Facebook Badge

10/23/2005

inka

Semalam hari sabtu, 22 hb Oktober 2005, hari ini Ahad, apa beza dua hari ini? …banyak, tetapi biar kita focus pada persamaan yang ada pada kedua hari tersebut , pada sabtu minggu ketiga dan ahad merupakan hari cuti pada saya (yehoo…).



Untuk minggu ini saya mendapat satu lagi cuti umum yang di gazet di negeri perak , cuti nuzul quran, oleh kerana saya ni amat suka bermalas-malas maka saat-saat bergini memang saya tunggu-tunggu, lalu tambahan pula saya ada cuti tahun yang saya sudah pohon tertapi terbatal kerana saya pergi ke Kota Kinabalu. Di tambah pula dengan cuti ganti hari ahad di KK yang saya bawa kehadapan , wah … banyak cuti ni.



Kalau nak di ikutkan dari Khamis sampai ke hari selasa saya akan bercuti selama 6 hari secara total. hari khamis tu ganti ahad lalu ...:) ..Dalam hati saya menjerit “yehoo yea yea” inka1 sesangat …



Kalau kaum ibu dinegeri Perak ini tahu saya ni sedang inka tentu sekali mereka akan menasihatkan saya agar jangan terlalu inka, sebab kita di galakkan untuk bersederhana walau suka macam mana pun kita kena suka secara sederhana… jangan inka.



Tetapi saya apa peduli ini saya punya gembira … saya nak inka ka apa ka nak jadi ungka ka itu saya punya pasal … orang lain tak perlu tahu heheh sekurang-kurangnya itu yang mengalir di perasaan saya.



Rupanya apa yang orang tua duk kata tu ada benarnya. Tiada yang benar melainkan benar belaka, mungkinkah kalau kita tidak inka maka perkara yang tak baik akan pakai gear gostan dan akhirnya perkara malang itu tak akan berlaku? (Ponder)



Pada hari sabtu pagi pagi boss saya telepon, waktu tu saya sedang bersiram (la la di, la la du). Menjawab telepon, saya di beritahu server kat pejabat saya pula kaput, saya jadi agak panik, baru minggu lepas server kat sabah kaput, sekarang ini server dalam jagaan saya pun kaput. Terpaksalah saya membatalkan cuti saya .



Yang lebih menyeramkan sebab server tak ada backup, sebab tape drive untuk buat backup tu telah terlebih dahulu kaput, selama hari ini saya hanya buat backup di dalam harddisk itu sendiri, maknanya kalau system tu kaput saya boleh buat recovery sebab harddisk masih boleh di baca.. tetapi kalau harddisk pula kaput , mungkin saya pun kaput.



Hari sabtu yang malang itu rupanya memang memberi kami orang IT sakit jantung, sebab dari pemeriksaan saya Harddisk tu memang kaput kalau pakat tengok pun tak guna, saya pun cuba mencari apa-apa solusi untuk menyelamatkan data-data yang tersimpan di dalam harddisk tu , sekaligus menyelamat kan keujudan kami kat tempat itu,



Keputusannya memang dah tak boleh di selamatkan lagi dah cuba macam macam ,ilmu dari segala gunung punya bertapa pun saya dah keluarkan , namun aura saya masih tak berapa power , yang saya boleh cakap … “aisehman we are doom”… backup yang ada lama tangan bertarikh akhir August. Arghhh … satu bulan punya data tak ada , mesti kena cincang lumat, nasib baik saya tau tempat yang boleh me’recover’ data. Saya pun telepon dan beri tahu masaalah saya kat teknisen tu,



Hardisk itu ada I/O error tetapi BIOS masih boleh baca cuma tak boleh masuk ke data harddisk. Saya minta-minta boleh di selamatkan data tu , mereka sanggup untuk periksa tetapi tak jamin boleh recover , saya ok saja , sekurang-kurangya ada kebarangkalian untuk mendapatkan data tu .



Biasanya kalau orang buat recovery harddisk, data yang di perolehi memang tidak di jamin 100% apa nak buat kalau dah nazak banyak mana yang boleh di recover pun saya terima.



Petang sabtu itu melangsaikan cuti saya



Ahad pukul 9 something-something saya dapat SMS dari boss yang memberi tahu khabar gembira data dah di recover sepenuhnya. Sejurus selepas itu teknisen tu pulak telepon memberitahu saya yang harddisk tu dah pulih, Cuma di nasihatkan saya tukar harddisk baru , pindah data dari harddisk lama … sebab kebarangkalian harddisk lama itu untuk masuk ICU sekali lagi amatlah tinggi. …alhamdullilah…



Nota :-



1 - (expresi kegembiraan yang amat sangat hingga ketahap gaban di Perak di namakan “inka”)

10/15/2005

ke kota kinabalu

Saya baru pulang dari bertugas di Kota Kinabalu, pada kadar yang asalnya , saya di minta dengan bertalu-talu untuk meminjamkan khidmat saya di Kota Kinabalu, tetapi taya tak berapa berkenan nak kesana, bukan saya tak suka melancong, makan angin tetapi saya di minta kesana untuk berkerja jadi nanti semuanya kerja tiada “pleasure”

Tambahan pula saya ni adalah seorang pemuda yang pemalu (hehehe) saya tak biasa dengan orang yang saya tak biasa. Walaupun selama ini (lebih kurang 5-6 tahun) saya memberi khidmat saya secara online melalui internet dan telepon, tetapi saya tidak pernah bersemuka dengan mereka.

