Facebook Badge

8/31/2009

Nasyid

Saya memang suka dengan sajak-sajak yang berunsur ketuhanan, ia sangat mendamaikan, kita sebagai hamba-Nya yang terlalu banyak dosa, perlu selalu ingat tuhan, kalau tidak kamu akan terus-terusan berbuat dosa, mati masuk neraka.

kalau ada yang mahu mentafsir sajak di bawah silakan dengan hati terbuka ... saya tak berapa faham apa yang di cakap dek Zuraima ni(ehehe buat-buat tak faham), pada saya semua tu tak payah fikir mendalam, ada alam adalah tuhan.



siri bercakap dengan Tuhan: bukan itu

P6170001


Berhujan darah dalam kejaran
kehausan bergelut dengan
panahan bahang mentari marah
fatamorgana setia berkirm salam penuh sinis
adalah api dalam sekam di gelombang kebutaan hati
yang matanya digilis pepasir jahiliyyah

Akal terlulu hawa di gurun berangin hangat
Sabar tenggelam di lautan kerikil duga

Bukan, bukan itu
Nyawa ini nanti terjentik
di hujung denai sejengkal --
hanya hama dan cakerawala
di mizan dunia dan akhirat

zuraima
setapak
12-27mei2009

lakaran: gigi laut oleh zuraima, 30mei2009.

8/26/2009

Gedung Dandut ...



nyanyian sepi some crazy old man

anak-anak hari ini telah hilang innocent
kerana terlalu mengikut aliran fashion
susah di beza mana twelve years old
yang mana legal enough to hold
tidak boleh simply-simply touch
silap-silap kita kena charged
mak dan ayah don't really care
sebab ramai dengan anak mereka scared

o anak
jangan selalu mahu everything new
banyak perkara lama yang good for you
jangan terlalu mengikut trend
nanti jadi gadis cinta for rent

bangkit bangun o my sons
jangan biarkan dirimu di jual for a song

mungkin bagi kamu ini adalah
nyanyian sepi some crazy old man
tapi ingatlah anak-anakku,
something which is not broken
doesn't need to be mend.

8/21/2009

Mengira kewajaran

Mengira kewajaran

mereka boleh minta bulan
boleh juga minta matahari
mungkin juga mahukan bintang

tetapi berikanlah bumi
kerana di sini kita berdiri

8/19/2009

Blues Di Bendang Pak Lang airmas brirasa



nyanyian senja di bendang


Blues Di Bendang Pak Lang


 


Di bendang


ada ketika nyanyi belalang serak-serak


lunak dibawa angin gunung


gesel tangkai-tangkai padi


menyatu dalam konsert alam


menyapa batin, memaknakan irama


sebuah persinggahan.


 


Dan di hujung permatang


engkaukah yang bertandang


mengutip kelopak bunga lalang


ketika senja bersimpuh


di horizon.


 


Tiba-tiba kata-kata tiba


menyatu dalam kalbu


ketika bendang bening dan hening


puisikah ini?


 


 


Brirasa


Lubuk Kawah, Jitra


5 Ogos 2009

8/08/2009

Awan berlalu

Romantis betul lagu ni ..ciss tapi ini bukan lagu chenta ye beb, dengar dan baca liriknya kalau nak karaoke pun bantai ...




AWAN BERLALU

Awan
Kau hilang entah kemana
Tika hadirnya matahari tersenyum lebar
Semuanya leka tidak bertanya
Hanyut dengan sinar yang memancar
Segenap buana

Awan
Tika kau tiba bersama kegelapan
Alam merintih berduka
Melihat airmata yang bercurahan
Membasahi alam semesta

Awan
Kau tiba semula menyapa
Bersama sinar sang suria
Seolah bersenda gurauan
Menghibur hati nan rawan
Menyinar sehelai harapan

Awan
Bawa bersama pesananku
Nun ke hujung sana
Usah biarkan dia alpa kehadiranmu
Yang membawa resah memilu
Rindu mengunung.

Karya Teratai @ esastera.com

8/07/2009

Di bawah bumi derita

kamu tidak akan cakna
pada derita kami
pada matamu
usul kami
tidak pernah punya makna

kami ini hanya binatang jalang
terbuat di metro rimba
kami adalah tumbuhan ilalang
senang riang kamu tebas tubuh kami

Arghhhhhhhh !!!!!! persetan kau
kalau pun langit terbelah
aku tetap di dini
di kelangkang bumi
menanti tumbuh keadilan
menanti runtuh kebatilan

aku merayap
mencari sendiri erti kepayahan
aku tidak mengharap pada simpati

hanya kepada Dia aku pohon
limpahan rahmat dari yang berdiri sendiri
berilah aku ruang dan peluang
untuk bangkit berjuang


airmas_sz
08082009
SSU

8/06/2009

Belangsungkawa WS Rendra

WS Rendra merupakan seorang sasterawan yang nombor satu dalam lingkungan peminat sastera Melayu, beliau punya karisma yang sangat kuat, ketika berbicara tentang figur agung ini,Bambang Sugianto suami kepada Lintang Sugianto yang mana sajaknya selalu saya bikin lagu pernah berkata "Kalau di Indonesia presidennya adalah Rendra" maksudnya rendra adalah sasterawan ulung di Indonesia





