CD Sebelah Hitam : ARIMAS nyanyi ABDULLAHJONES
Harga : RM 15
Untuk membuat tempahan sila masukkan wang kedalam account : Public Bank Berhad (PBB) 4192345031 selepas itu berikan bukti bayaran secara email ke samsulzakaria@gmail.com atau SMS 012-5644654 untuk penghantaran, nyatakan dengan lengkap alamat untuk penghantaran
Membenarkan kebodohan
Intro : C Em Am F G C
C Em
siapa agaknya yang membenarkan
F G C
kebodohan tidur terlentang
F G C
dalam kehidupan
Dm Am
menjerit-jerit tentang kematian
F G C
pekik lolongnya kosong
C Em
siapa agaknya yang memberi izin
F G C
kepada kebodohan
F G C
datang ke rumah kami
F G C
semadikan diri di jiwa kami
Am
bicaranya bohong
DM
janjinya bohong
Am
semangatnya bohong
F G C
juangnya bohong
Intro : C Em Am F G C
C Em F G C
siapa agaknya yang meletakkan kebodohan
F G C
di tempat yang amat tinggi
F G C
tentu saja siapa itu
F G C
F G C
adalah kami yang berjalan berkaki ayam
F G C
kerana sepatu kami
F G C
tertinggal di rumah bapak menteri
Bukan manusia
Intro : Am E Dm Am Dm Am E Am
Am
bukan lelaki namanya
E Am
dia jika jatuh cintanya
Dm Am
dia hanya sekali
Am
bukan perempuan namanya
Dm Am
dia jika puasnya
E Am
dia dengan satu tas tangannya
Dm Am
dia dengan satu pasang kasutnya
E Am
dia dengan satu warna gincunya
Dm Am
dia dengan satu perhiasan dadanya
E Am
dia dengan satu cincin dan gelangnya
Dm Am
dia dengan satu segala harta dunianya
E Am E Am
dia mahu serba-serbi seribu kali
E Am E Am
dia bahkan mahu lebih lagi
solo : Am E Dm Am Dm Am E Am
Am
bukan lelaki namanya
E Am
dia jika jatuh cintanya
Dm Am
dia hanya sekali
Dm Am
bukan manusia namanya
E
mereka jika bukan begitu
Dm Am
tidak begini
E Am
bukan hamba namanya
E
mereka jika terus kekal dan mati begini
Soldaat zonder liefde
C F till end
tentera mencium tangan bonda
dengan penuh kasih dan cinta
sebelum tangannya dipenuhi
darah bonda musuh
jangan jadi tentera
jangan jadi tentera
jika cuma taat perintah
membunuh siapa sahaja
tentera menangis memandang isteri
yang menangis ditinggal suami
dengan hati penuh waja tentera pergi
membunuh suami membunuh isteri
jangan jadi tentera
jangan jadi tentera
jika cuma taat perintah
membunuh siapa sahaja
tentera mencium anak
dimata ada hiba,esak tidak terbuang
sebelum ke medan perang membunuh
anak lain orang
jangan jadi tentera
jangan jadi tentera
jika cuma taat perintah
membunuh siapa sahaja
dia rindu
intro : C Em F G C
C Em
jauh di hujung talian
F G
ada suara yang berkeluh-kesah
C
menyatakan betapa
Em F
rindu menggangu mimpi menggangu
G C
mimpi menggangu jaga
C Em
jauh di negeri asal
F G
ada jasad yang sering-sering
C Em
menangis meminta aku pulang
F G C
meminta aku datang
C G Am
katanya dia mahu lengkap
Dm G
katanya dia mahu jadi dua yang satu
C G Am
C G Am
katanya dia mahu lengkap
Dm G C
katanya dia mahu jadi dua yang satu
C G Am
ku tahan tangisku telan sebak
Dm G
yang mendadak mahu keluar
F G C Em Am
aku menjadi lelaki yang terlalu sombong
F G C
yang terlalu agung
intro : C Em F G C
C Em
jauh di hujung talian
F G
ku tertunggu-tunggu esaknya terhenti
C Em
namun tidak dalam
F G C
waktu yang dekat ini.
