Facebook Badge

5/17/2010

Long Live Rock N Roll

I have been mesmerized by his version of Metal, he is the Heavy Metal

I'm a Dio wanabee .........James RIP

5/10/2010

Maskara 21

“Sudah lapan kali kau datang sini, sampai kat Penjara Pudu  ni pun kau tak rasa macam boleh sampai DBP?”, saya menyumpah engineer jalanraya KL,  sebab saya tersesat sampai terpaksa masuk Kerinchi Link, pusingan pertama saya dah nampak dah bangunan  DBP, saya kata pada kawan-kawan dalam kereta, Rumah Pena belakang DBP tu jer, lepas tu saya kona masuk jalan ke Cheras rasanya, ah sudah silap, majlis sumpah seranah engineer jalanraya KL bertambah hebat.

Saya terpaksa cari jalan untuk U-turn,  dan jalan terus , ya terus ke Kerinchi Link, bangunan DBP menjadi kenangan kerana yang nampak adalah bangunan syarikat insuran, 20 minit kemudian saya sampai semula ke Penjara Pudu , saya jalan terus tadak kona, sampai nampak rumah Gapena dan rumah Pena, yang shilakanya  si Naga-Naga suruh park kat jirat cina, sungguh tak guna

Tetapi jangan kata saya, Kulup Sakah yang duduk kat KL pun boleh sesat

Ini adalah pertama kalinya saya ke Maskara, satu event yang kononnya sangat hip dan sangat hop, kerana Sinaga-naga pakai topi Hip-hop agaknya, menurut Naga, dia hanya sediakan pentas jer, jadi, kami, saya dan kawan-kawan yang datang dengan saya, asalnya khawatir takut tak ada instrument dan amp, kami bawa amp kami sendiri pada hari itu, tetapi bila tanya pada Naga katanya amp ada , amp bass pun ada. Kami ambil keputusan ambil gitar sahaja, amp yang kami bawa tu buat penuh bonet jer.

 saya dan kawan-kawan yang datang dengan saya, sangat teruja bila tengok ada drum set di atas pentas, ini sudah bagus, boleh kasi gempak dengan lagu Mentol100watt , dalam kepala kami dah merancang nak buat dua sessi persembahan 3 lagu dari album sebelah hitam 3 lagi dari Album Mentah Mentol100watt, siap buat pilihan lagu on tha spot.

kawan-kawan yang datang dengan saya sangat hairan, katanya “ musik macam ni pun ada orang datang  nak tengok mengalahkan  gig-gig indie”, mereka tidak biasa tengok orang buat show pakai gitar jer, saya kata itu biasa ada yang buat show pakai air liur jer baca sajak. Itu seni, ada seni begitu ada seni begini.

Jones ada kat belakang kata Naga yang sangat bangga menggenggam walkietalkie, di sebelahnya Nik BinJidan yang kemudiannya menjadi ahli orchestra terunadara saya, Nik main harmonica untuk malam itu, Jones tu memang saya dah agak tak berani kedepan kalau ikutkan labun melangit hahahaha

persembahan Asmidar agak menarik, tetapi saya rasa dia tak dengar suara dia sendiri, atau tidak dapat mendengar muzik dengan jelas. Selepas itu ada persembahan dari penyanyi yang asyik gitar problem, Saya tidak dapat menghayati keseluruhan persembahan melainkan persembahan Meor plus Rs Murti plus mat salleh, kami tunggu mereka cepat habis sebab kami telah merancang nak memangsakan drumset tu .  malangnya seusai persembahan mereka drumset pun hilang bersama mat salleh tu, cis bedebah betul. Terpaksa tukar rancangan nyanyi lagu dari album sebelah hitam saja, kukucewa

Giliran saya selepas Fadly Rahman, mereka sangat rock,lagunya pun sedap-sedap, kami tunggu belakang pentas , kami memang orang yang tidak penyabar, bila kami main macam peluru nak habis cepat.

5/06/2010

Maskara 21


Lelaki Perak bersalut emas? .... blush
Airmas di Maskara? AIRMASKARA ... jones lucah ker ni?