Facebook Badge

6/22/2010

Syurganya adalah neraka

tajuk : Syurganya adalah neraka

di lorong belakang celah deretan bangunan
comot berkarat
bau hanyir bangkai tikus menyumbat longkang yang hancing
tak sehapak gejolak di dadamu
panas mentari menggigit kulit yang terik
pusaran kipas tua tak bisa menahan keringat yang tumpah
cadar kusam dibasahi peluh sang penagihmu
dalam neraka kau masih berikan mereka syurga
buat serigala yang laparnya menegang
asalkan kau dimandikan merah dan biru
asalkan terisi kantong dan perutmu
asalkan anakmu tak menangis lapar susu
asalkan esok masih ada waktu
persetankan semua
pedulikan mereka
yang tak pernah bertanya mengapa
yang tak pernah coba menyapa
yang tak mahu mengerti
yang hanya tahu mengeji
dalam zulmat gelap sisi hidupmu
ku yakin kau masih memasang mimpi indah
menanti sejalur cahaya menembusi dinding beku itu
membebaskanmu dari neraka
yang menagih syurgamu


Karya : KulupSakah

6/10/2010

Dua anak tanpa kasut

Gambar dari www.thestar.com.my


Dua anak tanpa kasut

Mohd Ali dan Mina
bukan nama sebenar
Dua anak tanpa kasut

berjalan di kaki lima
tertangkap di titiwangsa
di tuduh minta sedekah

emosi mereka terganggu
kerana di ajar ibu
meminta pada orang awam
yang tak berdosa

ibunya seorang pengemis
di kurung dalam lokap
di dakwa kerna cuai
mengabai kan anak-anak

hari hari perutnya lapar
tiada siapa mahu tahu
hari hari perutnya lapar
tiada siapa mahu peduli

Kiranya ibu bersalah
Di denda duapuluh ribu
Mungkinkah boleh di bayar
jumlahnya secara ansuran
Dengan mengemis seumur hidup

Airmas SZ
110610 0336
SSU