Allah maha mengetahui pada perkara di langit dan segala isi bumi dan laut, kita ini hanyalah hamba yang di penuhi limpah kurnia, maka dengan kurniaan itu kita bernafas dan melata di bumi Allah ini, pengetahuan adalah perkara penting dalam kemanusiaan tanpa pengetahuan manusia itu tidak lebih dari haiwan, lantas yang membezakan kita dengan haiwan adalah akal fikiran.
Ilmu sebenarnya kita boleh dapat dimana-mana, malah pada kanak-kanak pun ada ilmu yang kita boleh belajar, namun cara mana kita melajar subjektif, tidak semua pelajaran itu datang dengan buku dan pensil, ada juga yang datang dari mata telinga , tengok TV pun boleh belajar. Ilmu itu khabarnya seluat lautan dan apa yang ada pada diri kita ini hanyalah setitis dari keluasan itu. Tetapi sudah dasar manusia itu tak tahu untung kerana tahu yang setitis itu pun belagak seolah dunia ini dia yang punya.
Ada antara kita yang memang punya kelebihan untuk belajar, lebih bagus lagi ada pula manusia yang tahu tanpa belajar dan malanglah pada manusia yang belajar tapi tak tahu-tahu, bergitu juga dengan manusia yang tak tahu menahu tetapi mengaku tahu ataupun pura-pura tahu. Akhirnya apabila tembelang pecah baru kita tahu dia tak tahu. Namun kadang-kadang ada juga orang yang tidak tahu tetapi menjadi tahu sebelum tembelang pecah, sebab tak banyak orang yang suka pecahkan tembelang orang dan sebelum tembelang pecah dia yang tak tahu apa-apa tu belajar hingga menjadi orang yang tahu.
Manusia ini pelik, kerana kebanyakannya melihat sesuatu penuh dengan prasangka, seolah dunia ini tiada apa yang lebih baik di fikirkan melainkan buruk sangka antara satu sama lain. Biasanya buruk sangka yang bukan-bukan itu datang dari pengetahuan yang bukan-bukan, ya tidak dinafika kadang-kadang memang ada kalangan manusia yang busuk hatinya menabur fitnah hinggakan orang yang di fitnah tergelincir dari iman, natijahnya pula selalu merimaskan, bila akal fikiran sudah kurang oksigen, macam macam boleh berlaku. Namun ada juga di kalangan manusia itu yang hidup dengan prasanka, hinggakan kucing lalu pun di sangka tikus.
Mungkin ada yang tetanya-tanya apa cuba saya nyatakan di sini, dah hampir habis tak ada apa isi pun ..senyum… saya hanya menulis apa yang saya fikirkan
.