Facebook Badge

1/23/2013

Reinkarnasi



Lagu ini adalah lagu terbaru yang saya rakam , liriknya dari sajak Rimanilzah kalau kamu tak kenal dia kamu kodi, kodi bukan minuman cola yang popular, bukan juga adik beradik todi, kodi adalah sesuatu yang negatif

Melodi lagu ini terhasil sangat segera, seusai membaca sajak saya terus dapat melodi dan saya rakamkan ke handphone saya, minggu lepas saya hendak rakam lagu ini di studio sedang saya gunakan sekarang ini, tetapi nasib tak beruntung Mamat Khalid sudah potong trip, dia guna studio tu untuk buat soundtrack filem

Saya tak boleh membiarkan masa terluang begitu saja tambah pula ada studio lain yang boleh buat rakaman , walau studio ini agak cikai, tetapi hasilnya bolehlah



Dengarkan ...


REINKARNASI

kerikil di jalan tak pernah
bertanya - mengapakah hanya
debu-debu yang sudi singgah? dan
hujan telah lama tidak turun
bagai kalut yang tak terurus
masa yang panjang terasa singkat
ruang yang luas terasa terbatas.

sebuah jawapan tanpa soalan
terbiar nanar tanpa dipedulikan
- jika hidup memerlukan kata-kata
dia memilih diam - kerana setiap
kata ialah hukuman tanpa ampun.

tuduhan demi tuduhan pun terhunjam
menyelusup ke dalam tanah
kerna yang bernafas di bumi
enggan mengakui silap sendiri.

-rimanilzah-
bukit jana, kamunting
17-01-2013


Sedikit maklumat tambahan, album terbaru hampir siap tajuk tentatif  "mimpi malam jumaat" , tentatif siap pada bulan February, lambat sikit sebab kena potong trip, dan lagi, saya masih dalam proces untuk memilih lagu mana yang akan saya masukan kedalam album "mimpi malam jumaat"

Kaver pun dah siap tentatif jugalah terima kasih kepada Sdr Raduan Norudin yang design , simple tapi memadai untuk saya, design album saya ambil dari pada lukisan Abdullah Jones, berita baik , lukisan itu milik saya kalau saya pergi Pahang, untuk ambil lukisan tu saya perlu tunggu tahun melawat Pahang yang entah bila

oh ya kalau kamu tak kenal Airmas SZ kamu kodi ,pergi kamu minum todi hahahaha





1/03/2013

Membaca mimpi di laut biru


Sebelum saya cerita panjang, saya ceritakan dulu mimpi yang pernah saya tulis di Facebook, ini mimpi yang secara kebetulan saya terjaga dan di sebelah saya ada Android, saya pun tulis
Mimpi pelik

Seharian dengan pemimpin menziarah orang susah, saya ditegur oleh seorang bekas peserta rancangan realiti, oleh kerana dia bercakap dalam dialek yang sangat pekat saya sangat sukar untuk memahami biji butir melainkan dia menunjukan paip getah penyembur yang mungkin rosak

Saya cuba guna getah paip itu, ternyata ia masih boleh digunakan, lama kemudian pancutan menjadi laju ,ketika itu saya nampak rombongan itu mahu pulang, saya bergegas mengejar hingga ke lif dan saya terlepas

saya tunggu lif kemudian untuk ke hotel, 

Apabila lif terbuka saya nampak pemimpin itu terlentang didalam dia sedang mabuk, dia seorang diri orang kelilingnya semua sudah tiada, kata-katanya juga sukar saya fahami bahasa orang mabuk, tetapi saya tahu dia mahu melupakan dunia, itu caranya

Keluar lif saya ke masjid saya perlu segera lari walau kedengaran kuliah saya takut lambat disitu peliknya saya jumpa lagi dengan pemimpin itu bersongkok, saya katakan padanya kamu bukan islam mengapa kamu kesini? jawabnya dia mahu memahami


Pebualan kami terhenti bila bekas peserta realiti tadi juga bersama saya untuk solat , masjid sangat indah ,kolah wuduknya kolam, ada anak anak yang tak tahan sedang mandi dalamnya , saya dengar ada bapa berkata pada anaknya jangan kencing disini ini tempat wuduk

