Salam
Ramadan
Dan
Selamat
Hari
Raya
Facebook Badge
8/27/2010
7/18/2010
6/22/2010
Syurganya adalah neraka
tajuk : Syurganya adalah neraka
di lorong belakang celah deretan bangunan
comot berkarat
bau hanyir bangkai tikus menyumbat longkang yang hancing
tak sehapak gejolak di dadamu
panas mentari menggigit kulit yang terik
pusaran kipas tua tak bisa menahan keringat yang tumpah
cadar kusam dibasahi peluh sang penagihmu
dalam neraka kau masih berikan mereka syurga
buat serigala yang laparnya menegang
asalkan kau dimandikan merah dan biru
asalkan terisi kantong dan perutmu
asalkan anakmu tak menangis lapar susu
asalkan esok masih ada waktu
persetankan semua
pedulikan mereka
yang tak pernah bertanya mengapa
yang tak pernah coba menyapa
yang tak mahu mengerti
yang hanya tahu mengeji
dalam zulmat gelap sisi hidupmu
ku yakin kau masih memasang mimpi indah
menanti sejalur cahaya menembusi dinding beku itu
membebaskanmu dari neraka
yang menagih syurgamu
Karya : KulupSakah
di lorong belakang celah deretan bangunan
comot berkarat
bau hanyir bangkai tikus menyumbat longkang yang hancing
tak sehapak gejolak di dadamu
panas mentari menggigit kulit yang terik
pusaran kipas tua tak bisa menahan keringat yang tumpah
cadar kusam dibasahi peluh sang penagihmu
dalam neraka kau masih berikan mereka syurga
buat serigala yang laparnya menegang
asalkan kau dimandikan merah dan biru
asalkan terisi kantong dan perutmu
asalkan anakmu tak menangis lapar susu
asalkan esok masih ada waktu
persetankan semua
pedulikan mereka
yang tak pernah bertanya mengapa
yang tak pernah coba menyapa
yang tak mahu mengerti
yang hanya tahu mengeji
dalam zulmat gelap sisi hidupmu
ku yakin kau masih memasang mimpi indah
menanti sejalur cahaya menembusi dinding beku itu
membebaskanmu dari neraka
yang menagih syurgamu
Karya : KulupSakah
6/10/2010
Dua anak tanpa kasut
Gambar dari www.thestar.com.my
Dua anak tanpa kasut
Mohd Ali dan Mina
bukan nama sebenar
Dua anak tanpa kasut
berjalan di kaki lima
tertangkap di titiwangsa
di tuduh minta sedekah
emosi mereka terganggu
kerana di ajar ibu
meminta pada orang awam
yang tak berdosa
ibunya seorang pengemis
di kurung dalam lokap
di dakwa kerna cuai
mengabai kan anak-anak
hari hari perutnya lapar
tiada siapa mahu tahu
hari hari perutnya lapar
tiada siapa mahu peduli
Kiranya ibu bersalah
Di denda duapuluh ribu
Mungkinkah boleh di bayar
jumlahnya secara ansuran
Dengan mengemis seumur hidup
Airmas SZ
110610 0336
SSU
6/06/2010
5/17/2010
Long Live Rock N Roll
I have been mesmerized by his version of Metal, he is the Heavy Metal
I'm a Dio wanabee .........James RIP
I'm a Dio wanabee .........James RIP
5/10/2010
Maskara 21
“Sudah lapan kali kau datang sini, sampai kat Penjara Pudu ni pun kau tak rasa macam boleh sampai DBP?”, saya menyumpah engineer jalanraya KL, sebab saya tersesat sampai terpaksa masuk Kerinchi Link, pusingan pertama saya dah nampak dah bangunan DBP, saya kata pada kawan-kawan dalam kereta, Rumah Pena belakang DBP tu jer, lepas tu saya kona masuk jalan ke Cheras rasanya, ah sudah silap, majlis sumpah seranah engineer jalanraya KL bertambah hebat.
