Facebook Badge

11/14/2013

Bila Langit jadi Kuning


(ini tulisan lama) 


Satu ketika dahulu sewaktu saya masih remaja, saya pulang ke kampung dengan mendapati abah saya tiada di rumah pergi meniaga agaknya, abah saya berniaga buah pamelo di Pantai Remis.

Rumah abah dikunci, sedangkan saya waktu itu datang melengang, duit untuk balik tak ada, tak cukup beberapa sen sahaja lagi duit tambang. Rasa macam nak nangis.

Saya pun menongkat dagu di tangga rumah, tak beberapa lama atuk saya datang, saya lihat dia sangat gembira melihat saya, cucunya yang sudah lama dia tak jumpa.

Atuk mengajak saya ke kedai untuk makan, saya tak mahu sebab saya tahu atuk mana ada kerja dan mana ada duit nak belanja saya yang tak cukup beberapa sen sahaja lagi duit tambang.

Saya yang waktu itu sangat lapar akhirnya mengambil keputusan untuk membelanjakan duit yang tak cukup beberapa sen sahaja lagi tambang itu dengan membeli meggi.

Saya makan meggi sejak saya darjah satu, memang banyak orang nasihat saya jangan makan meggi sebab mereka kata makan meggi cepat mati, lagi pun menurut kajian mereka orang yang makan meggi akan cerah kepalanya.

Sayang sekali, sampai sekarang saya masih tidak botak seperti kawan saya yang menyambut hari jadinya baru-baru ini, malah saya masih lagi kelihatan muda kerana saya tidak langsung ada uban, ini sangat mengecewakan kawan-kawan saya.

Apa yang saya boleh cakap hanyalah kalau nak mati bukan kerana makan meggi saja, kat mana mana pun boleh padam.

Untuk menyerikan hari anda yang banyak beruban dan botak kerana makan meggi , saya persembahkan satu lagu yang mengambarkan saya masih lagi muda....

Bila Langit jadi Kuning

Di mana
Di mana langit mana bintang
Telah hilang
Sewaktu gerhana menyerang
Satu gelang melingkari badan bulan
Sangkakala yang berbunyi satu bingit

Tiada lagi
Bumi tempat kau berdiri
Bergulungan
Bukit-bukit bercumbuan
Berguguran
Bulan bintang dengan awan
Bumi sudah meninggalkan dunia fana

Percaya
Bila langit jadi kuning
Matahari
Telah songsang laluannya
Dan di sana
Kita semua kembali
Semua kita telah mati
Telah mati

Tiada lagi
Hasad dengki iri hati
Debar jantung
Hanya menanggung diri sendiri
Di bawah Satu
Hanya Dia yang satu
Amal budi dosa pahala Dia hitung
Airmas_sz 2125 020407

5/10/2013

Pendatang

Orang cina adalah pendatang dan saya setuju dengan kenyataan ini merujuk pada sejarah, pada asalnya orang cina ini diangkut masuk ke Tanah Melayu

Mereka pendatang dalam erti kata yang sesungguhnya

Mereka datang  untuk menjadi kuli di lombong bijih timah, nota sejarah yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa hatta kalau dikatakan dijemput ke Tanah Melayu juga atas kapasitinya sebagai pendatang

Pada waktu sejarah kedatangan mereka, Negara Cina masih lagi tanah tumpah darah mereka, mereka juga masih ada keluarga yang mereka tinggalkan di China

Mereka diberikan kemudahan untuk mencari makan di Malaya oleh penjajah British, kerana orang melayu kebanyakannya atau mungkin semua kaya-raya dan tidak mahu bekerja melainkan untuk berkhidmat kepada Penghulu dan Raja-Raja melayu

Menjadi kuli adalah sangat hina, maruah seorang melayu sangat tercabar kalau menjadi kuli, hidup cukup makan adalah orang melayu dan itulah kaya yang sebenarnya

Penjajah British sangat berjaya menutup mulut orang melayu dengan kemewahan hasil negara bertuah ini, orang melayu tidak ditawar menjadi kuli, kalau ada juga yang mahu jadi kuli ,jumlahnya masih tidak cukup untuk menampung kekosongan kerja kuli pada masa itu, kalau tidak orang Cina tak merasa duduk di Tanah Melayu

