Facebook Badge

1/31/2007

Orang Panas



orang panas

mereka orang panas
di siram air
mendidih
di simbah ais
cair

di ajar
tidak masuk
di tunjuk
sesat arah

mereka orang buas
di tegur
sangkanya marah
di sayangi
sangkanya benci

biarkan sahaja mereka
tunggu mereka sedikit dewasa
biarkan sahaja mereka
mana tahu mungkin nanti
mereka tidak akan mati

Karya :AbdullahJones
Lagu : Airmas_sz

Sajak AJ di atas tajuknya Orang Panas, tetapi saya dulu asyik sebut "Orang Ganas",
saya rasa kalau orang ganas lebih sedap dari orang panas. tetapi AJ yang degil mahu tajuknya Orang Panas , huh tak romantik langsung kata saya.

Lagu rancak untuk orang muda ini telah lama saya buat, dulu secara unplugged hanya guna gitar tong sahaja, tetapi untuk versi ini saya gunakan irama yang agak berat untuk membalut lagu ini.

Saya tahu AJ tak berapa suka dengan versi yang sebegini, tetapi saya suka, sangat suka. saya juga sangat suka bila AJ sangat tak suka. saya boleh tidur lena malam ini. tak perlu bom sesiapa.

ps : kukeng saya akan bikin lagu untuk rintihan itu, tetapi ada perkataan yang saya rasa tak best antaranya "embun jantan" baja sedap nyanyi tak sedap, lagi satu apa tajuk rintihan itu? err err "Embun Jantan",