Tiba tiba dua orang teman lama saya merungut kerana paip yang digunakan tak mengeluarkan air ,saya kata kamu memeggang bahagian yang salah ,dia menjadi malu ternyata saya benar, saya segera ambil wuduk terus masuk masjid orang sudah ramai 


Saya memanjat tangga untuk ketingkat atas ,tiba-tiba saya rasa ada seseorang meraba-raba saya, tengah ramai ramai saya bawa dia ketepi dan baru saya sedar dia seorang perempuan, alamak habis wuduk saya

saya terus keluar mencari paip air untuk mengambil wuduk lagi sekali, ketika itu baru saya sedar badan saya ada debu hitam ,saya syak debu itu datang dari perempuan itu, saya teruskan membasuh lengan saya tetapi aneh dalam mencair debu hitam itu ada kesan tulisan "ini ilmu hitam" saya terkejut dan terjaga

Alamak, panjang pula mimpi saya, namun ia adalah satu pengalaman yang sangat pelik, dan peliknya saya segera menulis mimpi saya, selalunya saya akan lupa dengan mimpi-mimpi saya, saya adalah orang yang tidak pernah tidur tanpa mimpi, sudah lali dengan mimpi-mimpi ada sekali tu mimpi cerita Avatar dan saya salah seorang dari makluk planet dan ianya sangat romantik

Mimpi romantik banyak kena sensor, jadi malas nak tulis, lebih baik saya cerita tentang lukisan yang  bawah ni, saya sangat suka dengan lukisan ni, pertama kali saya lihat lukisan ini, saya mentafsirnya dalam diri, saya nampak pelukis memberitahu bahawa hidup ini, penuh dengan mimpi-mimpi

Lone Bully - Abdullah Jones

Mimpi-mimpi yang pelbagai rencam itu adalah pembayang pada hidup, kalau tidak pun ia memberitahu kita seberat mana kehidupan itu, kita akan harungi dengan mimpi-mimpi, orang yang tak ada mimpi dia tak ada wawasan, orang yang tak ada wawasan, tak ada harapan, orang yang tak ada harapan, bila tengok lukisan macam tengok sarkas, alif nun tendang wau

Tompok-tompok ragam gelora, calit-calit bulatan pada separuh lukisan ini, saya baca seperti hidup ini, ombak laut ia datang dan pergi, tetapi ia akan tetap datang dan ia tetap akan pergi, kita ada masalah kalau ia berterusan datang, masalah juga kalau berterusan ia pergi, hidup tanpa gelora sangat sunyi, seperti hidup tanpa cinta contohnya

Sebelum kamu kenal cinta, kamu akan mencari-cari cinta, ketika kamu ada cinta dan ia pergi, kamu akan rasa sangat rungsing, seolah dunia mahu kiamat, kamu tak akan rela hidup tanpa cinta, kamu akan jadi sangat kosong, manusia itu penipu kalau tak percaya pada cinta, kamu juga lahir kerana cinta

Watak berdiri menentang ombak gelora yang mendatang, adalah seluruh manusia, setiap sesiapapun akan menentang gelora, tak akan berhenti peristiwa hidup datang dan pergi, mahu tak mahu, separuh hidup kamu menghadap cinta dan pelbagai variasinya,

Lumrahnya setelah hidup kamu pun akan mati, tetapi di statik lukisan ini, kamu akan teguh berdiri menentang badai, walau setinggi langit, sebelum sampai seru, kamu akan berseteru dengan kehidupan, masa tak menanti kamu, setiap detik menjadi sejarah, kamulah pelukis sejarah hidup kamu, kalau kamu mahu biru, hijau, hitam ,putih, sejarah itu bermula dengan kaki kamu

Dah panjang-panjang menulis tentang lukisan ini, saya masih tak faham mengapa tajuknya Lone Bully, dan kata pelukisnya pula, lukisan ini untuk menhabiskan warna biru sebab warna lain dah habis