Dulu lama dulu , masa tu dinasor masih berkerliaran, eh tak tak sudah tak ada, tetapi masa itu saya hanya tahu rakam akustik, sekarang sudah ada kumpulan Mentol180watt,
kami main lagu yang kami suka, dan kadang-kadang lagu kami guna sajak kawan-kawan, walau sajak tu tak masuk akal tetapi demi kawan-kawan kami buat juga
Dulu tidak banyak kilang, pelung pekerjaan pula sangat terhad, paling bagus jadi mandur, kalau tidak bekerja di ladang,
Tidak seperti sekarang, kilang bercambah biak sampai tak cukup pekerja, malah perkerja asing lebih ramai dari pekerja tempatan,
Ada di antara perkerja asing ini turut membantu perjuangan parti politik pemerintah dengan menyertai demo baju merah antaranya
Hehehe. Dah dah
Teringat saya pada Pyan, bukan Pyanhabib, ini Pyan yang lain, Pyan ini lagi karat dari pyanhabib, Pyanhabib tak dapat mendengar tapi Pyan ini tak dapat mendengar nasihat, buas macam setan
Nama ibunya Minah, bapanya orang panggil Mat Enjin, entah sampai sekarang saya tertanya-tanya macam mana boleh dapat nama Enjin
Jadi orang panggil Pyan?... Pyan Mat Enjin tetapi herannya mak dia pun di gelar Minah Mat Enjin, nama Mat Enjin dah jadi macam surname
Pyan tak sekolah, Mat Enjin hantar sekolah dia pergi lastik burung, sampai bosan orang tua tu, Minah Mat Enjin pun tak tau nak kata apa
Reputasi nama Pyan memang hebat, anak dara tak keluar rumah takut kena raba, bila di tanya kenapa suka meraba? tak takut ke kena belasah mak bapak orang ramai ramai?
Jawab Pyan mudah,”aku tak pernah dapat meraba, tiap kali aku lalu budak perempuan masuk rumah, aku raba kote aku jer”
Tapi sebenarnya orang di estat tak berani nak belasah Pyan, sebab Pyan ni memang hati kering, kalau kena belasah hari ini esok rumah orang yang belasah tu akan porak poranda, tengok perut Mat Enjin yang boncit tu pun mereka dah kecut
Kena tangkap polis banyak kali tapi Pyan tak pernah mahu tobat
Saya dengan Pyan jarak 3-4 tahun, Pyan lebih tua jadi kami semua mengikut jer dia bila main-main gelang getah, guli tiktak , gasing, daun terup tepuk, Pyan tidak kurang hebat, walau badannya kecil dia handal,
kami semua tak berapa suka main dengan Pyan, tapi kerana takut kena ikat kat pokok pisang, kami buat diam jer, Pyan suka main tipu, kami budak budak tapi kami tau kalau kena tipu
Main gelang getah dia bawak getah sekerap, main guli dia bawak bola besi, main daun terup bergambar dia bawak daun terup poker, memang boleh darah tinggi main dengan Pyan
Pernah satu Ramadhan, Pyan ponteng puasa, Pyan tangkap ayam, tetapi masa sembelih tak tahu macam mana, saya alah tengok darah, tak campur, saya dengar Pyan sembelih ayam tu tiga kali
Patutlah liat daging ayam ni, sampai tiga kali sembelih pun tak mati-mati, ayam salai liat itu merupakan makanan ponteng puasa … saya tak campur saya baik
Dari kecil sampai sekarang dia tak berubah, bila kami ke Surau, Pyan pakai telekong Maknya duduk belakang pokok kekabu
Dia kejar kami, tapi dia silap sebab kami ramai, dan kami tahu itu Pyan, hanya Pyan yang suka menyakat pakai telekong lima hari bertutut-turut,
kami kejar dia ,dia terkejut dan lari jatuh di lereng bukit, itu bleh dibuktikan dengan parut di pipi Pyan
Dengarnya masa menikah, pyan kena gelak, orang suruh mengucap dia baca bismillah
Setelah belajar dan bekerja, saya tidak pernah jumpa Pyan Mat Enjin,
cuma baru-baru ini saya berjumpa dengan kawan lama, katanya Pyan dah ramai anak, “Syukur” kata saya , tak derlah mereban teben lagi
Lagi menurut kawan saya ni, Pyan tak tau sembahyang sampai tua,hanya sekarang Pyan sembahyang sebab anaknya yang di hantar ke sekolah agama mengajarnya, kalau bapak tak sembahyang kami pun taknak