Facebook Badge

3/15/2005

Tragedi Man Karim

Baru-baru ini kita di kejutkan dengan kisah-kisah kematian yang datang hanya dengan sebab yang remeh temeh , entahlah apa yang nak jadi dengan dunia ini. Dulu dulu tak pernah jadi orang mati hanya kerna terlanggar bahu , sekarang nie jangan main , di bawaknya geng nak pukul kita.

Dulu kalau gengster tu kira samseng lah. Hidup pun atas hasil samseng , tetapi sekarang ni nampak dah lain . orang sekarang nie pagi kerja kilang malam main motor bukan angota samseng pun, hanya suka gaduh gaduh , mungkin kerana kalau dapat pukul orang mereka rasa macam dapat pingat datuk , boleh kembang lobang hidung.

Saya baru semalam tahu (isnin 14/03/05) yang Man Karim meninggal di pukul oleh samseng jalanan, walau saya ada baca beritanya tetapi saya tidak tahu bahawa Man Karim adalah mangsa yang terbaru. Saya kenal Man Karim sebagai seorang kenalan di Sg Siput tempat saya. Walau pun tak berapa rapat sejak beliau jadi Tauke , tetapi kami memang saling kenal mengenal.

Man Karim mangsa terbaru samseng jalanan. Mengikut ceritanya allahyarham di pukul beramai-ramai oleh mat motor. Saya dengar ada yang cakap 20 orang ada yang cakap 30 orang , yang kena tangkap setakat hari ini ada 6 orang maknanya ada lagi 14 atau 24 orang masih bebas lagi , masih boleh preng-preng tunjuk hebat di jalan raya. Dan lagi jadahnya pula mereka ini memukul Man Karim dengan cara yang paling tidak jantan. Kerana Man Karim hanya seorang tetapi mereka lebih 20 orang. sedangkan dulu seorang pembantu IT yang di pukul dua orang samseng pun mati ini pulak 20 orang , lumatlah kawan tu.

Menurut kata kata orang , maaf ..kesahihannya tidak saya ketahui. Pada malam kejadian Man bersama dua orang lagi rakan. Memandu kereta untuk pulang keruma bila tiba-tiba dia terlanggar binatang. Man mengatakan yang di langgar itu anjing tetapi temanya pula mengatakan dia melanggar kucing. Maklumlah kita orang melayu kalau langgar anjing selamba jer tapi kalau langgar kucing kita akan rasa bersalah juga sebab kucing adalah binatang kesayangan nabi kan?.

Untuk mendapat kepastian Man berpatah balik ketempat kejadian dan ini lah kesilapan yang tak dapat di tarik balik sebab katanya semasa mereka berpatah arah itu ada segerombolan mat motor sedang berlumba haram, mat motor ini menyangkakan yang Man ini mengejar mereka lalu di humban mereka topi keledar dan kena cermin kereta berderai dan akhirnya membuat man terbabas ke longkang , siapa yang tak marah kalau kena macam tu .

bila Man keluar dari kenderaan untuk berbincang dengan mat motor tu apalagi , samsengla katakan bertengkar-punya bertengkar, akhirnya lumat Man masa tu . saya dengar mat motor hentak dia dengan batu , topi keledar dan ada juga yang memijak-mijaknya dengan ketawa. Mungkin mereka ini semua mabuk pula masa tu . saya tahu kebanyakan mat motor di daerah itu kaki dadah.

Malah dulu pernah juga ada saya dengar cerita satu pasangan cina di tahan mereka kerana menganggu mereka berlumba , bila mereka berlumba jangan pandu ketengah jalan itu menimbulkan kemarahan mereka, yang lelaki di pukul setengah mati manakala yang perempuan di bogelkan dan mereka dalam ketawa suruh ah moi tu pergi balai polis buat lapuran yang mereka kena belasah dengan mat motor Jelapang. Lalu bila saya dengar ada orang kat tv kata mat motor tu haram jadah , saya gelak ajer la.


Sajak untuk Man Karim , al-fatihah dan ucap takziah buat keluarganya ... kesian 4 orang anaknya menjadi yatim ...