Boss saya yang tak mahu terlalu memaksa saya akhirnya pergi ke Kota Kinabalu mengantikan saya. Malangnya kepergiannya tak ada keberuntungan pada hari pertama dia meng”debug” system di sana, system tu merajuk, tak maunya hidup, dia pun panik, hinggakan terpaksa dia menganggu saya yang tengah seronok tengok berita mahadir dengan rafidah di kaca TV.

Setelah berulang kali saya di pujuk makan,saya rasa kos telepon dia pun dah boleh beli tiket kapal terbang, saya pun termakan pujukan dan terpaksa juga saya ke Kota kinabalu dengan berat hati ini.

Tak tau lah saya samaada programmer di tempat lain berkerja macam saya , dari ipoh saya naik MAS pukul 2.05 sampai di KLIA menunggu MAS lagi satu pukul 4.25, tup tup pukul 4.20 tak nampak bayang pun. Saya dok risau melilau kesana kemari namun gate A7 macam tak ada orang, bila saya tanya pada kaunter baru saya tau yang flight tu delayed, saya teringat cerita yang tom hank berlakun terkantoi kat terminal.

Sampai di kota kinabalu pukul 9.00 call boss, dia bawak saya makan KFC, wlau saya baru lepas berbuka puasa makan ayam grill dalam kapal terbang , itu tidak menghalang saya untuk makan lagi sebab ayam yang MAS bagi tu adalah besar sedikit dari dua jari saya ni.

Saya ingatkan lepas makan bolehlah terus check-in ke Hotel dan terus tidur sebab saya letih tahap super , tetapi bos tanya samaada saya nak tengok server yang ada masaalah tu , alamak apa nak buat lepas check-in terus pergi ke pejabat tu. Tap tap tap sampai pukul 2 pagi. Balik dari pejabat tu saya minta kadam yang di amanahkan oleh pejabat tu belikan nasi goring seafood, sebenarnya dia tanya saya nak letak ayan ke nak letak seafood, oleh kerana saya berkali-kali melahap ayam saya pun minta lah seafood. Rupa-rupanya yang di namakan seafood tu hanya semata mata udang kapas …. Cheh.

Dari saya pijak kaki ke Kota Kinabalu hinggalah sampai saya nak balik , langsung tak ada peluang saya nak ke mana-mana. Aduh ,… hanya di hari terakhir baru saya dapat pusing ke Kota Kinabalu. Saya tanya kat pembantu saya tu mana gunung kinabalu… tetapi dia pun tak tahu sebab katanya susah nak nampak di lindung awan ..

Saya sempat beli ikan masin yang di pesan oleh kawan di pejabat. Sambil tu belilah sedikit cenderamata unatuk mengkhabarkan yang saya ada memijak kaki ke Sabah.

Semasa nak balik saya di beri tahu yang flight terakhir ke KLIA pukul 8.10 pm saya pun tak lah tergesa-gesa seba ada banyak masa (tamat kerja jam 5.00) untuk ronda-ronda …saya beli satu air tin untuk berbuka puasa, takut tak sempat hehehe ..buka puasa di sini awal satu jam. Saya berbuka puasa di restoran sembeling, air tin yang saya beli tadi lansung tak jejas

Setiba saya ke airport pukul 7.20 saya di beritahu sudah tak ada flight ke KLIA sebab katanya last flight pukul 7.50 ....dah tak sempat. Saya pun merayu la kat pegawai tu, nasib baik pegawai tu benarkan asalkan saya sanggup bawa beg dan ikan masin saya … apa nak buat dalam keadaan macam tu apa pun saya sanggup , masa kelam kabut itu saya terus ke laluan masuk tertinggal air tin yang saya bawa , nasib baik guide saya nampak dan di berinya berlari pada saya, saya tengok dalam bunkus tu tak ada air tin, tetapi dah bertukar menjadi mutiara ada lebih sepuluh kotak dalamnya. tentu dah bertukar dengan mamat yang senasib dengan saya, Sebagai seorang yang beriman saya tak nak terima saya katakana pada guide tu ambil lah ini buka saya punya. Si guide tu pun tak nak ambil lalu di berinya kepada pegawai kastam dengan harapan tuan punya mutiara tu dating menuntut. Namun saya teramat yakin yang isteri pegawai kastam tu akan berhias mutiara raya ini…nak lebih malang lagi mamat yang beli mutiara tu akan menghadiahkan air tin kepada isterinya,