Facebook Badge

5/23/2009

सोर्गा दी हुजुंग गलोरा



video



SEBUAH SORGA DI HUJUNG GELORA

Lalu hendak bagaimana lagi harus aku berdiri
kala mereka meragut maruahku di lantai itu satu demi satu persalinan bertukar
terbang segala senyum tawaku
mereka hirup darah ku puas
lalu berdekah ketawa.

Seluruh nyawaku masih dalam sangkar keliru
aku yang sudah terbiasa memamah nista
tidak jangal menyarung daki pekat melekat
aku merangkak lari dari neraka ke neraka
menyusur denai dan duri hingga aku berjumpa kamu.

Aku berjumpa firdaus
tahulah aku ada lagi sinar di balik suram hidupku.

Kepada penyalak dosa yang terlalu berkira
ini lautan penuh pataka dengan gelora seluas mata
adalah dengan terpaksa ku kerahkan semangat
hari ini, tiada siapa lebih bersemangat
menghadap maut dari aku yang terlebih dahulu mati
aku mahu hidup menentang matamu.

Airmas_sz
050606 2252, SSU.


Sajak di atas adalah sebahagian dari sajak yang terpilih masuk ke Antologi "Setelur Adam" yang di selengarakan oleh Hasimah Harun, ada empat pengkarya yang menyumbangkan sajak ia itu Karya : Airmas_SZ , As Syramy , Dahrie , Tintasukma , penerbitnya pula www.esastera.com. kepada sesiapa yang teruja untuk mendapatkan antologi tersebut sila ke www.esastera.com geledah dan beli

5/17/2009

बेर्तान्दंग

Dulu semasa saya masih kanak-kanak, rumah saya sering ada seorang nenek datang ke rumah, nenek itu adalah sepupu kepada datuk saya, datuk yang saya penggil “Bapak”, nenek sedara saya tu bila datang tak tentu masa, kalau dia datang petang, tak ada masalah kerana nenek saya (yang saya panggil “Mak” suka melayannya).

Satu hari nenek tu datang kerumah saya, tetapi Bapak dengan Mak tak ada, mereka pergi tengok wayang cerita Hindustan, rasanya tajuk wayang tu Sangam, sangat terkenal semasa tu. Wayang yang pertama saya tengok pula adalah “Qurbani”, dengan lagu laila yang sangat terkenal tu

Saat itu sangat mengejutkan kerana saya yang tak pernah keluar malam, merasa seolah-olah saya masuk rancangan Twilight Zone, maklumlah bila masuk panggung hari masih cerah , bila keluar pula, dunia tiba-tiba jadi gelap, waktu itu saya tak tahu masa tetap berputar walaupun saya masuk ke panggung wayang.

Eh kat mana tadi?

Oh cerita nenek yang bertandang hehehehe melalut….

Oleh kerana tak ada orang dalam rumah, saya yang baru balik sekolah masa tu, sayalah yang melayannya, melayan tetamu merupakan sesuatu yang paling diambilberatkan oleh Bapak, kalau tak layan baik-baik, nanti Bapak saya akan melayan saya dengan talipinggang. Hehehe

Sebenarnya saya jumpa nenek tu di perhentian bas, dia baru sampai, saya pula baru balik, saya ke sekolah dengan menaiki kaki, orang sekarang sangat beruntung, ada bas, kalau tak pun ada basikal, rata-rata mak bapak sekarang banyak yang hantar anak mereka sendiri, melambangkan negara kita dah maju, tak macam dulu, kasut sekolah pun kasut plastik.

Bila saya nampak nenek tu, saya terus menjemput kerumah, saya tahu tak ada orang di rumah, kini ada peluang saya belajar macam mana nak menjamu orang datang kerumah, setiba kerumah saya jemput nenek tu duduk, dan saya terus kedapur nak menyediakan teh kononnya.

Saya pernah tengok Mak saya buat teh, saya pun pernah tengok mak sedara saya buat teh, senang saja, ambil air panas , masukan serbuk teh, masukkan gula, kacau ,kacau kacau, jadilah teh, di samping itu saya letakkan biskut lutut dalam pinggan.

Biskut lutut adalah biskut yang besar menyerupai kepala lutut, sangat sesuai untuk dimakan dengan teh yang panas. Bila saya hidangkan teh dengan roti tu , nenek tu tersenyum melihat saya, sempat juga dia memuji, anak bujang ni dah pandai buat teh. Bangga juga rasanya hehehe

Tetapi bangga saya tak lama, saya ni memang pantang kena puji agaknya, kerana apabila dia minum sahaja teh tu, terus bersembur air teh dari mulutnya, ah sudah kata saya dalam hati, rupa rupanya dalam terlalu bersemangat nak menghidang tu saya terbancuh air teh tu dengan garam, apa lagi , habis semua pujian tu kena tarik balik ….
Kisah ini mengajar saya supaya lebih berhati-hati , kerana terlalu berhati-hati sampai sekarang saya amat jarang bancuh teh sendiri, saya lebih suka minum air kosong saja, gerenti tak ada silap bancuh..

ini tulisan lama saya ...

5/04/2009

बुरुह

Kalau setakat melaungkan slogan,dan menjerit meminta perhatian , lolong yang mendebarkan itu adalah kosong, mereka yang menjerit meminta-minta itu juga tahu, apa saja yang mereka minta hanya omong kosong.

ahh saya marah lagi, bukan marah sebenarnya, tetapi cuak , perut tak semiak, melihat mereka yang memperjuangkan sesuatu yang mereka sendiri tidak pernah merasai apa yang di perjuangkan.

contoh : penganggur yang memperjuangkan kekuatan pekerja, ya mari kita mogok katanya, kita gempar para majikan, mereka tidak akan dapat berbuat apa, melainkan terpaksa menurut kehendak kita, kerana kita mereka kaya katanya.

bukan salah sebenarnya, tetapi kalaukamu tu tak kerja apahal nak di bela orang yang kerja, pas tu suruh mogok , buatnya kena buang kerja haaaa jadi macam kamu berjuang...