Sebuah Tragedi Man Karim


Oleh airmas_sz



Hanya kerana anjing dan kucing

Kau menjadi mangsa

Dari seribu tanda tanya

Apakah mati itu



Hanya kerana anjing dan kucing

Kau di selubungi banjingan

Yang merasa dunia ini punya mereka

Lalu maharajalela mereka

Di sepanjang jalan



Nyawamu bagai tidak berguna

Di cabut dengan paksa

Waktu mereka mengelilingimu

Kau tidak tahu lari



Percayalah Man Karim

Keadilan itu ada di mana-mana

Kau tak mungkin percuma



Sg. Siput (U)

150305


Ini untuk mat motor ... insaflah hidup nie bukan atas motor saja .. banyak lagi keindahan yang ada di dunia ini ...


Seru yang keliru

Oleh airmas_sz



Aku dengar gempitanya

Hinggakan langit seakan gelap

Segelap seru itu

Mereka menyaring bunyi

Irama kematian mendendang tari menari

Tepuk sorak mereka melihat kematian

Seolah mereka tak perlu mati

Bila melihat tebujur mayat

Dengan darah segar mengalir di matanya



Sg. Siput (U)

150305

3/12/2005

Satu perjalanan yang panjang…

Mungkin kita harus belajar tentang ‘brek’, secara zahirnya fungsi brek adalah untuk memberhentikan kenderaan yang kita pandu agar jangan terlalu laju. Namun kalau di kaji secara mendalam brek juga ada falsafah yang molek.
Bagaimanakah cara yang paling afdal untuk kita brek? Apakah dengan tiba-tiba kita tekan pedal, kita terus berhenti, pastinya kita tidak mampu untuk berhenti dari kelajuan tinggi dengan tiba-tiba, pasti sekali kita akan memperlahankan kenderaan kita dengan menekan brek perlahan-lahan hinggalah kita berhenti sepenuhnya.
Sayugia di ingatkan kalau kita hendak berhenti, jangan buat gila berhenti di tengah jalan , carilah tempat yang lebih afdal untuk berhenti. Kalau rajin juga hendak berhenti di tengah jalan, penyudah yang paling pasti kita tentunya akan bersantai di Hospital Pantai kalau tidak di Hospital gomen , berbungkus dengan hensem malah Mumia padang pasir pun akan cemburu dengan kualiti balutan di seluruh tubuh kita.
Lalu apabila kita sudah berhenti, apakah tindakan selanjutnya? Apakah sudah cukup bersyukur dengan sekadar membrek tadi dan berharap semuanya akan menjadi lancar dan meneruskan perjalanan. Betulkah tindakan tadi? Jangan jadi plawok (Sorry Jones –it hit me completely…LOL).
Dalam perjalanan, sebelum kita sampai ke destinasi kita hanya akan berhenti kalau kita menghadapi masaalah atau gangguan keatas perjalanan kita tadi. Kalau perjalanan kita lancar, lalu mimpi apa kita hendak berhenti?. Kita tentu sekali berhenti untuk mengatasi masalah yang menganggu kita sepanjang penjalanan, samaada tayar kurang angin atau enjin kita sudah hampir meletup.
Kalau berani mungkin ada juga orang yang terus juga berjalan dengan enjin meletup-letup, kita tidak sepatutnya bergitu , takut nanti sesudah habis meletup dengan kelajuan maksima, kita bakal jalan sendiri seperti Fred Flintstone dengan badan kenderaan kita, sedangkan enjin kita tinggalkan jauh sekilometer di belakang, kerana enjin itu sudah tidak mahu berhenti. (Merajuk enjin tu.)
Loh kita berhenti dan kita buat pemeriksaan kalau tak mampu jangan khawatir, pak pomen ada, hantar benkel, jangan susahkan diri kita dengan menjadi tikus yang akhirnya akan punah-ranah kenderaan kita.
Tentu ada yang berkata menulis sajak sama sekali tidak sama dengan membaiki kereta, mungkin ada benarnya, kita cerita tentang sajak dan bukan kereta. Cerita di atas hanyalah rekan semata-mata tidak ada kena mengena dengan alam nyata. (Satu metofora yang runcing LOL)… Kita hidup dengan manual, semua mesti berlandaskan sesuatu, kalau kita tak ada piawai karya kita pun hanya pawai.