Orang Melayu pula sangat lemah untuk keluar dari penjajahan yang telah berlaku lebih 500 tahun, hanya mampu melihat hasil bumi di kaut penjajah dengan dibantu pendatang ini

Serangan Jepun dan perang perang yang kemudiannya, telah membuka mata Melayu, tambah pula jepun datang dengan laungan Asia untuk orang Asia, maka Tanah Melayu untuk orang melayu juga

Hiruk pikuk pun berlaku , Tanah Melayu mahu merdeka, pada logiknya Tanah Melayu yang merdeka tentulah warga negaranya orang Melayu sahaja, tetapi ini tidak berlaku

Orang Cina tidak dapat atau tidak mahu kembali ke negara asal mereka kerana beberapa perkara ,namun yang paling ketara kehidupan di Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi Malaysia yang merdeka adalah lebih baik dari negara asal mereka

Mereka mahu tetap tinggal di Malaysia dengan syarat-syarat yang ada dalam kontrak sosial dalamnya orang Melayu ada hak-hak istimewa, orang cina juga tidak mahu melupakan budaya mereka antaranya untuk hidup mati sebagai orang Cina merujuk pada bangsa mereka bukan kepada negara asal

Untuk menjadi rakyat Malaysia Mereka melupakan negara asal, mahu menjadi orang cina di Tanah Melayu dan mahu sama-sama membangunkan negara ini, malah juga mempertahankan kedaulatannya dengan menerima Raja-raja melayu sebagai penaung rakyat Malaysia

Sewaktu Merdeka dilaungkan, Malaya yang kemudiannya bersama Sabah dan Serawak akhirnya menjadi Malaysia dengan kemerdekaan itu orang cina diberikan kewarganegaraan dengan sempurna menjadi rakyat Malaysia walau ada antara mereka yang langsung tidak tahu bercakap melayu

Orang cina pun duduk tinggal di Malaysia beranak pinak dan menjadi rakyat negara Malaysia dan tidak lagi mengangap diri mereka pendatang dan kalau mengikut tafsiran dimana bumi dipijak mereka masih pendatang tetapi mereka yang ada sekarang ini dilahirkan di Malaysia memang bukan pendatang, melainkan mereka adalah anak Malaysia

Sewaktu ini rakyat Malaysia berasa sangat sangsi dengan kebanjiran imigran yang datang mengisi peluang kerja yang ada di Malaysia, ianya adalah sebuah sejarah yang mungkin berulang

4/18/2013

Tubir Perpisahan



Kepada orang bercinta,

Cinta itu memang mengasyikkan, berlarian di padang luas hingga berjumpa pula dengan ladang bungga yang berwarna-warni, nikmat yang keterlaluan tidak akan selamanya kekal,kadang kamu akan terlupa bahawa nikmat itu bukan hak kelahiran, kerana lumrahnya kehidupan, ada saja halangan yang akan melingkari perjalanan ,cinta tak menjadi agung tanpa dugaan

Halangan itu sebenarnya bukan dicipta untuk kamu, bukan juga ia semestinya ada, tetapi ia adalah sesuatu yang ada, bila ia datang dalam hidup kamu ,diketika itu ,kamu akan merasakan dunia ini terlalu gelap dan sempit, hingga kamu terlupa apabila menerima halangan ,kamu masih ada harapan-harapan lain di dunia ini

Ingatlah kamu dilahirkan untuk menuju jalan yang lurus,tiada apa yang lebih utama dari jalan yang lurus itu

Sekian

Nikmati lagu yang sangat bercinta


Tajuk : Tubir Perpisahan

Intro : bm  A D Em F# Bm

Bm                      D
Dalam redha aku mengejar pelangi
Em                        F#             Bm           F#
namun duka lahirkan lara penyesalan
G                                         F#
bayangan terkhilaf dari mentari terbenam
Em                                           F#
mimpi semalam membawa kering air mata

Bm                      D
Biarkan aku nazak sendirian
Em                F#             Bm           F#
Meneliti seksa sandiwara cinta
G                 A                     F#          Bm
Janji yang dipateri pada pertemuan
Em                F#                Bm
Kau leburkan ditubir perpisahan

Chorus
A                     D             Em            F#
aku menyanyi dalam duka hujan renyai
Bm                                      Em
aku dendangkan luka yang menghiris
 A                                       F#
senyumanmu tak lagi mengubat hati
G                       Em                  A
Lena aku dalam pelukan penuh mimpi

