Kasih Sayang
Saya tidak pernah menyambut Valentine Day atau yang di melayukan menjadi Hari kasih sayang, saya tidak menyambutnya bukan kerana tak ada cinta dalam dada, malah terlalu bugar cinta itu hinggakan saya tak perlu satu hari sekadar untuk menyatakan rasa cinta.
Cinta itu makanan jiwa, setiap saat setiap detik setiap jam setiap hari 247 365 aduh sentiasa, saya merasa adanya cinta. Saya tak perlukan satu hari untuk cinta dan di hari lainnya saya tinggalkan sahaja.
Saya juga tidak perlu dunia tahu betapa saya bercinta. Tetapi kalau dunia mahu tahu, memang, saya sedang hangat bercinta dan dia sentiasa ada di sudut yang paling sunyi.
--------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment