Facebook Badge

12/17/2006

Anak, ini apologi



Fakta Rakaman:
1. Video ini dirakamkan dengan kamera handphone
2. Mengunakan seorang pelakun yang tidak tahu dia sedang berlakun/diexploitasikan, pelakun kanak-kanak berketurunan arab itu baru berumur 2 1/2 tahun
3. Lagu yang anda dengar musiknya dihasilkan dengan tidak mengunakan sebarang alat musik,
4. Suara yang anda dengar itu adalah dari satu orang yang sama.
5. Elang Garang adalah Produksi perfileman budjet ciput ...
6. Zek Shafii adalah Pengarah filem merangkap tukang kamera merangkap krew produksi budjet ciput "Elang Garang" yang bermastautin di London (tempahan di alu-alukan)
7. Tajuk Asal lagu "Apologi untuk anak II" telah di tukar untuk pengkomersialan oleh Abdullah Jones

12/14/2006

Apo lagi

Sajak “Apologi untuk anak ii” adalah satu siri sajak yang saya tulis untuk Nurul Haneem Balqis (Aneem) yang merupakan satu-satunya anak perempuan saya. Dia adalah satu penantian yang panjang.

Setelah lahir Aneem ditahan di wad Hospital Ipoh (incubator) kerana masalah berkaitan kelahirannya, sewaktu itu bermulalah episod sedih saya dengan isteri, kerana selama ini kami mengharapkan anak perempuan setelah di kurniakan anak lelaki.

Sajak itu menceritakan detik-detik suram saya dengan Pihak Hospital Ipoh, sebagai seorang bapa saya mahu tahu apa sakit anak saya, tetapi saya tidak langsung di maklumkan, kecewanya tuhan sahaja yang tahu

Ada ketikanya saya hampir bergaduh dengan Jaga hospital yang macam samseng taik kucing tu. Dia minta saya keluar sedangkan saya masih menunggu jawapan dari doctor, doctor pula macam lari-lari, kalau tak tahu cakap la tak tahu, janagan buat anak orang bahan ujikaji.

Ps : Aneem sekarang sudah sihat dan agak nakal, munkin kerana pengaruh abang-abang, Sajak itu juga saya sudah lagukan , kawan saya khabarnya nak buat video untuk lagu itu, malangnya dia sangat malas, kalau saya simpan janggut dah sampai Sri Langka dah janggut saya ni, video tak siap juga.

12/04/2006

Satu apologi buat anak ku II

SAJAK :
Satu apologi buat anak ku II
Oleh AIRMAS_SZ

Dari biru rona tanganmu
Hati di salut pilu
Perih pedih

Bayangan kesalan pun meluru
Satu mimpi tertangguh
Puing rindu

Gambar resah berdiri di belakang tutur ku
Di lautan cinta yang tak pernah surut
Kala kau meronta di banjir derita
Hadir tiada aku
Tiada berita yang aku dambakan
Aku jadi keliru

Sayu ratap mu menusuk sukma ku
Larut kelamun pecah rawan ku

Airmas_sz
Sungai Siput (u) 210405