Facebook Badge

12/29/2004

Tsunami yang gagah

Khabarnya lebih 67,000 maut angkara tsumani yang terjadi dari gegaran gempa bumi dari bawah laut Aceh, malang sekali, itu yang saya boleh katakan. Betapa satu petaka dunia ini dengan sewenangnya meragut ribuan nyawa, mereka yang mati pula bukanlah apa-apa, tidak ada amaran , tsunami itu datang dengan tiba-tiba. Hanyut semua di gulung air yang selama ini menjadi mainan dan tempat riadah , syurga dunia.
Gegaran dan hempasan ombak besar tsunami yang gagah itu mengentam beribu-ribu batu jauhnya hingga ke benua India, Srilanka, Thailand, Malaysia malah hingga ke Australia dan Afrika pun terasa kesannya. Kesan dari petaka ini sebenarnya di rasakan oleh seluruh umat manusia. dan jumpah kematian yang amat banyak itu sungguh mengerikan.
Di malaysia kebanyakan bangunan pencakar langit merasai sedikit kesan gegaran gemba bumi itu, saya yang baru pulang dari majlis HESCOM anjuran www.Esastera.com tidak tahu tentang perkara gegaran hinggalah lewat malam, itupu setelah saya mendengar dari berita TV, amay sayu rasanya melihat di kaca TV gelimpangan mangsa-mangsa dari pelbagai jenis manusia dari penduduk tempatan hinggalah ke pelancung asing, semua yang di tempat kejadian mendapat maut secara tidak di sangka-sangka sama sekali.
Ada cerita yang saya dengar dari mereka yang berada dekat dengan tempat kejadian itu mengatakan bumi bergegar dan langit mendung, tiba-tiba ikan meloncat-loncat naik ke daratan, lalu mereka berkejar-kejaran mengaut rezeki yang tiba-tiba. Selama ini mereka terpaksa mengharung lautan untuk medapatkan ikan yang berbagai jenis, tetapi pada hari yang malang itu ikan menyerah diri, mereka yang berbondong-bondong datang mengaut rezeki mendapat kejutan yang amat sangat bila ganas ombak laut yang selama ini mereka kenal berubah rupa dan tidak terlawankan lagi.
khabarnya ia datang setinggi rumah tiga tingkat, dengan kepala air yang berwarna putih, mereka menjadi kerdil, ombak bertukar raksaksa yang ganas, ombak tidak di gelar gelora lagi kini namanya bertukar Tsunami.Tsunami asalnya dari perkataan Jepun yang makna nya lebih kurang "pelabuhan ombak". ombak yang biasanya 1- 2 meter menjadi lebih besar sehingga 10 kali ganda. tetapi ada juga dalam kajian tsunami yang saya baca menjadi 100 kali ganda dan dinamakan megatsunami.
semoga mereka yang menjadi mangsa bencana alam yang tak terduga ini, di cucuri rahmat Allah hendaknya.

No comments: