DURIAN PAUS
Ada satu tempat yang saya tak dapat pastikan di mana, tetapi bila sdr AJ beri tahu di kampong dia ada dusun durian yang bila datang musim berbuah ada pak guard menunggu, saya yakin itu lah tempatnya.
Ini kerana saya pernah di beritahu suatu waktu dahulu oleh seorang sahabat yang terpaksa saya lindungi identitinya demi menjaga keselamatannya, katanya ada satu species durian yang sangat sakti di namakan orang Durian Paus. di kebun ini di sediakan pengawal untuk menjaga raja buah yang sangat bernilai.
Menurut sahabat saya , Durian Paus ini agak besar buahnya , maklumlah, kalau tak besar manakan pula nak disinonimkan dengan Paus ikan yang merupakan mamalia yang terbesar tu.
Menurut katanya durian ini kalau datang musim berbuah, orang kampong beli kapas banyak banyak sebab kalau dia luruh bising sekali, macam bunyi meriam, kapas tu buat menutup telinga supaya tidur malam tidak di ganggu.
Itulah antara sebabnya kalaudi takdirkan jadi musim durian datang sekali dengan musim raya. budak-budak kampong tu tak perlu beli mercun lagi , sekadar terhibur dengan dentuman luruhnya durian paus itu. bomba pun relak saja tak ada kes kebakaran.
Menurutnya lagi semasa dia pergi mencari durian luruh di dusun yang di katakan itu mereka di nasihatkan memakai topi keledar , bukan topi keledar yang biasa naik motor tu , tetapi topi besi yang askar jerman pakai , buat menjaga keselamatan mental, manalah tahu tup-tup durian paus tu jatuh kat kepala terus mereng , silap silap mayat pun tak dapat di kenal pasti .
kalau mencari durian paus ni bukan macam biasanya mencari dengan bau sebab durian paus ni tak berapa berbau macam durian biasa, cuma kalau mencari tu kena berjaga-jaga takut terlangar tunggul , sebab kadang kadang tunggul tu la mungkin menjadi tangkai durian paus tu.
Oleh kerana besar dan hebatnya durian tu bila buah tu jatuh meletup macam meriam, jatuh ketanah nampak tangkai sahaja yang lain tu tengelam dalam tanah … durian paus la katakan.
Katanya lagi, dia hanya mampu membawa pulang 3 biji sahaja durian paus tu , sebab dah penuh kereta. Bayangkan dengan 3 biji durian tu sahaja dah penuh bonet kereta kawan saya tu.
Lagi katanya, dia terpaksa berhenti dua kali kerana kereta dia tu meragam , mungkin kerana membawa beban yang lebih, hinggakan pada kali ketiga dia terpaksa menukar absorber kereta. "spring sudah tak berfungsi" katanya.
Sampai sahaja kawan saya tu ke kampongnya, sebagai seorang yang pemurah dia pun menyedekahkan 2 biji durian tu ke surau
Maka heboh la orang surau tu makan Durian Paus dua biji sahaja cukup untuk mengenyangkan satu surau , maghrib makan durian lepas isha makan durian boleh bawak balik lagi durian tu bagi anak-anak.
Kawan saya dengan durian yang sebiji tu di simpannya dalam pati ais, letak sebiji tak muat terpaksa di belah dan di simpan ulasnya sahaja, selama tiga minggu mereka makan durian tu tak habis-habis hinggalah kawan saya tu terpaksa membuat keputusan yang drastik untuk mentempoyakkan durian tu ,
Dah buat tempoyak pun masih ada berbaki lagi durian tu, kalau nak tempoyak boleh la order kat dia katanya.
Bila saya cerita kat sdr aj dia gelak sakan , mau tak gelak , Durian Paus , terus dia tak mengaku yang benda tu bukan kat kampong dia , mungkin kerana dia tak pernah beli kapas masa budak budak dulu.