Facebook Badge

2/13/2007

Kasih Sayang

Kasih Sayang

Saya tidak pernah menyambut Valentine Day atau yang di melayukan menjadi Hari kasih sayang, saya tidak menyambutnya bukan kerana tak ada cinta dalam dada, malah terlalu bugar cinta itu hinggakan saya tak perlu satu hari sekadar untuk menyatakan rasa cinta.

Cinta itu makanan jiwa, setiap saat setiap detik setiap jam setiap hari 247 365 aduh sentiasa, saya merasa adanya cinta. Saya tak perlukan satu hari untuk cinta dan di hari lainnya saya tinggalkan sahaja.

Saya juga tidak perlu dunia tahu betapa saya bercinta. Tetapi kalau dunia mahu tahu, memang, saya sedang hangat bercinta dan dia sentiasa ada di sudut yang paling sunyi.
--------------------------------------------------------------------------------



Di satu sudut dunia yang lain...

Ini Lagu puisi nukilan Abdullah Jones, kalau dulu saya rockkan lagunya, dia tidak suka, katanya Rock bikin puisinya hancur, saya agak kecewa kerana saya sangat mengemari irama Rock.

Dalam jiwa, saya sangat gembira apabila AJ marah-marah, macam dapat bonus rasanya.

Kini saya saya ubah rentaknya menjadi balada, kerana menurut Abdullah Jones melayu ini berjiwa balada, saya langsung tidak setuju, saya rasa dia kurang baca surat khabar, kalau tidak tentu dia tahu di Malaya ini pelbagai irama yang menjadi pilihan melayu.

Tidak semua melayu sukakan balada, ada yang suka rock, ada yang suka lagu asli dan saya sangat suka lagu rentak 50an namun rentak 60an saya tak berapa suka rap dan hip-hop pun saya tak berkenan .. rasa gedik,

Sebenarnya semua rentak lagu saya dengar dan itu tidak mengubah sedikitpun kemelayuan saya. saya masih pemuda yang pemalu dan senyuman saya masih mengoncang kalbu hahahaha.

Akhir kalam, semoga anda akan gelak ketawa mendengar lagu rock yang saya baladakan ini.

Judul : Sajak Mentol seratus watt
Puisi : Abdullah Jones
Lagu : Airmas_sz



Kalau sudah dengar jangan malu malu letak komen yang memuji-muja saya...saya ada counter di tepi laman ini, saya tahu ramai yang menjeling kesini, saya
sangat kecewa melihat kamu semua datang dan tidak beri komen ...sungguh sampai rasa nak pencen....

2/03/2007

Perangkap perjuangan

Perangkap perjuangan

di kota ini anak anak bermain senjata
menanti musuh mengawal horizon
di sini jua kedakan ledakan membara
menggegar membunuh warga nusa

apakah jeritan ini lemah untuk dimengerti
sebagai satu lambang penindasan kejam

masihkah tak kedengaran
di Bangsa Bangsa Bersatu
"mengapa masih tak bersatu"

dan akhirnya terperangkap
dengan perang perjuangan
yang tinggal bumi kontang
sisa-sisa nuclear



Sajak di atas terselit dalam antologi anti-perang pada tahun 2003, merupakan karya saya yang pertama diterbitkan, kalau pergi ke link tu baca-baca nama besar jer ada kat sana .. nama saya terkumpul di "dan ramai lagi"

Sajak itu sebenarnya saya tulis lebih lama lagi. Sama umurnya dengan lagu zubir ali yang munir yang Syatila ntah saya dah tak ingat.

Waktu itu Lebanon di serang Israel, rasanya tak payah cerita sebab sampai sekarang masih lagi ada perang. Entah bila nak damai. waktu tu saya marah sangat tu yang saya tulis sajak tu, waktu tu saya di sekolah menengah rasanya.

terima lah lagu di bawah yang memgunakan sajak di atas.. lagu rock ni .. yeah yeah ..