Saya sendiri tidak pernah bertemu beliau, karya dan persembahan beliau yang saya dapat dari buku-buku dan yang banyak tersebar di internet, tidak dapat kita nafikan beliau memang tokoh sastera di nusantara

Selamat pulang ke Ramahtullah

8/04/2009

Extravaganza

Gambar-gambar ini di ambil dari blog Kulup Sakah, yang menjadi pengacara pada malam extravaganza itu, kat mana extranya saya tak tau munkin sebab saya ada hehehe, ada beberapa orang yang di jadualkan datang tidak nampak batang hidung


Kulop dengan Meor sedikit tensen dengan kehadiran yang agak kurang, tapi tak kisahlah pada saya nyanyi lagu puisi memang tak berapa kerat yang datang, pada saya penonton yang ada pada malam itu sudah cukup membuat saya teruja nak beraksi, mereka yang tak datang itu yang rugi sebenarnya, sebab mereka yang tidak dapat melihat saya beraksi hahahahha

Perhatikan saya pakai baju seluruh hitam, kononnya kan berdemo sebelum itu, apa nak buat polis punya roadblock punya pasal sampai saya pun tak boleh sampai ontime chit...



"Aku ada kat PA system" kata Jebatsari yang tak pakai sari
"aku pun" kata saya, airmas yang tak pakai mas
dan mata saya pun melilau tapi tak nampak juga batang hidung jebatsari

"mana kau" kata Jebat lagi
"aku ada dengan AJ ni, kau cari mat pejabat yang botak duduk bawah pokok"
saya masih melilau tapi tak jumpa juga

"aku kat depan pentas, pakai baju merah" kata jebatsari lagi
malam itu tiba-tiba ramai pula yang pakai baju merah, bukankah paginya mereka ini berdemo pakai baju merah

"aku rasa Jebat ni kat planet lain kut" AJ gelak ,lepas tu saya bagi tanggungjawab sebagai pemandu jalan kepada AJ sebab saya kena naik pentas



Kalau di PKNS isnin lepas sound system toing toing, tapi malam 1 ogos, happening beb, saya ganyang gitar sepuas hati, kalau sesiapa dari kamu yang tidak datang pada malam itu , saya ulangi, sesungguhnya kamu termasuk di dalam golongan orang-orang yang rugi, ye lah dah penat-penat berdemo tu lepaskanlah dengan hiburan santai lagu-lagu puisi, biar minda kamu bebas dari mimpi di kejar FRU malam nanti..

ok, Saya nyanyi empat lagu "Ainadillah, Amnesia, Sentimen, 2 keping Syiling baru" gempak, semua lagu lama yang saya selalu main, lagu yang saya biasa main, tentu sekali menjadikan saya sangat luarbiasa,

"abang ni artist ke?" saya dengar sekumpulan remaja berbisik, telinga saya jadi bionik kalau orang memuji atau mengata saya... heheheh, perasan tak sudah saya, tak boleh duduk diam dibuatnya, kejap kesana kejap kesini, adoih nak buang perasaan perasan ni memang payah

toing-toing ...Kalau nak buat persembahan pentas musti sound check, lepas tu baru tak menyesal kemudian hari, hasilnya persembahan saya malam itu menjadi lebih menarik dari konsert Search yang katanya ada masaalah dengan sound system ... toing-toing agaknya, saya boleh bermain dengan yakin dan sangat puas hati dengan bunyi yang terhasil. terima kasih crew sound system





Apahal dengan Jebatsari?,... dia akhirnya tepuk kepala sesudah mengetahui dia berada lokasi yang salah, dia datang dengan Kalamutiara, Rimanilzah dan seorang sahabatnya , kami sembang sembang sambil mengeteh.

"nasib baik depa main dangdut" kata jebatsari..loghat penang tak lepas lagi no...

eh malam tu mamak teh tarik mengorat Kalam , abang hensem katanya , kalau saya di panggil abang hensem oleh mamak yang badan berbulu tegak bulu roma saya, mintak ampun pak

8/01/2009

Hak Hakiki

Hari ini ada Demo khabarnya ramai yang dah kena tangkap, menurut Berita Harian polis kata nak masukkan penganjur dan sesiapa yang menyertai demo ke ISA , yang anti ISA tu mungkin dah ramai kena tangkap dan mungking masuk ISA, tapi yang Pro-ISA tu pulak kena tangkap lepas tu masuk ISA tak kesian ker?

Malam ni mari berhibur dengan lagu puisi di Dataran Shah Alam, saya selitkan lagu baru di sini dari puisi A Samad Said.. enjoy




Bumi Sendiri

kita perlu turun dari menara
Melepaskan capal
Berjalan Kaki
Merasakan keresahan nafas bumi

Kita sekarang sedang didesak di tengah dendam gelegak,
Sedang disiku dari seluruh pelusuk penjuru
Sedang dihina kerana terlalu lama sengaja mengalah
Kita sedang genting dan sedang gering
Kita perlu marah sejujur hati
Untuk bermaruah dibumi sendiri

Kali ini jika kita menyanyi
biarlah lagu yang paling hakiki
Jika kita bersuara
biarlah jujur rasa

Biarlah ketika didengar anak cucu
Mereka akan bangga
Datuk neneknya, lelaki yang berani
Mereka akan merasa bermaruah ditengah buminya sendiri

Kita perlu bangun sekali ini
Bangun pertahan hak yang hakiki

Karya A Samad Said