dulu kan ada satu perang , orang yang nak berperang tu kata negeri paksi kejahatan tu ada senjata merbahaya yang kononnya boleh menghancurkan dunia.
Tapikan lepas dia serang habis-habisan, di geledah negara itu, tak jumpa pulak senjata tu .. malulah macam tu.
mereka kononnya memerangi keganasan, tapi tak nampak pula keganasan kat tempat tu, mereka nak perang macam mana? main suka suka sajakah perang ni, orang mati ramai-ramai tu hiburankah?, lepas tu kan masa mereka serang tu, kita pun heran, sampai sekarang ni heran tak hilang, sebab katanya memerangi keganasan, tetapi yang nampak ganas mereka sendiri, kan susah nak jawab macam tu,
sekarang ni saya baca suratkhabar ada ura-ura nak tukar perang kat negara tu bukan memerangi keganasan, tetapi perang saudara, hahahaha lawak betul la, saikologi betul, sebabnya mereka yang berperang tu, bila masa pulak jadi saudara negara yang di serang tu. kalau dah bukan bersaudara macam mana pulak boleh perang saudara.
ini menipu pakai kepala lutut namanya. kalau perang saudara maknanya mereka ni tak bertanggungjawablah, itu negara itu punya pasal, bukan masalah mereka lagi, padahalnya kalau mereka tak datang, tak ada perang, tetapi lepas mereka datang mereka tinggalkan perang.
Facebook Badge
11/29/2006
11/25/2006
Bunyi rintone type 9 (nokia)
No yang tertera di handphone 03xxxxxxxx …
dalam hati saya no KL ni…, mmmm
Saya : Hello
Dia : boleh saya bercakap dengan En Samsul yang di kata orang kacak tu?
Saya : Sdr tak salah orang saya la tu
Dia : Saya inspector polis dari Ipoh
Saya: (macam pernah dengar script ni) … ipoh?.. apasal tak dari KL… siapa ni
Dia : Akulah gitar tong
Hahaha tak menjadi beb

11/17/2006
Talipon dari PBB
Telefon dari PBB
Baru-baru ini saya mendapat panggilan telepon yang sangat tidak saya sangka-sangka, semuanya hanya kerana maklumat salah yang telah saya letakkan di sini, mati mati saya ingat orang bergurau dengan saya. Terganggu perasaan saya kerana insiden itu.
Ini kerana orang yang menalipon saya itu bukan calang-calang orang, siapa tak kenal dia yang menjadi pengerusi satu pertubuhan besar dunia, mempunyai pengaruh yang sangat luas. Sering pula berjumpa dengan pemimpin dunia hanya untuk minum kopi.
Saya menjadi agak kelam kabut juga sebab dia bercakap dalam loghat English yang agak sukar di fahami oleh saya. Namun saya cuba juga melayannya. Nak jaga hati, takut orang merajuk la pulak…
Dia adalah Kofi Annan (annan disebut macam annon), Pengerusi pertubuhan bangsa-bangsa bersatu, katanya dia cuba hendak menghubungi Dr Ir. Wan Abu Bakar (yang di sebutnya Dr Van aboo Backer) tetapi tidak berhasil.
Lalu saya katakan mungkin sewaktu tuan menalipon Dr Van Aboo Backer beliau menutup teleponnya kerana menghadiri majlis perkahwinan ahli esastera yang baru menamatkan zaman bujangnya bersama dengan seorang lagi ahli esastera Sdr Mohd Zakir tetapi saya malulah nak ajuk apa nama yang di sebut mengganti nama Md Zakir hahahaha.
Beliau (Kofi Annan) menerangkan tujuan menalipon saya, katanya, Pejabat Kewangan Persatuan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) sangat terkejut baru-baru ini kerana terdapat lambakan wang yang banyak mengalir ke akaun PBB. Dan semuanya diletakkan atas nama “Airmas_sz”, sedangkan menurut mereka nama itu tidak pernah ada dalam senarai kakitangan PBB.
Mereka (PBB) membuat siasatan dengan mengunakan system komputer cangih mereka namun tidak dapat juga menjumpai nama “airmas_sz”, ini sangat menghairankan kerana setahu mereka dalam supercomputer itu bukan sahaja terdapat maklumat setiap kakitangan PBB malah kalau mereka mahu mereka boleh sahaja mendapat maklumat mereka yang bukan kakitangan.
Hinggalah sampai kepada satu hari seorang budak pejabat yang suka menginternet membuat carian di google dan Yahoo!, maka berjujuranlah maklumat Airmas_sz yang mereka jumpai. Lalu mereka tahu apa itu esastera.com dan siapa itu Dr Wan abu Bakar, tetapi sayang sekali kata Kofi Annan beliau tidak dapat menghubungi telepon bimbit Drirwan.
