Semalam kamu-kamu yang tidak dapat hadir pada malam TAF (Tabung Amirul Fakir), sila menangis, kerana pada malam itu saya ada buat persembahan, dan menurut pengkritik saya yang paling tegar, persembahan saya sangat menjadi. Terima kasih
Saya sampai untuk sesi kedua acara malam, sessi pertama yang merupakan sesi tayangan filem pendek saya tidak dapat hadir, kerana saya sibuk, sibuk tidur, alasan saya , sehari sehari sebelum itu saya dari Kuala Lumpur, balik lewat pagi. Lagi pun apalah sangat dengan filem handphone Abdullah jones tu .
Saya ucap tahniah kepada Haneem Kaydeen dan Kamal Sabran atas usaha mereka yang sangat hebat, bukan senang hendak mengumpul seniman dari sekecil-kecil AbdullahJones hingga ke sebesar-besar sasterawan seperti saya A Samad Said
Khalayak pula ramai hinggakan tidak cukup khemah, para hadirin semua sangat menjiwai majlis malam itu, Tabung Amirul Fakir berat, orang Ipoh memang dermawan, tambahan pula Rumah YKP terletak di Taman Seri Dermawan. Ironi
Kalau Amirul Fakir ada di majlis itu tentu dia sangat terharu dengan sokongan para sahabat, baik yang sudah lama kenal atau yang baru kenal malah ada juga yang langsung tak kenal Amirul, tetapi mereka hadir, mungkin kerana mereka kenal karya Amirul.
Meor membuka malam itu di jemput Haneem YKP untuk melancarkan Tabung Amirur Fakir , menurut Haneem Idea untuk projek ini datang dari Meor, begitulah seorang sahabat tidak sekadar ingat semasa suka, malah kalau waktu itu kamu susah, sahabat yang baik sentiasa ada.
No comments:
Post a Comment