Facebook Badge

12/31/2012

Katak dalam gelas kaca

Ramai yang berkata-kata, tetapi macam katak, kosong belaka, katak menjerit-jerit memanggil hujan, sedangkan itu bukan dalam kekuasaan mereka, mereka tahu itu bukan hak mereka, mereka tertipu dengan diri mereka sendiri, mereka bukan katak biasa ,mereka katak dalam gelas kaca

Katak dalam gelas kaca,nampak semua terlanjang tetapi tidak mahu mengakui apa yang dilihat sebagai sesuatu yang benar, mereka anggap itu illusi, mereka tak mahu percaya apa-apa melainkan apa yang mereka mahu percaya, bukankan ini selalu ada sekeliling kamu

Mereka yang ada mata tetapi melihat dengan nafsu sahaja, melihat benda yang jauh di seberang laut, walau sebesar bakteria nampak jelas, tanpa perlu guna kanta pembesar mahupun stestoskop, apa yang ada depan mata tidak diendahkan, mereka buta dalam celik,

Mimpi orang sebegini memang mudah untuk dimaklumi namun susah juga kalau hendak ditafsir, entah kemana kita akan dibawa dengan mimpi-mimpi mereka, macam lagu hindustan, berlarian ke taman bunga lari lagi ke gunung, kadang-kadang depan berdiri didepan kepala keretapi, namun akhirnya mereka hanya mahukan perhatian kepada diri mereka ,segala susah payah ini hanya inti kelapa dalam roti

Sajak dibawah akan menjadi antara lagu yang termuat dalam album terbaru saya, kalau kamu tersinggung dengan sajak ini, kamu katak


Katak dalam gelas kaca

Katak dalam kata-kata
Tak melihat dengan mata
Walau jelas depan mata
Dia masih tak percaya

Mata hatinya juga buta
Gelap tersangat gelita
Sering meraba-raba
Mencari punca cahaya
Yang hanya ada dalam mimpinya

Mimpinya terlalu mudah
Bikin orang ketawa
Katanya hujan tak berdaya
Dan mentari takut padanya
dengan sumbang suaranya
Hujan turut perintah

Menyanyilah katak bawah gelas kaca
Menyanyi irama hujan dengan gendang perang
Yang mengelembung itu
Perutnya yang selalu lapar perhatian


Airmas SZ
261212
SSU

 

12/21/2012

Adam

Ketika senang beringat-ingatlah kepada yang susah, mereka yang mendapat  dugaannya adalah yang terpilih, Allah selalu menguji hambanya, ujian itu pula tentu menguatkan keimanan, betapa tidak ada apa yang boleh lari dari kekuasaanNya

Sahabat saya Jimadie, yang saya kenal sekitar perbualan puisi dan laman soisial, saya juga pernah mencipta beberapa buah lagu dari puisi beliau, beliau selalu berkata tulisannya bukan puisi, tetapi kalau kamu baca puisi kalau akan tahu tulisannya sangat cenderung menjadi puisi dalam ragam bebas dan sering berkisar tentang masyarakat, sajak seperti itu saya suka, cinta cinta ni bosan

Anak Jimadie, Adam mendapat penyakit ketumbuhan dalam otak, bila saya tahu saya sangat sedih, tetapi walau berapa sedihnya kita, tentunya kesedihan Jimadie lebih bertingkat-tingkat ,mata memandang tak sama dengan bahu memikul

Lalu ada pula Hamba Allah ni yang turut simpati, dalam kami berbual dia mengajukan sajak untuk saya lagukan, untuk Adam, terus saya capai gitar dan mencari melodi untuk sajak di bawah,

Adam

terlindung di balik bening renung
dan hela nafas yang sabar
bersarang gementar
merekah bibirmu kekeringan
meretak hati memandang kesayuan

kau anak kehilangan riang
seseksa mata memandang
takkan sama derita yang terbentang

demi tuhan yang maha mengerti
mungkinkah ini detik sakti
demi tuhan yang maha penyembuh
alirkan rahmat-mu penuh seluruh
pada dia - anak yang belum mengerti

dan tuhan telah menanamkan
jambak-jambak rindu di pusat hayatnya
mengalirlah cinta memutih
sejernih kasih ibu

moga kesedihan ini cepat berlalu
moga kepahitan ini segera berlalu

Lagu Airmas sz
Lirik Hamba Allah