Solo : Bm      Em      A       F#    G   Em     Bm  

Bm                      D
Rentak tari hidupku semakin pincang
Em                F#             Bm           F#
Menyelusuri langkah kamu berpergian
G                 A                     F#          Bm
Mentaripun turut menjadi suram
Em                F#                Bm
Menangisi alam yang kian kelam

Lagu : Mentol180watt
Lirik : Dienie Alwayz Abadi / Balya / Airmas sz

1/23/2013

Reinkarnasi



Lagu ini adalah lagu terbaru yang saya rakam , liriknya dari sajak Rimanilzah kalau kamu tak kenal dia kamu kodi, kodi bukan minuman cola yang popular, bukan juga adik beradik todi, kodi adalah sesuatu yang negatif

Melodi lagu ini terhasil sangat segera, seusai membaca sajak saya terus dapat melodi dan saya rakamkan ke handphone saya, minggu lepas saya hendak rakam lagu ini di studio sedang saya gunakan sekarang ini, tetapi nasib tak beruntung Mamat Khalid sudah potong trip, dia guna studio tu untuk buat soundtrack filem

Saya tak boleh membiarkan masa terluang begitu saja tambah pula ada studio lain yang boleh buat rakaman , walau studio ini agak cikai, tetapi hasilnya bolehlah



Dengarkan ...


REINKARNASI

kerikil di jalan tak pernah
bertanya - mengapakah hanya
debu-debu yang sudi singgah? dan
hujan telah lama tidak turun
bagai kalut yang tak terurus
masa yang panjang terasa singkat
ruang yang luas terasa terbatas.

sebuah jawapan tanpa soalan
terbiar nanar tanpa dipedulikan
- jika hidup memerlukan kata-kata
dia memilih diam - kerana setiap
kata ialah hukuman tanpa ampun.

tuduhan demi tuduhan pun terhunjam
menyelusup ke dalam tanah
kerna yang bernafas di bumi
enggan mengakui silap sendiri.

-rimanilzah-
bukit jana, kamunting
17-01-2013


Sedikit maklumat tambahan, album terbaru hampir siap tajuk tentatif  "mimpi malam jumaat" , tentatif siap pada bulan February, lambat sikit sebab kena potong trip, dan lagi, saya masih dalam proces untuk memilih lagu mana yang akan saya masukan kedalam album "mimpi malam jumaat"

Kaver pun dah siap tentatif jugalah terima kasih kepada Sdr Raduan Norudin yang design , simple tapi memadai untuk saya, design album saya ambil dari pada lukisan Abdullah Jones, berita baik , lukisan itu milik saya kalau saya pergi Pahang, untuk ambil lukisan tu saya perlu tunggu tahun melawat Pahang yang entah bila

oh ya kalau kamu tak kenal Airmas SZ kamu kodi ,pergi kamu minum todi hahahaha





1/03/2013

Membaca mimpi di laut biru


Sebelum saya cerita panjang, saya ceritakan dulu mimpi yang pernah saya tulis di Facebook, ini mimpi yang secara kebetulan saya terjaga dan di sebelah saya ada Android, saya pun tulis
Mimpi pelik

Seharian dengan pemimpin menziarah orang susah, saya ditegur oleh seorang bekas peserta rancangan realiti, oleh kerana dia bercakap dalam dialek yang sangat pekat saya sangat sukar untuk memahami biji butir melainkan dia menunjukan paip getah penyembur yang mungkin rosak

Saya cuba guna getah paip itu, ternyata ia masih boleh digunakan, lama kemudian pancutan menjadi laju ,ketika itu saya nampak rombongan itu mahu pulang, saya bergegas mengejar hingga ke lif dan saya terlepas

saya tunggu lif kemudian untuk ke hotel, 

Apabila lif terbuka saya nampak pemimpin itu terlentang didalam dia sedang mabuk, dia seorang diri orang kelilingnya semua sudah tiada, kata-katanya juga sukar saya fahami bahasa orang mabuk, tetapi saya tahu dia mahu melupakan dunia, itu caranya

Keluar lif saya ke masjid saya perlu segera lari walau kedengaran kuliah saya takut lambat disitu peliknya saya jumpa lagi dengan pemimpin itu bersongkok, saya katakan padanya kamu bukan islam mengapa kamu kesini? jawabnya dia mahu memahami