Kim
Intro : C G Am G F G C
C G Am G F
Kim tadinya kami gagahi angin amat sejuk
G C
Dan kesungai memancing
Chorus
F G C
Kami hulurkan pancing ke air
F G C Em Am
Dengan harapan kita dapat sama sama bersorak
Dm G C Em Am
Kala joran membengkok dapat sama sama ketawa
Dm G C Em Am
Kala umpan di ganti rumpai air
F G C
Dapat sama sama pulang
F G C Em Am
Dan singah minum di warung pak rahim
Dm G C Em Am
Nescafe o ais untuk kami dan untuk kamu
F G C
“Mahu dewasa seperti kamu” katamu
Solo : C G Am G F G C
C G Am G F
Kim tadinya kala angin amat sejuk
G C
Tak lagi dapat kami gagahi
F G C
Kami bertanya sendiri
F G
Sepeninggalan kami
C Em Am
Siapa agaknya yang menemankanmu
F G C
Menggali cacing bekal kesungai memancing
penjual api
Intro : Am E Dm Am E Am E Am
Am
dimulut para menteri
E Am
ada api menghambur
Dm
membakar hangus
E Am
rentung
E Am
garing
Dm Am
dirumah kami pilinya kecil
E Am
airnya sekadar cukup buat minum
Dm Am
negeri ini semakin lama
E Am
semakin hangus
E Am
Gersang
E Am
kontang
Dm Am
kami menjadi anak kecil
E Am
dirumah kebajikan
Dm Am
yang hanya diraikan
E Am
bila hampir hariraya
E Am
kemudian kembali dilupakan
E Am
para menteri kekal menjual api
ruang terluang
by tareht
Intro : C Em Am F G C
C G Am
di ruang yang terluang
Dm G
ada cinta yang terbuang
C Em Am
ada nyala api yang gemilang
Dm G
ada rasa sayang yang hilang
F G C
ada mesra yang diulang
C G Am
diruang yang terluang
Dm G
ribuan peluang datang
C Em Am
jutaan gelisah tidak terbilang
Dm G
namun masih berbaki
F G C
khauf kepadaMU tuhan.
Solo : C G Am F G C
C Em Am
diruang yang terluang
Dm G
aku terkenang kasihnya orang.
C Em Am
diruang yang terluang
Dm G
aku terkenang kasihnya orang.
F G C
ada rasa sayang yang hilang
F G C
ada mesra yang diulang.
F G C
khauf kepadaMU tuhan.
sajak buat perempuan gemok disebelah meja
Intro : C Am Dm G F G C
C Am Dm G F G C
seorang diri, sepi, adalah beban
C Am Dm G F G C
seorang isteri cantik adalah beban
C Am Dm G F G C
seorang anak comel adalah beban
F G Em Am F G C
seorang ibu nyanyuk adalah ikhsan.
C Am Dm G F G C
sebuah rumah, milik pkns adalah beban
C Am Dm G F G C
sebuah proton wira bayar secara ansuran, adalah beban
F G Em Am F G C
sebuah masjid dalam taman perumahan adalah ikhsan.
Em Am F G C
kekasih adalah beban
F G Em Am
teman adalah beban
F G Em Am
taulan adalah beban
F G F G C
ikhlas adalah ikhsan.
Solo : C Am Dm G F G C
C Am Dm G F G C
kerja di pejabat kerajaan adalah beban
C Am Dm G F G C
amanah tidak makan suap adalah ikhsan.
C Am Dm G F G C
aku adalah beban aku adalah beban
F G Em Am F G C
perempuan gemuk disebelah meja adalah ikhsan.
Sajak dua ringgit
duduk ramai-ramai
bincang itu ini
tambah kopi
tambah kopi
mj mati
honduras tukar menteri
presiden iran tipu undi
tambah kopi
tambah kopi
palestine tak aman lagi
israel memang kaki buli
harga minyak bakal naik lagi
tambah kopi
tambah kopi
duduk ramai-ramai
huhahuha cerita luar negeri
tambah kopi
tambah kopi
kata pyan,
kuala lumpur jem hari-hari
satu orang pun tak nampak
cuma gua yang sibuk terlalak-lalak,
bayar dua ringgit,suruh gua
baca banyak sajak,hemm!
duit kopi
duit kopi
tanpa judul #27
intro : Dm G 4x F G Am
Dm G
yang pahat yang penukul itu anak kita
yang lena yang terlepas waktu subuh
yang gelama yang ikan duri itu
F G Dm
anak kita yang terlupa
Dm G
yang sengaja tidak mahu ingat waktu zohor
yang hangat yang tahi ayam itu
F G Dm
anak kita yang leka menyepak
Dm G
yang ralit menendang diwaktu asar
dan belegar-legar hingga terlepas
waktu maghrib
yang menyalak ditepi bukit itu
F G F
anak kita yang lelah yang letih
G Am
yang membiarkan berlalu waktu isya
solo : Dm G 4x
Bb G
kita kencingnya berdiri
Bb G
berjejeh tidak malu
Bb G
kita selamanya ketam
Am
mengaku guru
solo : Dm G 4x