Kampung saya adalah kampung yang paling makmur dalam dunia, walaupun ada dua surau yang berjauh-jauhan, kampung saya tak ada kedai kopi,natijahnya orang kampung saya tidak tahu nak mengumpat, kalau ada pun kedai runcit yang paling kecil dalam dunia , yang jual kopi ,gula ,cabai jer
Kalau orang kampung saya nak minum kopi, kalau tidak minum dengan anak beranak sambil melihat bendang, tersangat-sangatlah mereka berbondong ke rumah ketua kampung ataupun ke rumah JKKKKKK (Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung Kaki Kelentong) tak tahulah saya berapa banyak punya "K" yang boleh di tambah, untuk pengetahuan imiginasi saya sangat tinggi saya boleh tambah lagi "K" itu. Kote Keras antaranya, .
Orang kampung saya kaki sembang tetapi kerana kampung saya tak ada kedai kopi,mereka suka bersembang di surau sebelum masuk waktu , oleh kerana Malaya ini makanan utama hamba rakyat adalah adalah politik, orang kampung saya juga tidak mahu ketinggalan,kerana itu surau jadi dua, Kalau ada Pak Brahim Perkahsa kat kampung saya bercambah banyaklah agaknya surau dikampung saya, sekejap dia lompat sana kejap dia lompat sini
Kalau tidak kerana politik mungkin dua surau di kampung saya telah lama menjadi masjid, kerana, selain suka bersembang orang kampung saya juga berkahwin dan suka beranak, oleh itu makin tahun makin banyak penduduk dikampung saya, sekaligus akan menyebabkan surau-surau itu sempit, mereka yang semakin ramai ini, boleh sama-sama menaik taraf surau menjadi Masjid, insyaAllah
Dasar manusia sentiasa mahu kebahagiaan, saya pernah dengar imam di kampung saya yang bertanya sebelum maghrib, apa yang kita mahu dalam dunia ini, ... ada yang cakap kaya, ada yang cakap wang,ada yang cakap perempuan ,dan macam macam lagi
Imam justeru tersenyum, katanya yang kita mahu di dunia ini adalah keredhaan Ilahi, kalau tak ada rahmat tuhan kita tak ada disini, selepas itu dia menghirup kopinya dan tersenyum, saya kata dalam hati apa yang mereka mahu sebenarnya kopi free hehehe
Ok Stop cerita kampung
Lagu "Bila langit jadi kuning" bukanlah anthem untuk Bersih 2.0 yang baru baru ini di kecohkan oleh penguasa, bahkan ianya adalah lagu yang saya hasilkan dari sajak saya, seluruh inti sajak itu adalah tentang kiamat , kehancuran dunia
Lagu ini memangnya telah lama saya musikalisasikan, lihat sini lagu ini sejak 2007 lagi sudah hampir lima tahun hari ini
Tulisan sajak itu pula di tujukan khas untuk saya sendiri supaya sentiasa beringat bahawa mati itu sentiasa ada, kalau nanti ada para saintis yang dapat memanjangkan usia manusia sehingga kiamat , kamu tetap akan mati,
Pada asalnya kamu dari tanah, kembali kamu pada tanah, yang kita mahu di dunia ini adalah keredhaan Ilahi, kalau tak ada rahmat tuhan kita tak ada disini
Bila Langit jadi Kuning
by Airmas Sz (videos)
5:50
Bila Langit jadi Kuning
Di mana
Mana langit mana bintang
Telah hilang
Sewaktu gerhana menyerang
Satu gelang melingkari badan bulan
Sangkakala yang berbunyi satu bingit
Tiada lagi
Bumi tempat kau berdiri
Bergulungan
Bukit-bukit bercumbuan
Berguguran
Bulan bintang dengan awan
Bumi sudah meninggalkan dunia fana
Percaya
Bila langit jadi kuning
Matahari
Telah songsang laluannya
Dan di sana
Kita semua kembali
Semua kita telah mati
Telah mati
Tiada lagi
Hasad dengki iri hati
Debar jantung
Hanya menanggung diri sendiri
Di bawah Satu
Hanya Dia yang satu
Amal budi dosa pahala Dia hitung
Airmas_sz 2125 020407
No comments:
Post a Comment