Facebook Badge

11/14/2013

Bila Langit jadi Kuning


(ini tulisan lama) 


Satu ketika dahulu sewaktu saya masih remaja, saya pulang ke kampung dengan mendapati abah saya tiada di rumah pergi meniaga agaknya, abah saya berniaga buah pamelo di Pantai Remis.

Rumah abah dikunci, sedangkan saya waktu itu datang melengang, duit untuk balik tak ada, tak cukup beberapa sen sahaja lagi duit tambang. Rasa macam nak nangis.

Saya pun menongkat dagu di tangga rumah, tak beberapa lama atuk saya datang, saya lihat dia sangat gembira melihat saya, cucunya yang sudah lama dia tak jumpa.

Atuk mengajak saya ke kedai untuk makan, saya tak mahu sebab saya tahu atuk mana ada kerja dan mana ada duit nak belanja saya yang tak cukup beberapa sen sahaja lagi duit tambang.

Saya yang waktu itu sangat lapar akhirnya mengambil keputusan untuk membelanjakan duit yang tak cukup beberapa sen sahaja lagi tambang itu dengan membeli meggi.

Saya makan meggi sejak saya darjah satu, memang banyak orang nasihat saya jangan makan meggi sebab mereka kata makan meggi cepat mati, lagi pun menurut kajian mereka orang yang makan meggi akan cerah kepalanya.

Sayang sekali, sampai sekarang saya masih tidak botak seperti kawan saya yang menyambut hari jadinya baru-baru ini, malah saya masih lagi kelihatan muda kerana saya tidak langsung ada uban, ini sangat mengecewakan kawan-kawan saya.

Apa yang saya boleh cakap hanyalah kalau nak mati bukan kerana makan meggi saja, kat mana mana pun boleh padam.

Untuk menyerikan hari anda yang banyak beruban dan botak kerana makan meggi , saya persembahkan satu lagu yang mengambarkan saya masih lagi muda....

Bila Langit jadi Kuning

Di mana
Di mana langit mana bintang
Telah hilang
Sewaktu gerhana menyerang
Satu gelang melingkari badan bulan
Sangkakala yang berbunyi satu bingit

Tiada lagi
Bumi tempat kau berdiri
Bergulungan
Bukit-bukit bercumbuan
Berguguran
Bulan bintang dengan awan
Bumi sudah meninggalkan dunia fana

Percaya
Bila langit jadi kuning
Matahari
Telah songsang laluannya
Dan di sana
Kita semua kembali
Semua kita telah mati
Telah mati

Tiada lagi
Hasad dengki iri hati
Debar jantung
Hanya menanggung diri sendiri
Di bawah Satu
Hanya Dia yang satu
Amal budi dosa pahala Dia hitung
Airmas_sz 2125 020407

No comments: