Facebook Badge

11/17/2006

Talipon dari PBB

Telefon dari PBB

Baru-baru ini saya mendapat panggilan telepon yang sangat tidak saya sangka-sangka, semuanya hanya kerana maklumat salah yang telah saya letakkan di sini, mati mati saya ingat orang bergurau dengan saya. Terganggu perasaan saya kerana insiden itu.

Ini kerana orang yang menalipon saya itu bukan calang-calang orang, siapa tak kenal dia yang menjadi pengerusi satu pertubuhan besar dunia, mempunyai pengaruh yang sangat luas. Sering pula berjumpa dengan pemimpin dunia hanya untuk minum kopi.

Saya menjadi agak kelam kabut juga sebab dia bercakap dalam loghat English yang agak sukar di fahami oleh saya. Namun saya cuba juga melayannya. Nak jaga hati, takut orang merajuk la pulak…

Dia adalah Kofi Annan (annan disebut macam annon), Pengerusi pertubuhan bangsa-bangsa bersatu, katanya dia cuba hendak menghubungi Dr Ir. Wan Abu Bakar (yang di sebutnya Dr Van aboo Backer) tetapi tidak berhasil.

Lalu saya katakan mungkin sewaktu tuan menalipon Dr Van Aboo Backer beliau menutup teleponnya kerana menghadiri majlis perkahwinan ahli esastera yang baru menamatkan zaman bujangnya bersama dengan seorang lagi ahli esastera Sdr Mohd Zakir tetapi saya malulah nak ajuk apa nama yang di sebut mengganti nama Md Zakir hahahaha.

Beliau (Kofi Annan) menerangkan tujuan menalipon saya, katanya, Pejabat Kewangan Persatuan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) sangat terkejut baru-baru ini kerana terdapat lambakan wang yang banyak mengalir ke akaun PBB. Dan semuanya diletakkan atas nama “Airmas_sz”, sedangkan menurut mereka nama itu tidak pernah ada dalam senarai kakitangan PBB.

Mereka (PBB) membuat siasatan dengan mengunakan system komputer cangih mereka namun tidak dapat juga menjumpai nama “airmas_sz”, ini sangat menghairankan kerana setahu mereka dalam supercomputer itu bukan sahaja terdapat maklumat setiap kakitangan PBB malah kalau mereka mahu mereka boleh sahaja mendapat maklumat mereka yang bukan kakitangan.

Hinggalah sampai kepada satu hari seorang budak pejabat yang suka menginternet membuat carian di google dan Yahoo!, maka berjujuranlah maklumat Airmas_sz yang mereka jumpai. Lalu mereka tahu apa itu esastera.com dan siapa itu Dr Wan abu Bakar, tetapi sayang sekali kata Kofi Annan beliau tidak dapat menghubungi telepon bimbit Drirwan.

Kofi Annan berkata lagi, melalui cara itulah mereka dapat menjejak yang punca aliran tunai ke akaun mereka. Katanya album yang di pasarkan secara online melalui laman www.esasterawan.net mendapat sambutan yang sangat hebat di Nigeria. Kerana kebanyakan alamat penghantar adalah dari Nigeria ,Kenya dan Mongolia

Katanya lagi, banyak penduduk di Nigeria berusaha menyimpan duit untuk datang ke Malaysia kononnya hendak mendengar lagu-lagu pujaan mereka melalui konsert di Malayzia (sebenarnya Malaysia mereka punya lidah agak berkarat)

Saya yang agak termanggu dan terkejut terus menerangkan kepada Pengerusi PBB itu yang singkatan PBB di laman airmas.blogspot.com itu sebenarnya adalah singkatan untuk Public Bank Berhad (PBB), lalu saya meminta maaf atas kesilapan yang tidak saya sengajakan itu.

Saya pun berjanji dengan Tuan Kofi Annan yang saya akan dengan segera menukar atau pun memberi lebih maklumat tentang PBB yang saya maksudkan , bukan PBB itu Persatuan Bangsa-bangsa bersatu tetapi Public Bank Berhad.

Setelah berpuas hati dengan penjelasan saya itu, kofi annan pun dengan segera menbuat pesanan untuk Album Demo Airmas_sz, bukan satu tetapi sebanyak lima keping sekali gus, dua keping katanya hendak di beri kan kepada anak-anaknya kerana menurut beliau dalam album tu terdapat banyak puisi-puisi yang menarik.

Lebihan tiga album itu pula katanya, satu untuk dirinya sendiri , beliau sangat suka dengan lagu “Dia Rindu” syahdu sungguh katanya, satu lagi untuk Pressiden Bush yang katanya akan tamat tempoh menjadi presiden, Album itu buat menenangkan perasaan peresiden itu. Dengan kekalahan kongres baru baru ini.

Kofi Annan juga akan tamat tempoh pada hujung tahun ini, pengantinya Tuan Ban Ki-Moon dari Korea selatan itu juga akan mendapat satu salinan album itu. Akhir sekali Tuan Kofi Annan sempat juga meberi pesanan katanya “ cukup cukup lah temberang tu …..”


Sekian cerita temberang dari saya hahahahahaha….




Ps : diucapkan selamat pengantin baru kepada Mohd Zakir dan Syarifah Salha Selamat penganti baru ……moga cepat beli botol susu.

5 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Saya baru nak menelefon anda menyamar jadi Bush lalu mengorder album demo anda....tak jadi la menyamar macam ni...hehehe

Airmas sz said...

Blackpurple .. .si gitartong baru nak cuba modal sdr tapi tak menjadi .. ada ker no kat handphone saya no KL dia nak nyamar jadi polis Ipoh .. kalau polis bukit aman ada la kut nak gentar sikit... hahaha

Abu Irfan said...

Hhahaha. Apa punya gimik daaa..... apa Kofi Annan kata last sekali? Tak berapa clear. Apa? Haaaa...

“ cukup cukup lah temberang tu …”

Hhhahaha.

Anonymous said...

eh? aku?

Airmas sz said...

sukanya Amir dah jumpa laman kat sini ...:) selamat datang....

Gitar : untuk makluman Polis Ipoh kalau telepon dia tak pakai handphone, dia pakai telepon biasa tu (telekom punya) ...