Pebualan kami terhenti bila bekas peserta realiti tadi juga bersama saya untuk solat , masjid sangat indah ,kolah wuduknya kolam, ada anak anak yang tak tahan sedang mandi dalamnya , saya dengar ada bapa berkata pada anaknya jangan kencing disini ini tempat wuduk

Tiba tiba dua orang teman lama saya merungut kerana paip yang digunakan tak mengeluarkan air ,saya kata kamu memeggang bahagian yang salah ,dia menjadi malu ternyata saya benar, saya segera ambil wuduk terus masuk masjid orang sudah ramai 


Saya memanjat tangga untuk ketingkat atas ,tiba-tiba saya rasa ada seseorang meraba-raba saya, tengah ramai ramai saya bawa dia ketepi dan baru saya sedar dia seorang perempuan, alamak habis wuduk saya

saya terus keluar mencari paip air untuk mengambil wuduk lagi sekali, ketika itu baru saya sedar badan saya ada debu hitam ,saya syak debu itu datang dari perempuan itu, saya teruskan membasuh lengan saya tetapi aneh dalam mencair debu hitam itu ada kesan tulisan "ini ilmu hitam" saya terkejut dan terjaga

Alamak, panjang pula mimpi saya, namun ia adalah satu pengalaman yang sangat pelik, dan peliknya saya segera menulis mimpi saya, selalunya saya akan lupa dengan mimpi-mimpi saya, saya adalah orang yang tidak pernah tidur tanpa mimpi, sudah lali dengan mimpi-mimpi ada sekali tu mimpi cerita Avatar dan saya salah seorang dari makluk planet dan ianya sangat romantik

Mimpi romantik banyak kena sensor, jadi malas nak tulis, lebih baik saya cerita tentang lukisan yang  bawah ni, saya sangat suka dengan lukisan ni, pertama kali saya lihat lukisan ini, saya mentafsirnya dalam diri, saya nampak pelukis memberitahu bahawa hidup ini, penuh dengan mimpi-mimpi

Lone Bully - Abdullah Jones

Mimpi-mimpi yang pelbagai rencam itu adalah pembayang pada hidup, kalau tidak pun ia memberitahu kita seberat mana kehidupan itu, kita akan harungi dengan mimpi-mimpi, orang yang tak ada mimpi dia tak ada wawasan, orang yang tak ada wawasan, tak ada harapan, orang yang tak ada harapan, bila tengok lukisan macam tengok sarkas, alif nun tendang wau

Tompok-tompok ragam gelora, calit-calit bulatan pada separuh lukisan ini, saya baca seperti hidup ini, ombak laut ia datang dan pergi, tetapi ia akan tetap datang dan ia tetap akan pergi, kita ada masalah kalau ia berterusan datang, masalah juga kalau berterusan ia pergi, hidup tanpa gelora sangat sunyi, seperti hidup tanpa cinta contohnya

Sebelum kamu kenal cinta, kamu akan mencari-cari cinta, ketika kamu ada cinta dan ia pergi, kamu akan rasa sangat rungsing, seolah dunia mahu kiamat, kamu tak akan rela hidup tanpa cinta, kamu akan jadi sangat kosong, manusia itu penipu kalau tak percaya pada cinta, kamu juga lahir kerana cinta

Watak berdiri menentang ombak gelora yang mendatang, adalah seluruh manusia, setiap sesiapapun akan menentang gelora, tak akan berhenti peristiwa hidup datang dan pergi, mahu tak mahu, separuh hidup kamu menghadap cinta dan pelbagai variasinya,

Lumrahnya setelah hidup kamu pun akan mati, tetapi di statik lukisan ini, kamu akan teguh berdiri menentang badai, walau setinggi langit, sebelum sampai seru, kamu akan berseteru dengan kehidupan, masa tak menanti kamu, setiap detik menjadi sejarah, kamulah pelukis sejarah hidup kamu, kalau kamu mahu biru, hijau, hitam ,putih, sejarah itu bermula dengan kaki kamu

Dah panjang-panjang menulis tentang lukisan ini, saya masih tak faham mengapa tajuknya Lone Bully, dan kata pelukisnya pula, lukisan ini untuk menhabiskan warna biru sebab warna lain dah habis