Facebook Badge

1/27/2005

Bercerita tentang cinta

Adakah di antara saaudara semua yang tak pernah bercinta? … tentu soalan ini agak naive sifatnya? Loh saya bukan nak jadi doktor cinta tetapi apa yang saya nak ceritakan ini adalah dari perbualan saya dengan teman sepejabat waktu kami pergi “dept. Lunch tadi.
Seorang tu anak dara cina seorang lagi tu janda India , loh bercerita tentang cinta dengan saya … aduh macam mana mau jawab nih… bagi saya perkara cinta tu bukan benda yang kita nak hebah-hebahkan ala perkara dalam kelambu sifatnya pun dalam kelambu ..

Tetapi perkara yang menarik dari kesimpulan perbualan kosong kami tadi adalah … jeng jeng jeng … cinta itu mesti win-win …. Dua dua mesti menang kalau asyik nak menang sorang sorang saja dua dua akan kalah … paling penting toleransi , bertolakansur …loh sibuh nak kerja nie …. Nanti malam kalau ada masa boleh sambung lagik…

1/21/2005

Baru balik dari Sg Petani

Saya baru balik dari Sg. Petani malam raya saya dalam perjalanan pulang kerumah, memenatkan , tetapi apa nak di kata dah di tugakkan bergitu , kenalah buat. Di Sg Petani saya berjumpa dengan beberapa penduduk di sana kerana saya teringin juga nak ke Kuala Muda hendak lihat dengan mata kepala saya sendiri kesan dari petaka Tsunami, tetapi saya di beri tahu tempat tu telah di kawal ketat hanya orang tempatan sahaja yang boleh masuk. Lagi pula menurut cakap-cakap mereka. Tempat tu sudah hampir bersih dan kesan Tsunami tak berapa kelihatan (lagipun kita hanya kena serpihan sahaja).
Saya juga di beritahu bahawa nasib para nelayan sebelum Tsunami tidaklah malang malah mendapat rezeki yang melimpah ruah , dulunya mereka hanya mendapat ratusan ringgi tetapi dua minggu sebelum Tsunami mereka mendapat rezeki lebih dari itu hinga mencecah ribuan ringgit. Tetapi mereka ini pula bukan orangnya yang tahu menyimpan duit dalam bank , melainkan di simpan di dalam rumah sahaja.
Itulah kata mereka semasa selepas Tsunami pasukan penyelamat yang datang mencari mangsa di kawasan yang terlibat. Mencari mangsa dengan bersungguh-sungguh, mereka mencari hingga ke dalam almari dan laci , pelik bukan? Itulah, saya kata pelik , kalau dalam almari pun logik juga kalau ada mangsa yang menyorok di situ, tetapi kalau dalam laci mangsa apakah yang mereka cari?
Kata mereka , para nelayan tidak menyimpan wang dalam bank, tetapi wang yang banyak tu di simpan di rumah mereka. Jadi semasa Tsunami semua kelam kabut menyelamatkan diri. Rumah mereka terpaksa ditinggalkan bersama dengan wang hasil tangkapan sebelum Tsunami. Para penyelamat yang datang menyelamat tu pulak bukan semuanya penyelamat ada juga yang penyangak , itu yang dalam laci pun di cari mangsa …

Agaknya nak menyelamatkan tikus yang dalam laci tu agar tidak kepupusan pula nanti.

Selamat hari raya aidil adha untuk semua yang beragama islam , dan selamat menunaikan fardu haji kepada mereka yang berupaya mengerjakannya.

1/05/2005

Sajak khas untuk mangsa Tsunami

Peristiwa Tsunami memang sangat menyedihkan , dengan angka kematian yang semakin meningkat mengharukan perasaan, lalu aku ciptakan sajak-sajak ini khas untuk memperingati mangsa-mangsa yang maut kerana Tsunami.
aku dengar sekarang ada pula samseng taik minyak yang memperdagangkan anak-anak kecil mangsa Tsunami, aduh !!! sudahlam mereka itu menjadi trauma kerana Tsunami kini ada pulak yang ambil kesempatan. Apa nak jadi dengan manusia seperti ini , lebih baiklah mereka di telan Tsunami atau pun kita sama-sama tangkap dan rendam dia dalam laut. tak ada hati perut langsung....

Ombak besar - Aku tak pernah mendengar Tsunami
Oleh : Airmas_sz

Lalu mimpi apakah aku hari ini
Langit cerah menjadi gelita sekelip mata
Baru tadi aku mengutip timbunan ikan
Rezeki tak tersangka rupanya perangkap menerpa

Aku berdiri dengan ikan di tangan
Kala ombak itu mengumpul tenaga tiga bangunan
Aku dan anak-anak aku masih lagi lali

Kelibat ombak itu seperti raksaksa
Mahu membaham aku menjadi mangsa
Dan anak-anakku yang tidak berdosa
Lalu aku menjerit “lari, lari ombak sudah semakin tinggi”
Aku tak pernah mendengar Tsunami

Aku kejar anak-anak ku, aku kejar masa singkat itu
Dia datang menghempas ruang tidak mahu pulang percuma
Di ambilnya anakku terbang melambung
Menjerit, anakku menjerit
Bingung, aku pun bingung

Bagai mana anakku, aduhai
Bagaimana hendak aku lawan kudrat yang tak tertawan
Lepaskan, wahai ombak lepaskan anakku
Jangan kau pisahkan aku dari anak-anakku

Lalu dengan kudrat tuhan maha kuasa
Ombak besar tu pulangkan anakku
Walau hanya jasad tak bermaya
Aku terima aku terima berat dugaan ini

Tenanglah anakku
Bersama Dia yang meminjamkan kamu kepadaku
Aku masih bersyukur dengan getir pengalaman ini
Kerana aku masih dapat melihat pusaramu
Sedang beribu lagi tiada di kujung berita

sg. siput (u)
020105

Lagi satu ...

Satu Dugaan – Tsunami
Oleh airmas_sz

Tsunami ini datang mungkin
Dari satu sejarah mungkir
Bila gelora datang menyerang
Air mata ku pun berlenang

Lupa semua warga dunia
Pada rasa benci yang panjang
Bila semua insan malang
Hilang dalam satu malam

Tak terdaya aku
Lenakan mata ku ini
Melihat anak-anak kecil
hanyut dan mati

Samudera terbentang
Menjadi saksi
Kau berkuasa memungkinkan semua ini
Atas nama dugaan

Masih lagi aku berpegang
Pada takdir suratan tuhan
Hanya padaMu kami berserah
Dugaan ini sungguh parah

Sg.tanpatsunami
1/1/05