nama di rahsiakan) gatal tangan di ikatnya tali kasut man kidal kiri ke kanan semasa man kidal tengah goreng. apa lagi masa nak melangkah tergolek la man kidal, kami semua lari terus.

Man kidal tak pernah kami lihat main gitar macam kayu selepas itu ,terkangkang jer, tu la sebab naik nama Rock Kangkang, band yang lain pun bila tengok man kidal terkangkang mereka pun agaknya merasa sangat rock mengangkang ni. kami punya pedajal la tu. jahat nya nak mampos. tetapi rock kangkang jenama yang tak berapa kuat sekejap jer, ntah apalah ceritanya menjadi rockkapak pulak


Jom kita tengok sambutang tahun baru
kat mana
kat Kuang
ada artis Rock kapak
bukan rock kangkang ker ...
itu dulu beb
rock yang mana? Search? lefthanded? may?
Tak kumpulan baru
oooooo ada album?
Tak
ceh aku pun ada
Ko buat sendiri mana aci

kami pun naik kereta menuju ke Kuang, kami sampai lambat lima enam minit dari dua belas malam, dekat sangat dengan countdown, , selepas bunga api di lepaskan di sambut pula dengan lagu search - isi dan kulit. penganjurnya pemuda amno kampung kuang. Tak nampak pun gadis yang bertanduk, tempat lain kut