Saya terpaksa cari jalan untuk U-turn, dan jalan terus , ya terus ke Kerinchi Link, bangunan DBP menjadi kenangan kerana yang nampak adalah bangunan syarikat insuran, 20 minit kemudian saya sampai semula ke Penjara Pudu , saya jalan terus tadak kona, sampai nampak rumah Gapena dan rumah Pena, yang shilakanya si Naga-Naga suruh park kat jirat cina, sungguh tak guna
Tetapi jangan kata saya, Kulup Sakah yang duduk kat KL pun boleh sesat
Ini adalah pertama kalinya saya ke Maskara, satu event yang kononnya sangat hip dan sangat hop, kerana Sinaga-naga pakai topi Hip-hop agaknya, menurut Naga, dia hanya sediakan pentas jer, jadi, kami, saya dan kawan-kawan yang datang dengan saya, asalnya khawatir takut tak ada instrument dan amp, kami bawa amp kami sendiri pada hari itu, tetapi bila tanya pada Naga katanya amp ada , amp bass pun ada. Kami ambil keputusan ambil gitar sahaja, amp yang kami bawa tu buat penuh bonet jer.
saya dan kawan-kawan yang datang dengan saya, sangat teruja bila tengok ada drum set di atas pentas, ini sudah bagus, boleh kasi gempak dengan lagu Mentol100watt , dalam kepala kami dah merancang nak buat dua sessi persembahan 3 lagu dari album sebelah hitam 3 lagi dari Album Mentah Mentol100watt, siap buat pilihan lagu on tha spot.
kawan-kawan yang datang dengan saya sangat hairan, katanya “ musik macam ni pun ada orang datang nak tengok mengalahkan gig-gig indie”, mereka tidak biasa tengok orang buat show pakai gitar jer, saya kata itu biasa ada yang buat show pakai air liur jer baca sajak. Itu seni, ada seni begitu ada seni begini.
Jones ada kat belakang kata Naga yang sangat bangga menggenggam walkietalkie, di sebelahnya Nik BinJidan yang kemudiannya menjadi ahli orchestra terunadara saya, Nik main harmonica untuk malam itu, Jones tu memang saya dah agak tak berani kedepan kalau ikutkan labun melangit hahahaha
persembahan Asmidar agak menarik, tetapi saya rasa dia tak dengar suara dia sendiri, atau tidak dapat mendengar muzik dengan jelas. Selepas itu ada persembahan dari penyanyi yang asyik gitar problem, Saya tidak dapat menghayati keseluruhan persembahan melainkan persembahan Meor plus Rs Murti plus mat salleh, kami tunggu mereka cepat habis sebab kami telah merancang nak memangsakan drumset tu . malangnya seusai persembahan mereka drumset pun hilang bersama mat salleh tu, cis bedebah betul. Terpaksa tukar rancangan nyanyi lagu dari album sebelah hitam saja, kukucewa
Giliran saya selepas Fadly Rahman, mereka sangat rock,lagunya pun sedap-sedap, kami tunggu belakang pentas , kami memang orang yang tidak penyabar, bila kami main macam peluru nak habis cepat.
5/06/2010
4/29/2010
Soldaat zonder liefde
<object width="480" height="385">
Soldaat zonder liefde
C F till end
tentera mencium tangan bonda
dengan penuh kasih dan cinta
sebelum tangannya dipenuhi
darah bonda musuh
jangan jadi tentera
jangan jadi tentera
jika cuma taat perintah
membunuh siapa sahaja
tentera menangis memandang isteri
yang menangis ditinggal suami
dengan hati penuh waja tentera pergi
membunuh suami membunuh isteri
jangan jadi tentera
jangan jadi tentera
jika cuma taat perintah
membunuh siapa sahaja
tentera mencium anak
dimata ada hiba,esak tidak terbuang
sebelum ke medan perang membunuh
anak lain orang
jangan jadi tentera
jangan jadi tentera
jika cuma taat perintah
membunuh siapa sahaja
4/21/2010
Versi rakaman mentah
di rakam di Abrazz Studio , rakam suka-suka jer, gamabar video tu pulak ambil dari internet, kalau dengar lagu tu bukan main sungguh-sungguh tu ... kalau sungguh-sungguh mungkin ada ramai yang tidur tak lena ....:)
4/11/2010
Balik asal
Kita datang sementara
kemudian kita akan balik
kita akan pulang
sekarang kita datang
bukan menjarah
tetapi menjajah
kita pelupa
lupa tempat asal
lupa nak balik asal
kemudian kita akan balik
kita akan pulang
sekarang kita datang
bukan menjarah
tetapi menjajah
kita pelupa
lupa tempat asal
lupa nak balik asal
2/15/2010
1/26/2010
wachaaa
Bip bip bip .. lampu di dada saya berbunyi kencang, saya tahu kuasa sudah hampir haus, saya perlu segera pulang, sebelum itu saya mesti mengkarate raksaksa yang ganas ini, atau dunia akan menjadi tidak aman… arghhhhhhhhh
1/01/2010
Sesuatu
Hari ini aku mesti menulis "sesuatu" .. terima kasih
hahahahaha gatal nak menulis baru bangkit dari cuti ni
hahahahaha gatal nak menulis baru bangkit dari cuti ni
Subscribe to:
Posts (Atom)