Kofi Annan berkata lagi, melalui cara itulah mereka dapat menjejak yang punca aliran tunai ke akaun mereka. Katanya album yang di pasarkan secara online melalui laman www.esasterawan.net mendapat sambutan yang sangat hebat di Nigeria. Kerana kebanyakan alamat penghantar adalah dari Nigeria ,Kenya dan Mongolia
Katanya lagi, banyak penduduk di Nigeria berusaha menyimpan duit untuk datang ke Malaysia kononnya hendak mendengar lagu-lagu pujaan mereka melalui konsert di Malayzia (sebenarnya Malaysia mereka punya lidah agak berkarat)
Saya yang agak termanggu dan terkejut terus menerangkan kepada Pengerusi PBB itu yang singkatan PBB di laman airmas.blogspot.com itu sebenarnya adalah singkatan untuk Public Bank Berhad (PBB), lalu saya meminta maaf atas kesilapan yang tidak saya sengajakan itu.
Saya pun berjanji dengan Tuan Kofi Annan yang saya akan dengan segera menukar atau pun memberi lebih maklumat tentang PBB yang saya maksudkan , bukan PBB itu Persatuan Bangsa-bangsa bersatu tetapi Public Bank Berhad.
Setelah berpuas hati dengan penjelasan saya itu, kofi annan pun dengan segera menbuat pesanan untuk Album Demo Airmas_sz, bukan satu tetapi sebanyak lima keping sekali gus, dua keping katanya hendak di beri kan kepada anak-anaknya kerana menurut beliau dalam album tu terdapat banyak puisi-puisi yang menarik.
Lebihan tiga album itu pula katanya, satu untuk dirinya sendiri , beliau sangat suka dengan lagu “Dia Rindu” syahdu sungguh katanya, satu lagi untuk Pressiden Bush yang katanya akan tamat tempoh menjadi presiden, Album itu buat menenangkan perasaan peresiden itu. Dengan kekalahan kongres baru baru ini.
Kofi Annan juga akan tamat tempoh pada hujung tahun ini, pengantinya Tuan Ban Ki-Moon dari Korea selatan itu juga akan mendapat satu salinan album itu. Akhir sekali Tuan Kofi Annan sempat juga meberi pesanan katanya “ cukup cukup lah temberang tu …..”
Sekian cerita temberang dari saya hahahahahaha….
Ps : diucapkan selamat pengantin baru kepada Mohd Zakir dan Syarifah Salha Selamat penganti baru ……moga cepat beli botol susu.

11/01/2006
Yang ditunggu dah tiba
Maka masa yang di nanti pun tiba, dengan ini saya dengan bangganya mempersembahkan satu CD yang mempunyai koleksi lagu-lagu sajak dari penyair esastera.com,
Album : Sentimen
Artis : Airmas_sz
Sajak-sajak : Anbakri, Airmas_sz, Dahrie, Lintang Sugianto, George Manos, Abdullah Jones.
Semua lagu adalah hasil ciptaan Airmas_sz, manakala sajak yang di jadikan senikatalagu adalah milik penyair yang berbakat dari laman portal www.esastera.com, Lagu-lagu yang terkandung dalam Album ini seperti berikut
Di Palang Ini
-Airmas_sz/Anbakri
Sajak Mentol Seratus Watt
-Airmas_sz/AbdullahJones
Selamat Pagi Ghazy, Bisik Mesiu
-Airmas_sz/Lintang Sugianto
Ainadillah
-Airmas_sz/Lintang Sugianto
Aduhai Peperangan
-Airmas_sz/Dahrie
Sentimen
-Airmas_sz/Airmas_sz
Kau Pilihlah Aku
-Airmas_sz/Airmas_sz
Back To The Rain
-Airmas_sz/George Manos
Membenarkan Kebodohan - Unplugged
-Airmas_sz/AbdullahJones
Dia Rindu (Sajak Lelaki Alfa) - Unplugged
-Airmas_sz/AbdullahJones
Harga yang telah di tetapkan oleh pemegang mohor besar
RM 15 (termasuk belanja pos)
RM 10 (Serahan tangan)
Untuk membuat tempahan sila masukkan sejumlah wang untuk berapa salinan yang dikehendaki kedalam account : PBB 4192345031 selepas itu berikan bukti bayaran secara email ke samsulzakaria@gmail.com atau telepon 012-5644654 untuk penghantaran dengan kadar segera. Kalau boleh nyatakan dengan lengkap alamat untuk penghantaran supaya CD kesayangan anda ini akan sampai kepada tuannya yang sah.
ps : Sdr JawoPinter sila perkenalkan diri anda sebagai jawopinter/ungubiru atau nama sdr yang sebenarnya ..kalau tidak sdr akan dilapurkan sebagai penyamar (impersonator) yang boleh membawa kepada hukuman penjara mandatori bersama sebatan.. kalau sabit kesalahan
Subscribe to:
Posts (Atom)