Facebook Badge

1/21/2005

Baru balik dari Sg Petani

Saya baru balik dari Sg. Petani malam raya saya dalam perjalanan pulang kerumah, memenatkan , tetapi apa nak di kata dah di tugakkan bergitu , kenalah buat. Di Sg Petani saya berjumpa dengan beberapa penduduk di sana kerana saya teringin juga nak ke Kuala Muda hendak lihat dengan mata kepala saya sendiri kesan dari petaka Tsunami, tetapi saya di beri tahu tempat tu telah di kawal ketat hanya orang tempatan sahaja yang boleh masuk. Lagi pula menurut cakap-cakap mereka. Tempat tu sudah hampir bersih dan kesan Tsunami tak berapa kelihatan (lagipun kita hanya kena serpihan sahaja).
Saya juga di beritahu bahawa nasib para nelayan sebelum Tsunami tidaklah malang malah mendapat rezeki yang melimpah ruah , dulunya mereka hanya mendapat ratusan ringgi tetapi dua minggu sebelum Tsunami mereka mendapat rezeki lebih dari itu hinga mencecah ribuan ringgit. Tetapi mereka ini pula bukan orangnya yang tahu menyimpan duit dalam bank , melainkan di simpan di dalam rumah sahaja.
Itulah kata mereka semasa selepas Tsunami pasukan penyelamat yang datang mencari mangsa di kawasan yang terlibat. Mencari mangsa dengan bersungguh-sungguh, mereka mencari hingga ke dalam almari dan laci , pelik bukan? Itulah, saya kata pelik , kalau dalam almari pun logik juga kalau ada mangsa yang menyorok di situ, tetapi kalau dalam laci mangsa apakah yang mereka cari?
Kata mereka , para nelayan tidak menyimpan wang dalam bank, tetapi wang yang banyak tu di simpan di rumah mereka. Jadi semasa Tsunami semua kelam kabut menyelamatkan diri. Rumah mereka terpaksa ditinggalkan bersama dengan wang hasil tangkapan sebelum Tsunami. Para penyelamat yang datang menyelamat tu pulak bukan semuanya penyelamat ada juga yang penyangak , itu yang dalam laci pun di cari mangsa …

Agaknya nak menyelamatkan tikus yang dalam laci tu agar tidak kepupusan pula nanti.

Selamat hari raya aidil adha untuk semua yang beragama islam , dan selamat menunaikan fardu haji kepada mereka yang berupaya mengerjakannya.