Sekarang ini perperangan semakin laku, perperangan makin menjadi ikutan, saya ingatkan perang sudah menjadi perkara primitif, tetapi pemimpin dunia yang ada sekarang sangat suka melangkah kebelakang dan tidak belajar dari kesilapan dahulu.
Perang sering melahirkan kematian yang banyak, dengan peratusan kematian yang tinggi keatas anak kecil , wanita dan orang tua. Kerana mereka yang tak berdaya tidak mungkin dapat mempertahankan diri dari serangan senjata zaman sekarang yang terlalu maju.
Lama dahulu, sewaktu perang Iraq baru suam kuku, saya baca di suratkhabar, Iraq dengan pemimpinnya yang sangat penuh dengan bangga diri, lagu di bawah saya bikin di zaman perang itu.
Sentimen
Benar yang salahkan benar/Salah yang benarkah salah/Dunia sentiasa berubah /Benar salah bertukar segala/Ada yang gembira pada yang berduka/Ada yang menangis dalam sangkar derita /Di kumpul kumpul segala berita/Yang mana yang benar yang mana yang salah/Di depan matamu berita terpancar /Kau terima kau tolak kau telan kau termuntah/Akhirnya engkau yang menentukan/Dimana pendirianmu/Sentimen /Satu didalam berjuta/Tiada yang sama sekata/Jikalau semuanya sama/Tiada kita sengketa/Hari ini dia gagah jadi raja/Entah esok lusa siapa yang menduga/Meminta-minta belas dan kasihan/Bila tentera jatuh di serang di tawan/Tersebar berita betapa jijiknya /Dia yang dahulu di puji dan di puja/Di hina-hina semahu-mahunya/Seolah maruah tiak pernah ada harga
Sajak: Airmas_sz Lagu: Airmas_sz Video : AbdullahJones
5 comments:
'dia sangat berbakat! dan mempunyai suara yang amat unik! boleh cari makan ni.' Kata kawan saya setelah saya memperdengar beberapa lagu kamu. Sila bangga.
haha!
kebanggaan adalah hak milik setiap insan.. haha
Where did you find it? Interesting read » »
Cool blog, interesting information... Keep it UP Basketball sports line Behra porsche Signs symptoms of bladder cancer Pakistani rhinoplasty Fatty acids allergies scientific javma
Post a Comment